Top posts

Featured Posts

Dibuang kerja kerana pakai rantai salib, apa mahu jadi dengan Malaysia?




Oleh Kanul Gindol, 20-11-2023
1. Satu laporan berita dari Kuala Lumpur hari ini yang memetik pengurus sebuah restoran Cina Muslim di ibu negara yang memberhentikan seorang stafnya atas sebab memakai rantai salib, menyedihkan dan tidak patut berulang.

2. Malaysia semakin menakutkan bagi orang yang berfikiran sederhana. Adakah orang bukan Islam tidak boleh bekerja di premis yang "dihebahkan" sebagai halal atau patuh syariah?

3. Bagaimana dengan pejabat-pejabat kerajaan atau pemimpin tertentu? Mereka tidak lagi akan mempertimbang mengambil staf yang memakai rantai salib pada masa ini?

4. Adakah ini sebabnya amat sukar bagi lepasan sekolah atau kolej dari kalangan Kristian mendapat pekerjaan di jabatan kerajaan sekarang? Sekarang bukan lagi menghairankan sesuatu pejabat atau unit jabatan kerajaan, semua stafnya hanya dari satu kumpulan masyarakat saja ! 

5. Ke tong sampah sudahkah semua formula perkongsian kuasa atau peluang kepada masyarakat berbilang bangsa di Malaysia?, termasuk di Sabah dan Sarawak yang selama ini konon terkenal dengan politik multi-rasial dan toleransi agama.

6. Sudahlah hampir kesemua jawatan tertinggi negara dimonopoli oleh satu golongan masyarakat saja, ini peluang-peluang di sektor swasta kawalan masyarakat tertentu juga semakin rasis.

7. Sudah tiba masanya Parlimen Malaysia dan DUN-DUN memperkenalkan akta dan enakmen bagi mengawal penindasan kaum dan agama terutama dalam peluang-peluang serta mengenakan penalti terhadap setiap perlakuan perkauman yang tiada justifikasi.

8. Adakah situasi semakin berkurangnya Ahli Parlimen beragama Kristian telah menyumbang kepada keadaan semakin menebalnya prasangka negatif terutama orang Islam terhadap bukan Islam. Saya teringat pada 2017 timbul isu kedai laundry di Johor yang melarang bukan Islam mencuci kain di laundry itu, sehingga Sultan Johor sendiri memberi titah teguran pedas kepada golongan Islam berfikiran begitu.

9. Dikepilkan ialah pecahan Ahli Parlimen Sabah mengikut agama pada 2023, di mana dari 26 MP Sabah (termasuk 1 dari Labuan), hanya enam MP Kristian dan tiga Buddhist, yang lain 17 lagi Muslim..


26 MP dari Sabah & Labuan 
(3 Buddhist, 6 Kristian & 17 Islam)

1. Kudat - MP Muslim
2. Kota Marudu - Muslim
3. Kota Belud - Muslim
4. Tuaran - Kristian 
5. Ranau - Kristian 
6. Sepanggar - Muslim
7. Kota Kinabalu - Buddhist
8. Penampang - Kristian 
9. Putatan - Muslim
10. Papar - Muslim
11. Kimanis - Muslim
12. Beaufort - Muslim
13. Sipitang - Muslim
14. Tenom - Muslim
15. Keningau - Kristian 
16. Pensiangan - Kristian 
17. Beluran - Kristian 
18. Batu Sapi - Muslim
19. Libaran - Muslim 
20. Sandakan - Buddhist
21. Kinabatangan - Muslim
22. Lahad Datu - Muslim 
23. Semporna - Muslim
24. Tawau - Buddhist
25. Kalabakan - Muslim
&
26. Labuan - Muslim

Sekian.



No comments:

Post a Comment

Search This Blog