Top posts

Featured Posts

Rakyat Sabah rugi kerajaan kembalikan RM1.3 bilion ke Putrajaya tak sempat guna tahun lalu


LIONEL GURING, 24-5-2023
Kota Kinabalu : Rakyat Sabah rugi besar apabila kerajaan Sabah mengembalikan RM1.3 bilion kepada Kerajaan Persekutuan sebab tidak sempat digunakan tahun lalu.

Daripada RM5.7 bilion peruntukan pembangunan yang diberi kepada Sabah menerusi Belanjawan 2022, hanya RM4.4 bilion sempat digunakan.

Demikian dimaklumkan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dalam sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang.

Menurutnya antara sebab kegagalan mengguna sepenuhnya peruntukan itu ialah masalah kontraktor, utiliti, tanah, pengurusan serta masalah agensi pelaksana.

Sudahpun kebanyakan rakyat Sabah tidak merasai faedah malah tidak mengetahui projek-projek bernilai RM4.4 bilion itu, mereka tambah rugi bila RM1,300 juta dikembalikan kepada Putrajaya.

Cadangan Hajiji supaya peruntukan yang tidak sempat digunakan itu dimasukkan ke dalam suatu tabung amanah Sabah supaya boleh diguna pada tahun berikutnya juga tidak mendapat sambutan rakyat.

"Lebih baik kerajaan negeri tingkatkan kecekapannya supaya semua wang yang diperuntukkan kepada Sabah berkaya dibelanjakan pada tahun itu.

"Mewujudkan tabung amanah dari peruntukan pembangunan ini serupa menggalakkan lagi ketidakcekapan kerana mereka tahu duit itu tetap ada di sini dan mereka yang berkuasa akan dapat membelanjakannya pada bila-bila masa," kata seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Lauren dari Penampang.#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog