Top posts

Featured Posts

Aktivis sokong lebih banyak saman difailkan untuk tuntut hak Sabah


Kenyataan Bersama Media

Sdra Daniel John Jambun
Presiden
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) 

&
Sdra Kanul Gindol
Pengerusi
Gindol Initiative for Civil Society Borneo
Kota Kinabalu
25hb Julai, 2023


*MENYOKONG SAMAN SLS, MUNGKIN LEBIH BANYAK SAMAN PERLU DIFAILKAN DI MAHKAMAH, KATA AKTIVIS SABAH*


1. Selepas beberapa masa menemui rakan aktivis dan pemimpin masyarakat, kami boleh membuat kesimpulan bahawa usaha SLS (Sabah Law Society) memfail saman terhadap Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi mendapatkan komitmen 40% hasil cukai Sabah mesti dikembalikan setiap tahun kepada Sabah, telah mendapat sokongan 99% rakyat Sabah.

2. Oleh yang demikian kita menyeru pimpinan kerajaan GRS di Sabah mestilah benar-benar secara terbuka memberi sokongan kepada usaha SLS kerana ini untuk masa depan rakyat Sabah, dan tidak menentang saman ini.

3. Kenyataan lisan Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri I bahawa Kerajaan Sabah memberi jaminan tidak akan berhenti menuntut hak Sabah terhadap 40% cukainya, walaupun ia bersetuju menerima geran tahunan RM300 juta sebagai ganti sementara hak 40% cukai, masih kurang meyakinkan.

4. Kami berpendapat Kerajaan Sabah, seperti Sarawak juga, patut lebih bertegas dan cukup menegaskan berhubung hak Sabah, ini termasuklah bersuara dalam kabinet, membuat usul melalui DUN, mengambil tindakan pentadbiran dan perundangan serta tidak menjadi penghalang kepada mana-mana usaha SLS dan pihak lain dalam meneruskan tuntutan berperlembagaan Sabah.

5. Kami juga berpendapat lebih banyak tindakan mahkamah dalam negara bahkan di mahkamah antarabangsa perlu terus dibuat bagi membela Sabah dan Sarawak dari dibuli Kerajaan Pusat yang sentiasa didominasi ahli dan parti politik dari Malaya.

6. Kami juga sedia menyokong dan menjadi sebahagian dalam saman pada masa depan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog