Top posts

Featured Posts

Penyertaan golongan muda sentiasa menguja dan memberi harapan kata aktivis Kanul Gindol pada kejohanan bolasepak Kota Belud

KOTA BELUD : Penyertaan golongan muda termasuk remaja dalam sesuatu kejohanan sukan adalah sentiasa mengujakan dan memberi harapan bahawa aktiviti sukan di semua peringkat akan terus maju ke depan.

Demikian perutusan aktivis Sabah, Kanul Gindol, ketika merasmikan penutupan kejohanan bolasepak 9-sebelah peringkat zon Piala Parlimen Kanul Gindol di Padang SK Piasau dekat sini semalam.

"Penyertaan golongan remaja di samping beberapa pemain veteran dalam kejohanan bolasepak adalah langkah bagus, dan perlawanan-perlawanan hari ini membuktikannya," katanya sambil memuji pengurusan pertandingan itu yang berjalan amat lancar.

Sebanyak enam pasukan dari sekitar daerah ini dijemput menyertai kejohanan itu.

Perlawanan dijalankan hanya 30 minit (berbanding kebiasaan 90 minit) membabitkan sembilan pemain satu pasukan bagi membolehkan semua perlawanan dapat dijalankan serta mengambil kira cuaca yang sangat panas sekarang.

Hadiah-hadiah dalam bentuk makanan dan minuman ringan diberikan kepada semua pasukan. Pasukan Talungan F. C. menjadi juara dan dijadual mewakili zon berkenaan pada pusingan akhir Piala Parlimen tersebut.

Menurut Kanul, beberapa kejohanan peringkat zon lagi dijadual diadakan di seluruh Kota Belud sebelum pusingan akhir Piala Parlimen menjelang hujung tahun ini.

"Saya sebagai pemimpin masyarakat serta aktivis Sabah berusaha sedaya-upaya menyambut minat anda dalam mengadakan kejohanan seperti ini dan mudah-mudahan akan terlaksana apa yang kita rancang," katanya lagi.

Hadiah-hadiah juga diberi untuk penjaring terbanyak, penjaga gol terbaik, pemain muda terbaik, pemain harapan, pemain veteran terbaik serta pengurus pasukan terbaik.

Berikut gambar-gambar di kejohanan itu :

No comments:

Post a Comment

Search This Blog