Top posts

Featured Posts

UMNO dan PKR itu adalah serupa

Oleh Maslan Maginda
Aktivis Masyarakat, Maslan Bin Maginda
KOTA BELUD: Rakyat Sabah jangan terlalu mengagungkan pemimpin asing yang sedang menikmati kekayaan di Negeri sendiri. Kita harus meneruskan perjuangan Tun Fuad Donald Stephen selepas pertikaian isu minyak yang dilihat perkara itu sebagai melanggar pembentukan Malaysia dan menjajah ekonomi Sabah.

Apa yang kita dapat lihat pembangunan hari ini, hanyalah satu wayang kepada kerajaan pusat dan ini melambangkan bahawa rakyat Sabah hanyalah anak patung yang tidak bersuara dan seekor binatang yang hanya menurut perintah mereka sahaja. Cukuplah kita ditindas dari semua arus pembangunan perdana yang dilakukan oleh parti BN/UMNO.


Jauhkanlah fikiran dan perasaan didalam hati dan diminda kita yang kita tidak boleh memimpin rakyat sendiri. Apa yang telah berlaku ketika era pemerintahan PBS sebelum ini, jadikanlah itu sebagai satu pengalaman dan iktibar untuk terus maju dan bukannya menjadikannya sebagai sempadan untuk kita menolak terus kepimpinan orang kita dan berputus asa.

Dulu dan sekarang tidak serupa, hari ini pemimpin kita sudah berwajah emas dan berhati rakyat. Andai kita lalai hari ini, kehidupan anak generasi kita akan datang akan mengutuk dan menyumpah mayat kita dalam kubur walaupun kita sudah menjadi tanah.

Tidak ada bezanya PKR(PR) atau BN (UMNO), kedua-dua badan politik ini adalah serupa dan wawasan mereka hanyalah untuk mengorek lombong minyak di sabah dan mengambil tanah-tanah kita di Sabah sebagai pelaburan mereka dan kita hanya menjadi sebagai sampah masyarakat di negeri sendiri.

Bayangkan, betapa sukarnya kita apabila segala urusan penting sama ada kecil mahupun yang besar semuanya dirujuk kepada Kuala Lumpur, seakan-akan di Negeri kita ini tidak ada pemimpin yang boleh membuat keputusan ke atas semua keperluan rakyat kita di Sabah. Erti kata, orang kita yang bergelar "TAN SRI, SERI,YAB,YB, DATUK, DATO" (TYT) dan Pengarah hanya sebagai "TALI BARUT" Kerajaan Pusat tanpa ada kuasa dan tidak berkepentingan kepada semua dasar-dasar pentadbiran dalam Negeri Sabah, ini sangat menyedihkan kita.
Janganlah kita dipengaruhi kata-kata PR/BN daripada semenanjung yang memperbodohkan pemimpin kita dan meracuni otak kita sendiri kononnya kita tidak boleh hidup tanpa bantuan Kuala Lumpur. Saya penuh yakin bahawa Parti SAPP hari ini sudah bersedia untuk berjuang demi ekonomi rakyat Sabah dan pembangunan yang mampan. Tugas kita hari ini adalah memenangkan parti ini dan lihat kemampuannya untuk tempoh 10 tahun.

Oleh itu, hidupkanlah minda kita, janganlah kita mati akal dan menjadi pengkhianat bangsa sendiri dan tamak untuk mendapatkan gelaran YB, kejar projek dan untung sendiri, tetapi anak bangsa sendiri tergadai dan hidup merempat di kaki lima dan mengemis daripada Kuala Lumpur.

Apakah kita terus jadi jolokan sebagai "AYAM TAMBATAN" KERBAU dan BONEKA oleh Tanah Malaya? Tanyalah diri kita sendiri pada hari ini.

Sungguh malang dan sedihnya KDM dan Orang Bajau hari ini, kerana kehilangan pemimpin yang diharapkan untuk membebaskan mereka daripada jajahan Tanah Malaya kerana mengejar pangkat, projek dan wang poket sahaja, sedangkan rakyat sendiri kelemasan dalam lautan.

SIAPAKAH PEJUANG SABAH YANG SEBENARNYA ... SUDAH TENTU "DATUK YONG TECK LEE (SAPP). Rakyat Sabah harus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada "DATUK YONG TECK LEE, DAN SAPP untuk kelangsungan pembangunan ekonomi kita.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog