Top posts

Featured Posts

Sabah patut belajar dari Vietnam tingkatkan hasil padi, hapus rasuah projek, kata tokoh pendidikan tempatan Prof Dr Ariffin


                 Prof Dr Ariffin Willie Muhamad

KOTA BELUD : Kerajaan Negeri digesa memberi fokus kepada penambahbaikan pengeluaran padi di Sabah terutama di daerah Kota Belud yang mempunyai kawasan sawah yang luas, jika serius mengenai sekuriti makanan.
          Prof Dr Ariffin di Kota Belud semalam. Di kanan beliau ialah Kanul Gindol.

Seorang tokoh pendidikan tinggi tempatan, Prof Dr Ariffin Willie Muhamad, berkata tiada sebab Sabah tidak boleh belajar dari pengalaman Vietnam dalam meningkatkan hasil padinya.

"Saya banyak kali melawat perusahaan padi di Vietnam dan banyak kita boleh belajar serta perlu buat untuk meneladani teknologi dan sistem pengurusan ladang padi," katanya kepada sekumpulan pemimpin masyarakat dari Tempasuk di sini semalam. 
Prof Dr Ariffin, yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah bagi Parti Sedar Rakyat (SEDAR) berkata "rasuah" adalah satu penyebab utama kegagalan semua projek yang dijalankan oleh mana-mana kerajaan selama ini.

"Penyebab utama kegagalan projek awam ialah rasuah atau salah guna kuasa. Oleh itu rasuah mesti dihapuskan jika mahu program memajukan sawah padi dan projek pembangunan di Sabah berjaya, jika kita mahu maju," jelasnya lagi.

Antara pemimpin yang hadir ialah agronomis dan juga peguam muda dari Tempasuk.

Difahamkan juga pengeluaran padi di Kota Belud bukan pula meningkat malah merosot sejak penglibatan agensi IADA Kementerian Pertanian Persekutuan di sawah-sawah padi di kawasan Sangkir, Taun Gusi dan Tempasuk.

Kalau dulu hasil boleh mencecah dua tan metrik sehektar bagi semusim, kini hasil hanya lebih sikit setan metrik sehektar semusim.

Pengeluaran padi yang semakin merosot memburukkan lagi keadaan bekalan beras Sabah di mana hanya 17% dikeluarkan Sabah manakala 83% adalah diimport.

Bagi Semenanjung, 80% keperluan beras di sana ditampung pengeluaran beras tempatan, manakala hanya 20% adalah diimport. Ini berikutan peruntukan berbilion setiap tahun untuk memajukan sawah-sawah di Selangor dan Kedah sejak sekian lama.

Di Semenanjung juga diunjurkan sehektar sawah yang sekarang boleh mengeluarkan sehingga 5-6 tan metrik padi semusim boleh mencecah 10 tan metrik apabila teknologi lebih moden serta benih terbaru digunakan.

Turut hadir ialah aktivis Kanul Gindol yang menjadi tuan rumah pertemuan itu. Menurut Kanul, ia sebahagian pelayanan masyarakat beliau di Kota Belud untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai situasi dan potensi mereka."#


No comments:

Post a Comment

Search This Blog