Oleh Raymond Tombung 
![]()  | 
| Datuk Rahim Bakri bersama para Akian dan para pemimpin PBTPS yang lain  menyampaikan bantuan beras kepada para penduduk Kg.Tombonuo.  | 
PITAS: Presiden Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah (PBTPS), En. Akian Ahkiew menyuarakan penghargaan terhadap kualiti kepimpinan Datuk Rahim Bakri sebagai Ahli Parlimen Kudat. 
Dalam  ucapan beliau di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat baru-baru ini di sini,  Akian sebagai Presiden PBTPS yang telah menganjur majlis tersebut,  mengakui kepimpinan Rahim sebagai dinamik dan progresif, dengan sikap  yang aktif dan sangat prihatin kepada situasi dan keperluan para  penduduk di Kudat. 
“Malahan  pada hari ini juga, dalam majlis ini, Yang Berhormat Datuk menunjukkan  sikap prihatin ini kepada kita, dengan menghulurkan bantuan-bantuan  untuk rakyat di sini,” ujarnya. “Bagi pihak kerajaan Barisan Nasional,  beliau akan menghulurkan banyak buah tangan sebagai tanda kasih dan  sayang, dalam bentuk material dan wang tunai.” 
| Datuk Rahim Bakri, kanan, membisikkan sesuatu kepada Akian. | 
Akian  menambah semua itu disampaikan dengan harapan agar ia akan dapat  meringankan beban rakyat. Di majlis yang sama para penari Tombonuo yang  telah membawa tarian sumanggak ke dalam Malaysia Book of Records juga  telah diberi penghargaan dalam bentuk wang tunai. Untuk itu Akian  menasihati mereka  agar menanggap pemberian itu sebagai  perangsang untuk terus maju, untuk terus aktif dan bersemangat, dalam  bergiat dalam bidang seni tradisional Tombonuo.  
“Sebagaimana  yang kita sudah sedia maklum, para penari kita ini telah membawa  kebanggaan kepada masyarakat Tombonuo, apabila di bulan lalu, mereka  telah berjaya mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Records, kerana  mengambil bahagian dalam satu marathon tarian,” katanya. “Tahniah sekali  lagi! Semoga banyak lagi kejayaan-kejayaan yang akan kita capai di masa  hadapan.” 
Akian  juga mengumumkan bahawa PBTPS sudah menubuhkan satu Biro Kebudayaan  untuk mempromosikan budaya Tombonuo, bukan sahaja ke peringkat negeri,  tetapi jika boleh, ke peringkat nasional.  
“Harapan  kita di Pitas ini, ialah supaya di satu hari nanti dengan bantuan  kerajaan Barisan Nasional, kita akan berupaya untuk mengeluarkan banyak  hasil pertanian dan perikanan yang banyak,” katanya. “Bila ini sudah  tercapai maka kebanyakan masalah ekonomi rakyat, terutama dari segi  permakanan, akan selesai. Kita mahu melihat masyarakat Tombonuo dapat  menjadi pengeluar makanan yang cukup, bukan sahaja untuk kegunaan  sendiri, tetapi juga untuk dipasarkan secara komersil. Dengan cara ini  kita akan dapat meningkat tahap ekonomi kita.” 
Sebab  itulah beliau mengharapkan masyarakat Tombonuo turut-serta dalam proses  pembangunan ekonomi, dan mendapat banyak lagi peluang untuk dalam  proses kemajuan.   
“Kita  sedar, di bawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk, kawasan Kudat sedang  giat membangun,” tambahnya. “Dan kita percaya, Yang Berhormat Datuk  Rahim memang sudah ada perancangan untuk rakyat Tombonuo, supaya kita  akan turut sama dalam proses pembangunan yang pesat ini. Untuk tujuan  ini, kami sekali lagi, berjanji tanpa ragu-ragu, bahawa kami akan terus  berdiri teguh di belakang Datuk, dan di belakang ADUN Pitas, Datuk  Bolkian Haji Ismail!” 
| Di majlis itu para hadirin sempat menyertai acara sukan tradisional,  seperti acara tarik tali ini.  | 
Dalam  majlis itu Rahim telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan juga beras  kepada ramai para penduduk di Kampung Tombilidon. Beliau juga telah  mengesahkan bahawa peruntukan untuk pemabikan dewan masyarakat di  kampung itu, dan penaikan taraf jalan raya ke Kg. Dandun akan  dikeluarkan secepat mungkin. 

No comments:
Post a Comment