Oleh Raymond Tombung
![]() |
| Datuk Rahim Bakri bersama para Akian dan para pemimpin PBTPS yang lain menyampaikan bantuan beras kepada para penduduk Kg.Tombonuo. |
PITAS: Presiden Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah (PBTPS), En. Akian Ahkiew menyuarakan penghargaan terhadap kualiti kepimpinan Datuk Rahim Bakri sebagai Ahli Parlimen Kudat.
Dalam ucapan beliau di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat baru-baru ini di sini, Akian sebagai Presiden PBTPS yang telah menganjur majlis tersebut, mengakui kepimpinan Rahim sebagai dinamik dan progresif, dengan sikap yang aktif dan sangat prihatin kepada situasi dan keperluan para penduduk di Kudat.
