Top posts

Featured Posts

Dr Julia Ongkili pemangku Pengerusi Sabah, Parti Sedar Rakyat

KOTA KINABALU : Dr Julia Emelda Ongkili telah dilantik pemangku pengerusi Majlis Kerja Negeri Sabah, Parti Sedar Rakyat, mulai 28 Mei, 2024.

Ia berikutan cuti rehat dan rawatan Prof Dr Ariffin Willie Muhamad selama tiga bulan.

Setiausaha MKN Sabah, Husain Mohamad, dalam satu kenyataan berkata, Dr Julia akan mengetuai Sedar Sabah sepanjang pengerusi bercuti rehat.

Dr Julia adalah timbalan pengerusi MKN Sabah parti blok Borneo itu, di samping turut mengetuai Sedar di DUN Tamparuli. Beliau adalah anak mendiang timbalan ketua menteri zaman Berjaya, Datuk Dr James Ongkili.

Ketika dihubungi Borneo Herald, Dr Julia berkata beliau akan memikul amanah pengerusi sebaik mungkin termasuk meneruskan program yang sudah dirancang untuk tiga bulan ini.

"Terima kasih atas kepercayaan ini serta sokongan padu dari pimpinan MKN, kita akan terus bekerja tiga bulan ini, dan kita tidak membuang masa," kata Dr Julia yang juga ketua KDMR parti itu.

Beliau yang sangat aktif melayani masyarakat juga adalah pemimpin pelbagai NGO termasuk Kelab Rotary dan sayap wanita KDCA, dan telah berkampung di Lamin Tuaran di pekarangan KDCA sepanjang Tadau Kaamatan yang baru selesai beberapa hari lepas.#


Berikut gambar-gambar beliau di Lamin Tuaran yang membawa maksud tersendiri :


No comments:

Post a Comment

Search This Blog