Top posts

Featured Posts

SEDAR Sabah tolak pewujudan "KDMR Task Force" oleh Presiden

       Richard Jimmy yang diumumkan oleh Presiden sebagai Ketua "KDMR Task Force" Parti Sedar Rakyat pada 24 Februari 2024.


KOTA KINABALU: Parti Sedar Rakyat di Sabah dikatakan hampir sebulat suara menolak keputusan Presiden itu mewujudkan Pasukan Petugas Khas KDMR yang diumumkannya pada Kongres Tahunan ke-5 di Kuching baru-baru ini.

Sumber-sumber memberitahu Borneo Herald, yang Majlis Kerja Negeri yang bermesyuarat semalam di sini, sebulat suara kecuali seorang, menolak keputusan itu bagi memastikan keutuhan Parti di Sabah.

Presiden Sedar, Datuk Othman Abdillah, pada mesyuarat tahunan parti pada 24 Februari 2024, mengumumkan pewujudan "task force" itu dan melantik Richard Jimmy dari Penampang sebagai ketuanya.

Richard yang dihubungi Borneo Herald hari ini berkata beliau yang hadir pada mesyuarat MKN semalam terkejut apabila pada penghujung mesyuarat Pengerusi MKN Sabah, Prof Dr Ariffin Willie Muhamad, membawa perkara menolak keputusan Presiden mewujudkan "task force KDMR" berkenaan.

"Pada 23 Februari iaitu malam sebelum mesyuarat tahunan di Hotel Telang Usan Kuching, Datuk Presiden membawa dalam perbincangan dengan pimpinan Sabah mengenai penubuhan ini dan pelantikan saya sebagai ketuanya.

"Mereka tidak membantah cadangan Presiden bahkan menerimanya, dan memberi tepukan apabila Presiden mengumumkannya keesokan harinya di mesyuarat itu," katanya.

Menurut Richard, sekembali ke Sabah beliau membentuk AJKnya, menyediakan terma rujukan serta mengenal pasti pemimpin di 17 kawasan pertama Dewan Undangan Negeri majoriti KDMR.

Katanya lagi pasukan Petugas Khas KDMR sebagai sayap baru Sedar boleh membantu mempercepat pengembangan Parti itu di Sabah terutama sekali di kawasan komuniti Kadazandusun dan Murut.

Sementara itu, ketika dihubungi, Prof Dr Ariffin mengiyakan penolakan itu semalam sambil menambah "MKN berpandangan task force itu tidak perlu sebab timbalan pengerusi MKN juga seorang KDM dan memadai untuk parti Sedar di Sabah".

Beliau merujuk kepada timbalannya Dr Julia Emelda Ongkili, yang juga anak tokoh politik era BERJAYA, mendiang Datuk Dr James Ongkili.

Presiden, Othman pula ketika dihubungi Borneo Herald, berkata beliau ingin terlebih dahulu melihat minit mesyuarat semalam sebelum dapat memberi ulasan mengenainya.#

Sabah perlu Strategi Pengurusan Air mampan jangka panjang, kata aktivis kanan

Aktivis Sabah, Kanul Gindol (kiri) dalam satu perbincangan bersama beberapa aktivis lain di Kota Belud hari ini.


Kenyataan Media
Kanul Gindol
Aktivis Masyarakat
Kota Belud
22hb Mac, 2024



SABAH PERLU STRATEGI PENGURUSAN BEKALAN AIR JANGKA PANJANG


1. Selamat Hari Sedunia Air hari ini 22hb Mac. Sabah yang memiliki banyak sungai masih gagal merancang dan mengurus bekalan airnya.
2. Jika kemarau 4 minggu saja maka akan kedengaran pelbagai masalah ketiadaan air, empangan mahu kering, kebakaran sana sini. Tidak guna mempersalah kerajaan kerana kerajaan banyak kali bertukar masih juga keadaan sama berlaku.
3. Apa yang nyata ialah Sabah perlu merangka satu Strategi Pengurusan Bekalan Air yang mampan. Sumber air sungai kita masih sangat banyak. Negara atau tempat lain yang tiada sungai, pasti cemburu dengan Sabah.
4. Sejumlah wang perlu diperuntuk supaya penstoran dan bekalan air sungai yang ada mencukupi walaupun tiada hujan sehingga 4-5 bulan. Kalau beras boleh diurus supaya stok mencukupi sehingga 5 bulan, tapi air tidak? Sedangkan Sabah banyak air.
5. Saya hanya bercakap fasal bekalan air sungai, belum lagi menyentuh sumber air hujan, akuifa, desalinisasi air laut dan pengitaran semula air seperti diurus negara-negara lain.

Sekian.


KANUL GINDOL
Juga Pengerusi NGO
Gindol Initiative for Civil Society Borneo

Sabah perlu Strategi Pengurusan Air mampan jangka panjang, kata aktivis kanan

Aktivis Sabah, Kanul Gindol (kiri) dalam satu perbincangan bersama beberapa aktivis lain di Kota Belud hari ini.


Kenyataan Media
Kanul Gindol
Aktivis Masyarakat
Kota Belud
22hb Mac, 2024



SABAH PERLU STRATEGI PENGURUSAN BEKALAN AIR JANGKA PANJANG


1. Selamat Hari Sedunia Air hari ini 22hb Mac. Sabah yang memiliki banyak sungai masih gagal merancang dan mengurus bekalan airnya.
2. Jika kemarau 4 minggu saja maka akan kedengaran pelbagai masalah ketiadaan air, empangan mahu kering, kebakaran sana sini. Tidak guna mempersalah kerajaan kerana kerajaan banyak kali bertukar masih juga keadaan sama berlaku.
3. Apa yang nyata ialah Sabah perlu merangka satu Strategi Pengurusan Bekalan Air yang mampan. Sumber air sungai kita masih sangat banyak. Negara atau tempat lain yang tiada sungai, pasti cemburu dengan Sabah.
4. Sejumlah wang perlu diperuntuk supaya penstoran dan bekalan air sungai yang ada mencukupi walaupun tiada hujan sehingga 4-5 bulan. Kalau beras boleh diurus supaya stok mencukupi sehingga 5 bulan, tapi air tidak? Sedangkan Sabah banyak air.
5. Saya hanya bercakap fasal bekalan air sungai, belum lagi menyentuh sumber air hujan, akuifa, desalinisasi air laut dan pengitaran semula air seperti diurus negara-negara lain.

Sekian.


KANUL GINDOL
Juga Pengerusi NGO
Gindol Initiative for Civil Society Borneo

Kenapa GRS tak pecat Peer Mohd dari Sawit Kinabalu?

KENYATAAN AKHBAR
Oleh Daniel John Jambun
22 Mac 2024

Kerajaan Sabah Patut Memecat Ketua MIC, Peer Mohd, Dari Lembaga Sawit Kinabalu...
                          Daniel John Jambun

Terdapat bukti yang sangat kuat bahawa Peer Mohd, yang dilahirkan di Tamil Nadu di India tenggara, memegang sijil kelahiran tempatan yang didaftar lewat secara tersirat dengan melanggar Akta Pendaftaran Negara 1959/1963, berdasarkan kepada Deklarasi Statutori (SD) yang menipu!

Palsu bersumpah, iaitu berbohong di bawah Sumpah di mahkamah, tetap menjadi perkara yang berasingan. Ia membawa risiko denda yang besar dan hukuman penjara yang panjang jika keterangan itu dipersoalkan dan kebolehpercayaan saksi itu dipersoalkan.

Hakim Mahkamah yang terdahulu meminta salinan penyiasatan PDRM 2013 mengenai MyKad (biru) yang dipegang oleh Ketua MIC Sabah, Peer Mohd Kadir.

Niat Parlimen mengenai Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) tidak membenarkan penutupan kesalahan. Penyiasatan 2013 sepatutnya tidak terbawah OSA 72.

Dalam apa jua kes, Mahkamah Majistret tidak memerlukan Laporan 2013 itu.

Pautan di bawah mengenai Peer Mohamad Kadir merujuk.

https://www.newmalaysiaherald.com/2022/08/09/advocate-wants-court-to-probe-citizenship-of-sabah-mic-chief/

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/03/06/debate-rci-report-on-project-ic-in-dewan-rakyat-says-sabah-mp/

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh mengesahkan bahawa No MyKad: 600323 -12 - 5465 dalam Penyiasatan 2013 dan tempat-tempat lain adalah sama dan dipegang oleh orang yang sama.

Tempat-tempat lain ini adalah laporan polis saya No. Tanjong Aru/005003/22, bertarikh 05/08/2022, masa 19:23 PM, aduan peribadi saya bertarikh 25 September 2022 di Mahkamah Majistret, dalam Lampiran NOP 31, saksi 116 (catatan prosiding) dari RCI dalam dokumentasi yang baru dikeluarkan, "Ledakan Populasi Dan Perubahan Demografi Di Sabah" oleh Dr Chong Eng Leong. (Pengarangnya, seorang ahli bedah perubatan umum yang bersara, sebelumnya menghasilkan "Lest We Forget" pada tahun 2009. Dengan 

Ia mendedahkan pertumbuhan penduduk Sabah yang luar biasa, Projek IC, dan pengundi hantu).

Harap maklum dan terima kasih.

Terima kasih Dr Julia derma dua "water sprayers" untuk sukarelawan bomba

          Aktivis Kanul Gindol (kiri) dan seorang sukarelawan bomba Darryl Spartye bersama dua "water sprayers" sumbangan Dr Julia Ongkili.

Oleh Jayden Lisando, 17-3-2024
KOTA BELUD : Timbalan Pengerusi Majlis Kerja Negeri Sabah, Parti Sedar Rakyat, Dr Julia Emelda Ongkili, bermurah hati mendermakan dua unit "water sprayer" untuk sukarelawan memadam api-api kecil di Kota Belud hari ini.

Sukarelawan kampung diketuai aktivis tempatan, Kanul Gindol, yang menerima dua unit alat penyembur galas bahu itu berkata apabila Dr Julia mendengar laporan pasukannya memadam api semak, beliau terus membuat sumbangan itu.

"Saya berterima kasih kepada Dr Julia walaupun dia dari Tamparuli dan saya dari Kadamaian bersebelahan dengan kawasannya, terus menolong apabila saya bercerita keperluan kami," kata Kanul sambil menambah beliau menghubungi beberapa kenalannya berhubung kerisauan api semak semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Menurutnya, dua hari lepas api semak hampir-hampir sampai ke empat buah rumah di siring jalanraya lama Kelawat-Kinasaraban di Kota Belud.

"Tindakan pantas pemilik rumah serta kehadiran segera jentera bomba telah berjaya mengawal api semak dari sampai ke kediaman penduduk Kg Mandap," katanya sambil berharap ada yang membantu mengganti paip-paip air mereka yang musnah terbakar.

Beberapa hari lepas pula, bomba Sabah terpaksa mendapatkan bantuan helikopter khas memadam api dari bomba Miri, Sarawak apabila sebuah bukit besar di Kota Belud terbakar dan tidak dapat dikawal kerana tiada jalanraya ke atas bukit tersebut.

Bukit berkenaan dikelilingi banyak kampung yang padat antara lainnya ialah Sembirai, Timbang Dayang, Kuala Abai, Kulambai, Suang Punggur dan Lingkodon.#

Search This Blog