Mereka 
dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti 
Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek 
Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.
Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012
Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi
Senarai Kehadiran
Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman Karimun
Raja Arif Kamaruddin
Osman Abdul Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha
1.Ucapan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.
Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.
Pengerusi
 mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam
 ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan 
dilaksanakan untuk tahun 2013.
2. Perkara-perkara berbangkit.
Datuk Dr Sidek Baba
Datuk Dr
 Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM
 dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di
 UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak 
mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan 
lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.
Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.
Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.
Kedua, 
sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi 
mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen 
dibubarkan.
Ketiga, 
bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan 
akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah 
dikenalpasti.
Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.
Datuk Dr
 Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan 
bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun 
strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas 
pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk 
sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, 
Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi 
dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.
Datuk Dr
 Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar 
Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa 
lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama 
nanti.
Datuk Dr
 Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir 
agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita 
lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh 
dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa 
dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.
En Osman Abdul Majid
En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang
 diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan 
berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di 
Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.
En Osman
 memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk 
ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka 
takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari 
kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah 
dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.
En Osman
 mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan 
akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan 
Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri 
ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan 
memberi impak yang hebat.
En Osman
 juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri 
yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan 
pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara 
ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Tuan 
Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu
 yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai 
contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan 
yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan 
diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar 
kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik 
Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.
Tuan 
Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan
 pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan 
mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri
 supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia 
Islam.
Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:
1) Lawatan ke Palestin
2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan
3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand
4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.
Raja Ariff Kamaruddin
YM Raja 
Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah 
dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan 
Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti 
dikenakan ke atas mereka.
YM Raja 
Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan 
Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan 
untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum 
pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim 
tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta 
tangguh pengumuman sahaja.
YM Raja 
Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India 
yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini 
untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas 
hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan 
Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.
3. Lain-lain hal
Pengerusi
 maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan 
dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan 
feedback dalam mesyauart yang akan datang.
Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013
Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.
Satu 
team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta
 video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan 
Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.
Pengerusi
 meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu 
pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang 
lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.
Tuan 
Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk 
halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara
 untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua 
kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. 
Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak 
akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan 
kita.
Pengerusi
 memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang 
dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama 
famili.
Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.
Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As.
Pendedahan mungkin ada kaitan dengan ahlinya juga.perlu disiasat dulu.
ReplyDeleteMinit mesyuarat seperti ni bukannya susah untuk ditulis.boleh direka-reka oleh sesiapa saja..
ReplyDeleteKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.
ReplyDeleteAhli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.
ReplyDeleteMengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.
ReplyDelete"Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.
ReplyDelete"Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.
ReplyDelete"Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.
Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu,Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.
ReplyDeleteJelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.
Tidak sahaja dunia politik, bahkan bidang-bidang lain turut mengambil kesempatan semahu-mahunya sehinggakan rakyat negara yang terdiri daripada pelbagai penganut pelbagai parti politik, mahupun pemercaya pelbagai akidah politik, menjadi mangsa.
ReplyDeleteMungkin keseronokan menyokong para pemimpin dan parti politik yang disukai, menyebabkan masing-masing menjadi buta hati dan buta perut sehinggakan tanpa sedar, mereka sebenarnya telah dikenakan oleh kapitalis dan pengaut keuntungan yang berbentuk individu mahupun pertubuhan.
Puak kapitalis berjaya mengaut keuntungan hasil daripada pertembungan pelbagai fikrah dan fahaman politik. Sengaja melaga-lagakan rakyat Malaysia dan mewujudkan pelbagai ketidakpuasan hati, membolehkan mereka menusukkan jarum fitnah dengan senang hati dan tanpa sebarang halangan.
ReplyDeleteMenariknya, puak-puak yang sebenarnya tidak ubah seperti biawak pemakan bangkai itu, mempunyai kambing hitam mereka sendiri untuk dikorbankan. Kambing hitam itulah yang akan dipersalahkan walaupun perbuatan tersebut dilakukan oleh mereka. Dan mereka pula sentiasa terselamat daripada pelbagai tindakan mahupun halangan kerana ada pula pihak yang memusuhi kambing hitam, sanggup membela mereka.
Itulah yang sedang berlaku di Malaysia. Pertembungan pelbagai penganut aliran politik di Malaysia telah dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh puak-puak yang sentiasa memikirkan keuntungan walaupun keuntungan mereka itu dibina hasil daripada kesengsaraan orang lain.
ReplyDeleteSatu perkara yang menarik ialah, puak-puak ini tidak pernah berfikir tentang orang lain. Yang mereka fikirkan saban masa hanyalah perut dan tembolok sendiri.
Kambing hitam yang sedang mereka lapah adalah Najib Abdul Razak dan kerajaannya. Semua perbuatan jahat yang mereka lakukan, apabila terdedah, akan segera dipindahkan kepada Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional.
ReplyDeleteKita boleh melihat bagaimana orang tengah, pemborong dan pembekal semua barangan keperluan menaikkan harga barangan masing-masing, dengan mengambil kesempatan daripada kekacauan politik di negara ini. Mereka bijak kerana telah mempergunakan atau dipergunakan pula oleh sebuah parti politik yang sentiasa mencari-cari kaedah terbaik untuk berkuasa.
Parti politik berkenaan bukannya PKR atau Anwar Ibrahim, sebaliknya DAP dan Lim Kit Siang!
Memandangkan golongan sebangsa dengan Lim Kit Siang merupakan pembekal utama untuk semua barangan keperluan di negara ini, mereka mempunyai kuasa yang tidak boleh disangkal sama sekali. Mereka pintar bermain dengan taktik dan teknik yang boleh menyebabkan para pengguna menyalahkan Najib Abdul Razak dan kerajaannya yang disifatkan sebagai kurang bertaring.
ReplyDeleteDAP sedang mengapi-apikan manusia sebangsa mereka, kononnya kerajaan telah menaikkan pelbagai cukai perkhidmatan mahupun barangan. Justeru, mereka tidak ada pilihan lain kecuali menaikkan harga barangan yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia.
Sekalipun penjelasan telah diberikan oleh pihak berkuasa dan kerajaan bahawa tiada sebarang kenaikan harga barangan dibenarkan, namun memandangkan penjelasan tersebut hanyalah DIFAHAMI OLEH MELAYU-BUMIPUTERA, puak-puak yang dihasut oleh DAP itu, tidak menghiraukannya dan kekal dengan pendirian mereka untuk menaikkan harga.
ReplyDeleteDan hari ini, di seluruh Malaysia, rungutan demi rungutan telah dibuat oleh rakyat marhein ang merungut tentang kenaikan harga barangan secara mendadak. Sekali lagi Najib Abdul Razak dipersalahkan dan kerajaan yang dipimpinnya disifatkan sebagai kerajaan yang gemar menaikkan harga barangan.
Mereka bebas dan mereka tidak dipersalahkan. Sebaliknya yang dimarahi oleh marhein adalah Najib Abdul Razak dan kerajaannya. Semua tuduhan dan fitnah buruk dilemparkan kepada Najib dan kerajaannya sedangkan pihak yang melakukannya secara sengaja, lepas bebas dan masih mampu mengaut keuntungan berlipat-lipat kali ganda.
ReplyDeleteMungkin agak keterlaluan kalau dikatakan, KOMUNITI PENGGUNA di negara ini sebenarnya TERLALU JAHIL, SOMBONG dan ANGKUH. Mereka tidak melihat kuasa yang ada pada mereka, sebaliknya mereka lebih gemar menyalahkan pihak yang langsung tidak kena-mengena seperti Najib Abdul Razak dan kerajaannya.
Sekarang ini, perbuatan mengambil kesempatan tidak hanya dilakukan oleh mereka yang bermata sepet, sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, pun sama naik dengan puak-puak yang sudah lama menghisap darah rakyat Malaysia.
ReplyDeleteBukti terbaru ialah ancaman daripada sebuah persatuan pengendali bas ekspress yang tidak peduli dengan rayuan daripada arahan daripada pihak kerajaan agar tidak menaikkan tambang. Persatuan tersebut bertegas untuk mengenakan tambahan bayaran tambang sebanyak 30% dengan alasan skeptik iaitu peningkatan kos.
Walau apa pun alasannya, sebenarnya yang menjadi kuasa, bukanlah kerajaan mahupun puak-puak pembekal perkhidmatan atau orang tengah. Sebaliknya yang benar-benar berkuasa dalah orang awam dan pengguna. Sebarang tindakan bijaksana dan bersepadu daripada pengguna, akhirnya menyebabkan puak-puak yang sangat sombong dan suka menghisap darah itu akan terpaksa mencari kerja atau perniagaan lain.
ReplyDeleteMengapa tidak digunakan kuasa yang ada pada setiap daripada kita berbanding menyalahkan Najib Abdul Razak dan kerajaannya kerana kenaikan harga barangan serta perkhidmatan seperti tambang bas ekspress?
Minit Mesyuarat 15 Disember 2012... Antaranya, "Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013." Adakah ini peristiwa serangan Sulu? --- TOLONG JANGAN MAIN-MAIN HAL KESELAMATAN NEGARA. JANGAN MEMFITNAH KERAJAAN... Jika hendak berpolitik biarlah betul, jangan tabur fitnah dan menghasut orang. Siapapun boleh tulis macam-macam, tapi mana buktinya! Fikirkanlah, jika benar tentu sudah minit ini telah dibawa report ke balai polis. Kenapa tidak --- kerana ia fitnah, bukan?!
ReplyDelete