Top posts

Featured Posts

Hajiji meradang orang luar pengaruhi penduduk tunjuk perasaan depan pejabatnya di Likas

                                 Hajiji Noor

Jayden Lisando, 25-5-2023
Kota Kinabalu : Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap satu protes aman di depan pejabatnya tiga hari lalu.

Borneo Herald antara media paling awal menyiarkan kejadian itu pada tengah hari berkenaan.
Katanya dia tahu siapa dalang dari luar dalam protes itu, yang dipercayai berhubung isu berebut tanah antara penduduk dengan syarikat kroni di Pedalaman Sabah.
Kerajaan memberi amaran supaya orang luar tidak menghasut rakyat Sabah, ujarnya dalam ucapan penggulungan untuk usul terima kasih kepada ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri di Likas dekat sini semalam.

Amaran itu membayangkan Hajiji boleh bakal menggunakan kuasa autonomi imigresen Ketua Menteri Sabah melarang orang luar daripada masuk ke negeri ini.

Dianggarkan 100 penunjuk perasaan secara aman itu membawa pelbagai sepanduk sambil menari-nari tarian tradisi anak negeri Sabah, sementara mereka menunggu wakil mereka menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri di pejabatnya di Menara Kinabalu.

Turut kelihatan berucap berapi-api pada tunjuk perasaan itu ialah Setiausaha Agung MHO atau Malaysia International Humanitarian Organisantion, Dato Hishamuddin Hashim dan pegawai-pegawai MHO Sabah yang semuanya memakai uniform NGO mereka berwarna hitam biru.
   Dato Hishamuddin (dua dari kiri) dan Kapt (B)    Jerry Jaimeh (tengah), Penyelaras MHO Sabah

Penasihat MHO ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog