Top posts

Featured Posts

Mukhriz Kecam Kenyataan Anwar "Tahan dan Humban"

Borneo Herald 
9.45AM MYT, 10-2-2026



Oleh Jayson Lisandu
KUALA LUMPUR : Presiden Pejuang, Datuk Mukhriz Mahathir, menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim angkuh apabila membuat kenyataan berkenaan `tahan dan humban’ terhadap peserta demonstrasi yang didakwa cuba menggugat keselamatan negara.

Menurut beliau, negara ini mempunyai undang-undang dan Perlembagaan yang turut mempertahankan hak rakyat untuk bersuara. Rakyat juga berhak mengkritik kerajaan dan protes jalanan dibolehkan selagi dilakukan dengan tertib serta tidak mencetuskan huru-hara.

“Takkan Anwar tidak ingat zaman reformasi dulu, apa yang beliau tidak buat untuk jatuhkan kerajaan Tun M (Dr. Mahathir Mohamad).

"Bukan setakat demonstrasi, malah merusuh memanjang (sentiasa)," kata Mukhriz menerusi video di facebook senalam.

Menurut Mukhriz, apabila Ratu Elizabeth datang ke negara ini semasa Sukan Komanwel 1998, Anwar arah geng reformasinya untuk merusuh, nak tunjuk kepada tetamu diraja itu bahawa kononnya kerajaan ketika itu perasuah dan zalim.

Katanya lagi, sebaliknya hari ini rakyat Malaysia kini dihadkan hak bersuara ketika lawatan pemimpin antarabangsa seperti Presiden AS, Donald Trump, dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
 
“Anwar dan Kerajaan Madani memang cakap tak serupa bikin, kononnya jadi pelopor demokrasi, tapi sebenarnya menafikan hak rakyat. Kerajaan dulu dituduh autokratik, walhal Anwar sendiri mentadbir dengan kuku besi,” tegasnya.

Media sebelum ini melaporkan amaran Anwar bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan maksimum terhadap mana-mana pihak yang mengganggu gugat keselamatan semasa lawatan Modi, termasuk himpunan GARAH yang menentang pembinaan rumah ibadat haram.#~Borneo Herald™

No comments:

Post a Comment

Search This Blog