Top posts

Featured Posts

Projek air graviti bernilai RM425,135 untuk lima kampung di Ranau sukses, empat lagi menyusul, kata Dr Julia

RANAU : Lebih 2,000 orang penduduk dari lima buah kampung dari Ranau mendapat faedah dari projek kemasyarakatan air graviti anjuran bersama Kelab Rotary, Pertubuhan Komuniti Elite dan Gereja Malaysian Jesus Christ of Latter-Day Saints.

Lima kampung yang bertuah itu ialah Pahu Pinawantai, Kinaratuan, Lipoi, Muruk dan Tudangan, kesemuanya dalam kawasan DUN Kundasang.

Menurut Dr Julia Emelda Ongkili yang terlibat dalam projek itu, nilai keseluruhan projek berkenaan ialah RM425,135 disumbangkan oleh  Gereja Malaysian Jesus Christ of Latter-Day Saints berkenaan.

Empat Kelab Rotary terlibat ialah Rotary KK Pearl, Bandar Seri Begawan, Changi dan Teluk Likas.

"Nilai hampir setengah juta ringgit ini meliputi empat lagi projek serupa yang akan kami laksanakan di Kota Marudu dan Pitas selepas ini," katanya kepada Borneo Herald.

Dua kampung terlibat di Kota Marudu ialah Tangkol dan Nasapu, manakala di Pitas pula ialah Kibulu dan Layung, katanya lagi.

Menurut Dr Julia, turut hadir pada majlis penyerahan projek itu beberapa hari lepas ialah ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir yang merakamkan ucapan terima kasih kepada Rotary dan Gereja berkenaan.

Turut hadir ialah Elder Brad Douglas dan Sister Marsha Douglas dari gereja berkenaan.#



Berikut gambar-gambar majlis itu yang membawa maksud tersendiri:

No comments:

Post a Comment

Search This Blog