Pelabur mendakwa, Pengarah Bestino Chong Yuk Ming mungkiri janji dan tidak memulangkan wang pelaburan RM411 juta pada 30 April lalu.
PETALING JAYA: Pelabur Bestino mengumumkan 29 Mei sebagai tarikh baru untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka sepatutnya berbuat demikian Rabu ini tetapi menundanya kerana tidak mahu ditenggelamkan oleh program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada tarikh sama.
Perkara ini diumumkan, jurucakap pelabur Bestino, K Kunasekaran dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Selain Najib, mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“Kami menunda  ke tarikh baru selepas mengetahui kerajaan pusat akan mengadakan Himpunan Jutaan Belia pada tarikh yang sama iaitu pada 23 Mei ini,” katanya.
Menurut Kunasekaran, pelabur-pelabur ini amat serius, penting dan mahukan perhatian khas dan khusus daripada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kedua.
“Para AJK berharap para pelabur-pelabur Bestino memahami situasi ini dan walaupun kita telah membuat segala persediaan  dan mengambil cuti pada hari itu, tetapi  kita terpaksa membuat keputusan ini kerana isu kita ini adalah amat penting bukan pesta karnival tetapi kesengsaraan dan tidak mahu ditenggelamkan oleh Himpunan Jutaan Belia,” katanya.”
Mungkir janji
Beliau berkata, walaupun tindakan penyerahan memorandum ini kepada Najib dan Ahmad Husni pada Rabu ini pada telah di maklumkan pada 8 Mei lalu tetapi kami tidak mengetahui mengenai Program Jutaan Belia yang dianjurkan  oleh Kementerian Belia dan Sukan akan bermula pada tarikh dan tempat yang sama.
Kunaskaran menegaskan mereka mahu campur tangan Kementerian Kewangan kerana  Pengarah Bestino Chong Yuk Ming memungkiri janji  dan tidak memulangkan wang pelaburan RM 411 juta pada 30 April lalu.
“Para pelabur menaruh harapan tinggi kepada Pendana Menteri dan juga Menteri Kewangan kedua menggunakan kuasa budibicara dan ketegasan politik untuk menyelesaikan masalah yang berlanjutan lebih daripada dua tahun,” katanya.
Dalam memorandum yang akan di sampaikan itu kepada Najib dan Ahmad Husni para pelabur memuputuskan tuntutan-tuntutan  seperti berikut :-
1.      Chong berkata pada 2 Mei lalu  bahawa pihak syarikat memerlukan tiga  atau empat minggu  lagi untuk menyelesaikan masalah ini. Kami mahukan Menteri Kewangan memanggil pihak Pengarah Bestino ke Kementerian Kewangan untuk memberikan penjelasan bagi membolehkan pihak kementerian  membantu secara langsung membawa masuk wang dari luar negara yang di katakan berada dalam bank HSBC di Hong Kong.
2.     Para pelabur juga menyeru Menteri Kewangan untuk  mengarahkan dan mengambil langkah-langkah wajar dan perlu supaya Bank Negara boleh melepaskan wang sebanyak RM.24.2 juta yang di rampas dari Bestino yang kini di simpan sebagai barang kes. Kami mahukan wang itu di lepaskan sekarang kerana wang itu adalah kepunyaan para pelabur dan merupakan sebahagian daripada wang pelaburan RM 411 juta
3.      Kami juga mahukan kerajaan yang berprinsip Rakyat Didahulukan akan menggunakan kuasa budibicara dan juga  melihat keadaan-keadaan khas isu ini kerana melibatkan kepentingan awam dan mencadangkan untuk  menyediakan wang tambahan  sebanyak RM.388.6juta memulangkan wang pelaburan kepada 6, 764 pelabur. 
Kerajaan boleh mengambil  balik wang itu daripada Pengarah Bestino yang kini berada di HSBC Hong Kong sebanyak USD146 juta (RM438 juta) yang dikatakan akan diselesaikan dalam tempoh tiga  atau empat minggu lagi. Selain itu, mesyuarat pelabur Bestino juga mendapati Chong dan agen-agennya menunjukkan sikap acuh tidak acuh. Berikutan itu, pelabur memerlukan jaminan  Chong  yang mengatakan pihaknya memerlukan lagi  tiga atau empat minggu untuk membawa masuk wang sebanyak RM 438 juta dari Hong Kong dan kerana tempohnya semakin hampir tamat.
AJK pelabur akan  menghantar surat peringatan dan seterusnya akan mengadakan acara  nyalakan lilin ( Candle Light Vigil) di depan rumah Chong di Taman Pertama.
Mereka juga akan membuat aduan polis terhadap beberapa ajen tertentu yang berpengaruh  dan juga nyalakan lilin di hadapan rumah ajen-ajen Bestino yang tidak bertanggungjawab itu.
 
 
 Posts
Posts
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment