Oleh: Mail Mathew
TENOM: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dijangka akan merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah anjuran SAPP bertempat di Kg Pulong kira kira 12 kilometer dekat sini ada 27 Mei 2012 bermula jam 12.30 petang.
Demikian dinyatakan Pengerusi Penganjur yang juga merupakan Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah (gambar), ketika memberitahu media dalam satu kenyataan disini pada Jumaat.
Pelbagai acara telah siap diatur seperti Unduk Ngadau, Sugandoi, Bolasepak, sukan tradisi, persembahan muzik tradisi, selain persembahan nyanyian oleh penyanyi penyanyi jemputan.