Top posts

Featured Posts

PBM Sabah lebih aktif selepas mendapat Pengerusi baru

Jayden Lisando, 30-5-2023
Kota Marudu : Parti Bangsa Malaysia (PBM) cawangan Sabah dijangka melaksanakan lebih banyak aktiviti dalam bulan-bulan akan datang ini.

Ketuanya, Jupperi Lenson, memberitahu Borneo Herald, beliau menjangka lebih banyak program PBM Sabah dibuat dengan kerjasama PBM Pusat.

"Kita akan umumkan program-program berkenaan selepas kunjungan hormat pimpinan negeri beserta Presiden PBM, Datuk Larry Sng kepada Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor," katanya.

Tarikh kunjungan hormat itu bagaimanapun belum dimuktamadkan.

Demikian juga dengan sambutan Tadau Kaamatan PBM di Kota Marudu belum diumumkan.

Sementara itu, dalam diam-diam, Jupperi dan pimpinan PBM Sabah aktif merekrut ahli baru dan mengambil bahagian dalam majlis politik di seluruh negara termasuk Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Kuala Lumpur 14 Mei baru-baru ini.

PBM Sabah kini ada kira-kira 25,000 orang ahli dengan 14,000 darinya adalah di Bahagian Kota Marudu yang diketuai sendiri oleh Jupperi.

Berikut gambar-gambar bercerita mengenai aktiviti Jupperi..#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog