Top posts

Featured Posts

Orang Warisan Ranau sertai Star

KOTA KINABALU : Seorang penyokong Warisan dari Ranau, Jack Situn, keluar dari parti itu untuk menyertai Star, parti komponen GRS.

Jack, seorang peguam, yang juga merupakan adik kepada bekas calon Warisan di Ranau pada pilihanraya umum parlimen November 2022, Markos Situn, menyiarkan gambarnya menyerahkan borang kepada Presiden Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Jack membuat catatan pada facebooknya berbunyi: 

"Tiada musuh kekal dalam politik. Kepada rakan-rakan seperjuangan dulu (Warisan), tolong jangan sakit hati. Kepada rakan-rakan baru, jangan bergumbira sangat. Lain perjuangan, satu tujuan."#

Adun Limbahau keluar PKDM sokong kerajaan GRS

PAPAR : Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Masyarakat (PKDM), Datuk Juil Nuatim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau, keluar dari partinya untuk menyokong kerajaan GRS.

Ini suatu tamparan kepada Presiden PKDM Datuk Peter Anthony yang sedang menghadapi kes mahkamah.

Alasan Juil ialah kawasannya Limbahau di Papar memerlukan bantuan dana kerajaan dan
supaya perkhidmatannya selari dengan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.#


Reaction&Comment

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2023/05/21/unity-govt-must-bravely-stand-against-political-use-of-allah/

A reader's comment:
"The word “Allah” is a generic word in Arabic and also used by various groups of people in Middle East that predates Islam with various versions. This term is commonly used by those who believe that there’s only ONE GOD. The subject was a non-issue before in Malaysia and especially in Borneo. It was because people well understood what it meant and respected each other’s faith and culture / tradition. Back then I have known none of my Moslem friends and relatives becoming Christians… and still now… only in the last one decade or so this term suddenly becoming a sensitive one for reason known to those who “against” the usage by non-Moslems.. We could live in harmony before by respecting each other’s faith without restriction on who could use what term for his / her god… why cannot we do that now. Are we admitting that our country is no longer the Malaysia which our forefathers envisioned for? If that is the truth, what shall be the way forward for Malaysia?"

Reaction&Comment

Reaction&Comment:

Reaction&Comment

Reaction&Comment:

Pembalakan 1,000 hektar bakal tambah kronik masalah bekalan air Ranau, kata aktivis

                            Jalibin Paidi


LIONEL GURING, 18-5-2023
Ranau : Seorang aktivis masyarakat Ranau hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan negeri Sabah meluluskan 1,000 hektar untuk pembalakan di sini kepada sebuah syarikat dari Putatan.

Jalibin Paidi ketika dihubungi Borneo Herald hari ini, berkata pembalakan di kawasan seluas itu pasti mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan juga penduduk.

"Dari mana boleh dapat kawasan seluas 1,000 hektar di kawasan Nampasan Lama dan Tiang Lama? Kawasan kampung di situ tidakpun sampai 500 hektar masing-masing.

"Mungkinkah kawasan ini melarat hingga ke kampung-kampung lain berhampiran dalam Mukim Suminimpod di mana kedua-dua kampung ini terletak," ujarnya.

Jalibin yang juga bekas pengetua sekolah, mengenal pasti tiga sungai penting bakal tercemar teruk jika pembalakan di situ dibenarkan ialah Molout, Widu dan Liwagu.

"Banjir lebih teruk boleh berlaku nanti yang akan memusnahkan tanam-tanaman penduduk serta infrastruktur di sepanjang Sg Liwagu.

"Pusat eko-pelancongan yang sedang berkembang maju dan mendapat tarikan pelancongan antarabangsa di Kg Tiang Lama juga akan turut terjejas," katanya.

Kata Jalibin lagi, sumber ikan sungai yang banyak kampung di sepanjang sungai-sungai Molout, Widu dan Liwagu juga akan terjejas teruk.

"Terpenting, banyak anak sungai yang menjadi sumber bekalan air paip graviti juga akan terjejas, tercemar atau kering," katanya sambil menambah tindakan kerajaan GRS itu akan menyebabkan masalah bekalan air di Ranau bertambah kronik.#

Reaction&Comment

Sabah : Syarikat ngap tanah ribuan hektar, penduduk berputih mata

JAYDEN LISANDO , 17-5-2023
Kota Kinabalu : Syarikat-syarikat diberikan ribuan hektar tanah tapi orang asal Sabah terus berputih mata walau untuk tanah seluas sekangkang kera !

Dua gambar ini cukup memberi gambaran kepada masalah Sabah yang bakal boleh menggugat kedudukan kerajaan GRS.

Melihat gambar, anda fikirlah sendiri.#

Search This Blog