Borneo Herald
10.45PM MYT, 13-7-2026
Oleh Jayden Lisandu, Tuaran
TAMPARULI : Aktivis masyarakat yang tidak asing lagi di sini, Dr Julia Emelda Ongkili, dipilih antara penerima Anugerah Gemilang Maju Jaya 2026 dalam satu majlis gilang-gemilang di ibu negeri kelmarin.
Dr Julia, anak bekas Menteri Undang-Undang Malaysia, Datuk Dr James Ongkili, menerima pengiktirafan Anugerah Cemerlang Pembangunan Modal Insan Gemilang Maju Jaya.
Sebelum ini beliau pernah menerima beberapa anugerah kebangsaan kerana sumbangan kepimpinan beliau dalam masyarakat khususnya golongan wanita.
Ketika ditemui Borneo Herald, Dr Julia, yang berpengalaman luas dalam sektor korporat, hospitaliti dan keusahawanan, berkata beliau amat berterimakasih atas kepercayaan dan penghargaan itu.
"Anugerah Cemerlang Pembangunan Modal Insan Gemilang Maju Jaya merupakan satu penghormatan yang amat bermakna buat diri saya," kata ibu kepada dua orang anak itu.
Majlis di SICC Kota Kinabalu itu menyaksikan ramai ikon masyarakat termasuk anak seni dan ahli sukan turut menerima anugerah.
Antaranya artis Stacy Anam, pencipta lagu Datuk Joe Fernandez, artis Datuk Khadijah Ibrahim dan atlit penerjun negara Datuk Pandalela Rinong.
Seorang rakan Dr Julia dalam Kelab Rotary Sabah, Datuk Eliza Goh, yang juga pemilik Zara's Boutique Hotel, antara penerima Anugerah Cemerlang Inspirasi Gemilang Maju Jaya.
Isteri Ketua Menteri Sabah, Datuk Juliah Salag, dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib adalah tetamu khas sekali gus perasmi bersama majlis bersejarah tersebut.#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment