Top posts

Featured Posts

PBM Sabah ada 25,000 orang ahli masa ini

  Jupperi mempengerusi mesyuarat PBM Sabah
                                  hari ini.

Kota Kinabalu : Parti Bangsa Malaysia (PBM) kini mempunyai 25,000 orang ahli, dengan 14,000 darinya adalah dari kawasan Kota Marudu.

Demikian kata Pengerusi PBM Sabah, Jupperi Lenson, kepada Borneo Herald, selepas mempengerusikan mesyuarat parti itu di sini hari ini.

Jupperi, yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBM, berkata mesyuarat hari ini antara lain membincangkan sambutan Tadau Kaamatan PBM yang dijadual diadakan di Kota Marudu dan dan akan dihadiri Presiden PBM, Datuk Larry Sng.

Katanya, mesyuarat juga membincang penyusunan lebih banyak Bahagian parti itu di Sabah serta menambah ahli.
Jupperi (tiga dari kiri) menerima borang              permohonan ahli dari Osman Marajin dari Ranau.

Jupperi, 47, yang juga Ketua Bahagian PBM Kota Marudu dan merupakan seorang jurutera awam, sebelum ini Naib Pengerusi PBM Sabah dilantik Pengerusi menggantikan Rahimah Majid selepas krisis melanda parti itu baru-baru ini.

Jupperi yang juga Presiden Persatuan Kontraktor Sabah (PKS) adalah seorang yang aktif dalam masyarakat dan dunia perniagaan.
Baru-baru ini beliau menjadi speaker jemputan pada Minggu Kewangan dan Pelaburan 2023 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog