Top posts

Featured Posts

Syarikat swasta mahu majukan sawah padi di Kota Belud yang semakin rendah tuaian kebekakangan ini

Kundian (kiri) dan Prof Dr Ariffin selepas menandatangani MoU di bilik mesyuarat Old Town Cafe Kota Belud.


KOTA BELUD : Sebuah syarikat swasta tempatan telah mengorak langkah membangunkan kawasan 292.6 ekar sawah padi di Kota Belud, dan jika usaha itu berjaya, ia akan diperluaskan.

Perkasa Megah Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman dengan Koperasi Keluarga Dehamboi Gunsak Kota Belud Bhd yang mewakili 45 orang pemilik sawah di Kg Gontuong dan Kg Guong Rosok, Tempasuk di sini semalam, 7 Februari 2024.

Prof Dr Ariffin Willie Muhamad menandatangani bagi pihak Perkasa Megah manakala Kundian Durasim mewakili Koperasi, disaksikan pengurus usaha berkenaan, Rimin Maun, seorang bekas penolong pengarah Jabatan Pertanian Sabah.

Prof Dr Ariffin berkata sebagai permulaan, usahasama itu akan menambahmajukan sawah sedia ada serta membuka kawasan terbiar di Gontuong dan Guong yang sebelum ini memang diusahakan sebagai sawah padi.

"Jika usaha ini berjaya, pihak syarikat akan memperluas projek serupa bukan sahaja di Kota Belud tetapi di kawasan lain Sabah juga," katanya.#

Gambar-gambar pada majlis itu dan juga lawatan ke kilang padi di Kota Belud :


No comments:

Post a Comment

Search This Blog