Top posts

Featured Posts

Rakyat mula tunjuk perasaan depan pejabat Ketua Menteri Sabah

Jayden Lisando, 23-5-2023
LIKAS, Kota Kinabalu : Sekumpulan rakyat menunjuk perasaan secara aman di depan bangunan Menara Kinabalu yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah pagi ini.

Tidak dapat dipastikan dari mana kumpulan itu tetapi dipercayai ada kaitan dengan isu anak negeri tidak puas hati kawasan mereka diserahkan kepada syarikat-syarikat swasta atau orang perseorangan.
Beberapa sepanduk dikatakan turut kelihatan sejak pagi sehingga tengah hari ini. Anggota polis juga turut berada di situ bagi mengawal keadaan.

"Kemungkinan wakil penduduk menyerahkan surat bantahan kepada pejabat Ketua Menteri," kata seorang yang mengaku sempat melihat kejadian.

Inilah julung kali satu 'protes aman' telah dibuat sekumpulan orang di depan bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah di Likas itu.

Para wakil rakyat pula sedang bersidang di Dewan Undangan Negeri Sabah, juga tidak jauh dari kompleks pejabat tersebut.#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog