Top posts

Featured Posts

PTPTN & Yayasan Sabah Debt Relief Is Not Financial Ruin — It Is Economic Justice


By Daniel John Jambun, 6-8-2025
GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) propagandists are once again misleading the public — this time by claiming that forgiving education loans like PTPTN and Yayasan Sabah debts would “upset” the state’s finances. This is not only economically dishonest, but morally bankrupt coming from a government that has mismanaged public funds while doing little to improve access to education.

Let’s be clear: investing in the future of Sabahan students is not a burden — it is a duty. Here are the facts they won’t tell you:

1. The State Government Doesn’t Pay PTPTN

PTPTN is a federal agency. The Sabah State Government does not carry the burden of PTPTN’s national loan portfolio. What Warisan proposed is a state-federal collaboration, potentially including:

Interest waivers for B40 borrowers,

Partial settlement schemes,

State co-funding for debt forgiveness of Sabahans who meet specific criteria (e.g., public service, academic excellence, rural hardship).

It is disingenuous for GRS to suggest Sabah’s reserves will be “drained” by a policy not even under state jurisdiction alone.

2. Sabah Has the Fiscal Space — If GRS Weren’t Hoarding or Wasting

GRS boasts about having RM8.6 billion in reserves — yet refuses to use even a fraction of it for human capital development.

To put this in perspective:

Writing off RM200 million in Yayasan Sabah loans (even in full) would represent less than 2.5% of the state's reserves.

That is less than what GRS paid out in compensation to politically-connected contractors in the RM315 million water scandal — a bill the public never agreed to.

GRS would rather pay failed concessionaires and mineral cronies than relieve the financial burden of struggling graduates.

3. Debt Forgiveness Strengthens, Not Weakens, the Economy

Numerous global studies show that targeted education loan forgiveness:

Increases disposable income,

Stimulates local spending,

Encourages entrepreneurship and home ownership,

Improves mental health and productivity.

Forgiving education debt is not a loss — it is a reinvestment that creates multiplier effects. Every ringgit freed from loan repayment is a ringgit spent in the local economy — in Sabah’s rural towns, family businesses, and housing market.

4. Yayasan Sabah Has the Resources — If Properly Managed

Let us not forget: Yayasan Sabah was once the wealthiest state foundation in Malaysia, owning over 1 million hectares of land and massive commercial assets.

The real question is not “can we afford to help our students?” but “where did Yayasan Sabah’s money go?”

Some RM872 million of Yayasan Sabah’s money has reportedly been lost through fraud, pointing to catastrophic financial mismanagement and lack of oversight.

Hundreds of millions in timber concessions were quietly handed out to cronies.

Large plots of Yayasan land were sold off below market value.

Its education funds were gutted to feed political patronage.

To rebuild its financial capacity, the Warisan government must take back all the hundreds thousand hectares of mineral mining concessions given to outsiders and cronies, and place them under Yayasan Sabah’s stewardship. This would ensure that the wealth generated from Sabah’s natural resources is reinvested in education, healthcare, and rural development — not siphoned off by private interests.

Debt forgiveness is affordable and achievable — if the foundation is reclaimed, restructured, and refocused on its original mission.

5. Sarawak Is Already Offering Free Tertiary Education

In Sarawak, the state government has already pledged to make higher education free through Yayasan Sarawak, including:

Full scholarships for local students,

Hostel and living allowance subsidies,

Debt forgiveness for underprivileged students.

If Sarawak can do it with RM41 billion in reserves, why can’t Sabah — with RM8.6 billion — even offer partial relief?

GRS wants to copy Sarawak’s rhetoric but refuses to match Sarawak’s commitment.

6. Warisan Did Not Have Full Term or Full Federal Support

Let us also remember: Warisan governed during a time of federal hostility and pandemic crisis. In just two short years, it:

Expanded scholarships through Yayasan Sabah,

Increased allocations for rural school repairs,

Proposed education reforms to de-politicize allocations.

Had Warisan been given a full 5-year term and federal cooperation, PTPTN relief for Sabahans would have been a reality — not just a recycled campaign promise.

GRS USES "FINANCIAL STABILITY" AS A COVER FOR POLICY COWARDICE

The GRS argument is not about finance — it is about lack of political will, misplaced priorities, and incompetent.

They can afford to:

Sign RM1 billion sukuk bonds,

Pay RM315 million in compensation without court challenge,

Spend RM30 million on publicity stunts and non-transparent grants...

...but not afford to help a young Sabahan who owes RM30,000 in PTPTN debt?

That is not fiscal responsibility. That is moral failure.

Daniel John Jambun is President of
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS)#~Borneo Herald ™

Penghapusan Hutang PTPTN & Yayasan Sabah Bukan Kemusnahan Kewangan — Ia Adalah Keadilan Ekonomi


Oleh Daniel John Jambun, 6-8-2025
PROPAGANDIS Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekali lagi memesongkan fakta — kali ini dengan mendakwa bahawa penghapusan hutang pendidikan seperti PTPTN dan Yayasan Sabah akan "mengganggu" kewangan negeri. Ini bukan sahaja tidak jujur dari segi ekonomi, malah tidak bermoral — datang daripada sebuah kerajaan yang telah gagal mengurus dana awam dan tidak serius dalam memperluaskan akses kepada pendidikan.

Mari kita perjelaskan: pelaburan dalam masa depan pelajar Sabah bukanlah satu beban — ia adalah satu tanggungjawab. Berikut adalah fakta yang mereka sembunyikan:

1. Kerajaan Negeri Tidak Membayar PTPTN

PTPTN ialah agensi persekutuan. Kerajaan Negeri Sabah tidak menanggung beban keseluruhan pinjaman nasional PTPTN. Apa yang dicadangkan oleh Warisan ialah satu kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan, yang berpotensi merangkumi:

Pengecualian faedah untuk peminjam daripada golongan B40,

Skim penyelesaian separa hutang,

Pembiayaan bersama oleh kerajaan negeri untuk penghapusan hutang peminjam Sabah yang memenuhi kriteria tertentu (cth: berkhidmat dalam sektor awam, cemerlang akademik, kesusahan luar bandar).

Adalah tidak jujur bagi GRS untuk mendakwa bahawa rizab negeri akan "terkuras" oleh dasar yang tidak sepenuhnya di bawah bidang kuasa negeri.

2. Sabah Ada Ruang Fiskal — Jika GRS Tidak Membazir atau Menyorok

GRS sering membanggakan rizab negeri sebanyak RM8.6 bilion — tetapi enggan menggunakan walau sedikit daripadanya untuk pembangunan modal insan.

Sebagai perbandingan:

Menghapuskan RM200 juta pinjaman Yayasan Sabah (walaupun sepenuhnya) hanya mewakili kurang daripada 2.5% daripada rizab negeri.

Itu kurang daripada jumlah RM315 juta yang dibayar oleh GRS kepada kontraktor politik dalam skandal air — tanpa kelulusan rakyat.

GRS membelanjakan RM600,000 untuk membina satu papan iklan, dan hampir RM4 juta untuk membeli nombor plat khas SMJ — sementara graduan muda Sabah dibebani hutang pendidikan.

GRS lebih sanggup bayar konsesi gagal dan kroni lombong daripada bantu graduan yang terhimpit.

3. Penghapusan Hutang Menguatkan, Bukan Melemahkan, Ekonomi

Pelbagai kajian antarabangsa menunjukkan bahawa penghapusan hutang pendidikan secara bersasar boleh:

Meningkatkan pendapatan boleh guna,

Merangsang perbelanjaan tempatan,

Menggalakkan keusahawanan dan pemilikan rumah,

Meningkatkan kesihatan mental dan produktiviti.

Penghapusan hutang pendidikan bukanlah kerugian — ia adalah satu pelaburan semula yang memberi kesan berganda kepada ekonomi. Setiap ringgit yang tidak lagi dibayar sebagai hutang akan dibelanjakan dalam ekonomi tempatan — di pekan-pekan luar bandar, perniagaan keluarga, dan pasaran perumahan di Sabah.

4. Yayasan Sabah Ada Sumber — Jika Diurus Dengan Betul

Jangan kita lupa: Yayasan Sabah pernah menjadi yayasan negeri terkaya di Malaysia, memiliki lebih 1 juta hektar tanah dan aset komersial yang besar.

Soalan sebenar bukan “bolehkah kita bantu pelajar kita?” tetapi “ke mana perginya duit Yayasan Sabah?”

Sekurang-kurangnya RM872 juta daripada dana Yayasan Sabah telah lesap akibat penipuan, membuktikan pengurusan kewangan yang lemah dan pengawasan yang longgar.

Ratusan juta dalam bentuk konsesi pembalakan telah diberikan secara senyap kepada kroni.

Tanah-tanah Yayasan dijual di bawah harga pasaran.

Dana pendidikan dipotong untuk membiayai kepentingan politik.

Untuk memperkukuhkan semula kewangan Yayasan, kerajaan Warisan mesti mengambil balik semua konsesi perlombongan mineral yang telah diberikan kepada pihak luar dan individu berkepentingan, dan meletakkannya di bawah pentadbiran Yayasan Sabah. Ini akan memastikan hasil bumi Sabah dikembalikan kepada rakyat — untuk pelaburan dalam pendidikan, kesihatan dan pembangunan luar bandar — bukannya dikaut oleh kepentingan peribadi.

Penghapusan hutang adalah mampu dibiayai dan boleh dilaksanakan — jika yayasan ini dikembalikan kepada matlamat asalnya.

5. Sarawak Sudah Menawarkan Pendidikan Tinggi Percuma

Di Sarawak, kerajaan negeri telah berikrar untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma melalui Yayasan Sarawak, termasuk:

Biasiswa penuh untuk pelajar tempatan,

Elaun asrama dan sara hidup,

Penghapusan hutang untuk pelajar yang kurang berkemampuan.

Jika Sarawak boleh melaksanakannya dengan RM41 bilion rizab, mengapa Sabah — dengan RM8.6 bilion — tidak mampu memberi bantuan walaupun sebahagian?

GRS hanya meniru retorik Sarawak — tetapi enggan menyamai komitmen Sarawak.

6. Warisan Tidak Diberi Peluang Sepenuhnya atau Sokongan Persekutuan

Ingatlah: Warisan mentadbir dalam keadaan permusuhan kerajaan persekutuan dan krisis pandemik. Dalam hanya dua tahun:

Biasiswa Yayasan Sabah diperluas,

Peruntukan baik pulih sekolah luar bandar ditambah,

Cadangan reformasi pendidikan dikemukakan untuk menyahtiadakan politik daripada sistem.

Sekiranya Warisan diberi mandat penuh lima tahun dan kerjasama kerajaan persekutuan, bantuan PTPTN untuk rakyat Sabah sudah menjadi kenyataan — bukan sekadar janji kitar semula.

GRS GUNA "KESTABILAN KEWANGAN" UNTUK SEMBUNYI KETIADAAN KEBERANIAN DASAR

Isu sebenar bukan soal kewangan — tetapi soal kehilangan keberanian politik, keutamaan yang songsang, dan kelemahan tadbir urus.

Mereka mampu:

Tandatangani RM1 bilion sukuk,

Bayar RM315 juta pampasan tanpa cabaran undang-undang,

Belanja RM30 juta untuk publisiti dan geran tidak telus,

Luluskan RM600,000 untuk satu papan iklan,

Habiskan hampir RM4 juta untuk nombor plat SMJ,

Biarkan RM872 juta duit Yayasan Sabah hilang tanpa pertanggungjawaban...

...tetapi tidak mampu bantu anak muda Sabah yang berhutang RM30,000 dengan PTPTN?

Ini bukan tanggungjawab fiskal. Ini adalah kegagalan moral.

Daniel John Jambun ialah Presiden
Gerakan Advokasi Perubahan Sabah (CAMOS)#~Borneo Herald™

Real Reform or Cheap Rhetoric? Nizam's Criticism of Warisan’s Education Commitment Reeks of Fear, Not Facts



               Datuk Nizam Abu Bakar Titingan

By Daniel John Jambun, 5-8-2025
THE recent attack by Gagasan Rakyat Sabah’s Chief Information Officer, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, accusing Warisan President Datuk Shafie Apdal of recycling “old promises” on education funding, is nothing more than a defensive, envious response from a government running out of vision and ideas.

Let us be clear: what Shafie has offered is not a recycled script — it is a continuation of the reformist vision he began as Chief Minister, abruptly cut short by political betrayal and frog-jumping, not electoral rejection.

Fact Check: Warisan’s Track Record in Education
Contrary to Nizam’s baseless claim that no policies were implemented under Warisan to support Sabahans in education, here is what actually happened between 2018 and 2020:

Warisan established the Ministry of Education and Innovation — the first of its kind in Sabah — with a clear mandate to uplift educational outcomes and future-proof young Sabahans.

Sabah Education Fund (Dana Pendidikan Negeri Sabah) was introduced to support tertiary students, especially from rural areas.

Thousands of native land titles were issued during Warisan's tenure — giving families security and freeing up household resources, including for education.

Health and education infrastructure projects were initiated across multiple districts, some of which were halted or delayed under GRS.

That Nizam chooses to ignore these facts is not an oversight — it is a deliberate distortion of history.

“Not Populist, Just Irrelevant” — GRS Has No Vision
Nizam claims GRS avoids populism — but the truth is, they avoid progress.

What has GRS done in five years in power besides:

Awarding timber concessions to cronies?

Bungling the RM3.3 billion water scandal?

Involving themselves in the mineral exploration scandal involving Kuala Lumpur-linked elites?

If GRS truly cared about education, they wouldn’t spend public funds enriching the politically connected while students in Pensiangan, Nabawan and Beluran still walk hours to get to rundown schools with no internet.

On PTPTN and Yayasan Sabah Loans: The Issue Is Not Populism — It’s Justice
Warisan’s call to abolish burdensome student debts — including PTPTN and Yayasan Sabah loans — is rooted in the principle of equitable access to education. Many students from poor families are forced to abandon their dreams due to financial constraints.

Is it “populist” to fight for free education — or is it just the right thing to do?

The real question is: Why has GRS refused to reform these unjust systems for five years? Why do they treat student debt as a revenue stream, while billion-ringgit GLC scandals go unpunished?

Sabahans Are Waking Up — Nizam’s Fear Is Justified
Nizam warns young voters not to fall for “populist” promises. But in truth, he is afraid — because youths today are informed, empowered, and tired of being taken for granted by politicians who only appear during election season.

It is laughable to accuse Shafie of only making promises during elections — when GRS leaders are clinging to PH and BN in a last-ditch attempt to survive PRN17. That is the real betrayal of public trust.

Warisan’s Education Agenda Is Clear and Credible
Debt relief is not a fantasy — it is achievable with fiscal prioritisation and political will.

Full scholarships are not unrealistic — Sarawak does it. Why can’t Sabah under Warisan?

Investing in education is not populist — it is patriotic.

Let Nizam and GRS make noise all they want. While they insult Sabahans’ intelligence, Warisan will continue presenting real policies, grounded in fairness and bold vision — not slogans recycled to protect corrupt elites.

Daniel John Jambun is President of
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS)#~Borneo Herald™

Reformasi Tulen atau Retorik Murahan? Kritikan Nizam Terhadap Komitmen Pendidikan Warisan Didorong Rasa Takut, Bukan Fakta



                  Daniel                              Nizam

Oleh Daniel John Jambun, 5-8-2025
SERANGAN terbaru oleh Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, terhadap Presiden Warisan Datuk Shafie Apdal yang kononnya “mengitar semula janji lama” berkaitan pelupusan pinjaman pendidikan, hanyalah reaksi cemburu dan terdesak daripada sebuah kerajaan yang kehabisan visi dan idea.

Mari kita perjelaskan: apa yang ditawarkan oleh Shafie bukan skrip lama — tetapi kesinambungan kepada agenda reformasi pendidikan yang telah dimulakan ketika beliau menjadi Ketua Menteri, yang terbantut akibat pengkhianatan politik dan tindakan lompat parti, bukannya ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya.

Semakan Fakta: Rekod Warisan Dalam Pendidikan
Bertentangan dengan dakwaan tidak berasas oleh Nizam bahawa tiada dasar pendidikan dilaksanakan semasa era Warisan, berikut adalah rekod sebenar pentadbiran 2018–2020:

Warisan menubuhkan Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah — yang pertama dalam sejarah negeri — dengan mandat jelas untuk melonjakkan pendidikan dan masa depan generasi muda Sabah.

Dana Pendidikan Negeri Sabah diperkenalkan untuk membantu pelajar terutama dari kawasan pedalaman meneruskan pengajian tinggi.

Beribu-ribu geran tanah adat dikeluarkan di bawah pentadbiran Warisan — memberi jaminan kepada keluarga dan membebaskan sumber kewangan, termasuk untuk menyokong pendidikan anak-anak.

Projek pembinaan dan naik taraf sekolah serta klinik dilaksanakan di banyak kawasan luar bandar — ramai yang terbengkalai selepas GRS mengambil alih.

Bahawa Nizam memilih untuk menafikan fakta ini bukan kecuaian — ia adalah pemalsuan sejarah secara sengaja.

“Bukan Populis, Tapi Tak Relevan” — GRS Tiada Arah Tuju
Nizam mendakwa GRS tidak mengamalkan politik populis — tetapi realitinya, mereka tidak mengamalkan sebarang kemajuan pun.

Apa yang telah dilakukan oleh GRS dalam tempoh lima tahun selain:

Menganugerahkan konsesi balak kepada kroni?

Terpalit dalam skandal air RM3.3 bilion?

Terlibat dalam skandal eksplorasi mineral yang melibatkan syarikat berkait Kuala Lumpur?

Jika GRS benar-benar mengambil berat tentang pendidikan, mereka tidak akan habiskan wang rakyat untuk memperkayakan golongan elit politik sementara pelajar di Nabawan, Beluran dan Pensiangan terus belajar dalam sekolah daif tanpa capaian internet.

Isu PTPTN dan Yayasan Sabah: Bukan Populisme — Tetapi Keadilan
Cadangan Warisan untuk menghapuskan beban hutang pelajar termasuk pinjaman PTPTN dan Yayasan Sabah bukanlah mimpi palsu — ia berpaksikan prinsip keadilan dan akses saksama kepada pendidikan.

Ramai pelajar Sabah terpaksa berhenti belajar kerana kekangan kewangan. Adakah usaha membebaskan mereka dari beban hutang dianggap "populisme"? Atau sebenarnya itu adalah tanggungjawab moral dan politik?

Soalannya: kenapa GRS gagal melaksanakan reformasi terhadap sistem tidak adil ini sejak lima tahun lalu? Mengapa hutang pelajar dijadikan beban, sedangkan penyelewengan GLC bernilai berbilion dibiarkan?

Rakyat Sabah Semakin Celik — Ketakutan Nizam Berasas
Nizam memberi amaran kepada belia Sabah agar tidak terpedaya dengan janji "populis". Hakikatnya, belia hari ini celik, berani dan sudah muak dengan politik hipokrit yang hanya muncul bila tiba musim undi.

Adalah lucu untuk menuduh Shafie hanya muncul ketika pilihan raya, sedangkan pemimpin GRS sedang berpaut kepada PH dan BN dalam usaha terdesak menyelamatkan nyawa politik mereka menjelang PRN17. Itulah sebenarnya bentuk pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

Kesimpulan: Agenda Pendidikan Warisan Adalah Jelas dan Boleh Dilaksanakan
Pelupusan hutang pelajar bukan mimpi — ia boleh dilaksanakan dengan keberanian fiskal dan keutamaan yang betul.

Biasiswa penuh bukan khayalan — Sarawak boleh lakukannya, kenapa Sabah tidak boleh di bawah Warisan?

Pelaburan dalam pendidikan bukan retorik — ia satu kewajipan patriotik.

Biarlah Nizam dan GRS terus bermain persepsi. Sementara mereka menghina kebijaksanaan rakyat, Warisan terus membentangkan dasar sebenar — yang adil, berani dan berpaksikan rakyat.

Daniel John Jambun 
Presiden
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS)#~Borneo Herald™

“Sabah for Sabahans” Sudah Jadi Slogan Kosong — GRS Tunduk Kepada PH dan BN Demi Selamatkan Diri Sendiri



Oleh Daniel John Jambun, 4-8-2025
GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) kini secara rasmi mengkhianati segala slogan yang pernah mereka laungkan. Daripada “Sabah for Sabahans” hingga “Rumah Kita, Kita Jaga”, semuanya kini terbukti hanyalah retorik murahan — bukan prinsip perjuangan.

Keputusan GRS untuk menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bukanlah strategi bijak, tetapi langkah terdesak untuk menyelamatkan diri, terutamanya dalam kalangan pemimpinnya yang berhadapan dengan siasatan dan pertuduhan rasuah.

Tunduk Kerana Terpaksa, Bukan Kerana Prinsip
Apabila pemimpin-pemimpin terpalit dengan kes rasuah, mereka tidak lagi berjuang untuk rakyat — mereka berjuang untuk kekal bebas. Dalam keadaan ini, kesetiaan mereka bukan lagi kepada Sabah, tetapi kepada sesiapa yang boleh menjamin keselamatan politik dan peribadi mereka.

Itulah realiti GRS hari ini. Mereka tunduk kepada kemahuan Malaya — bukan kerana strategi, tetapi kerana keterdesakan.

“Rumah Kita Jaga”? Siapa Lagi Jaga Rumah Kalau Bukan Malaya?
GRS pernah mendabik dada kononnya mereka adalah parti tempatan yang tidak tunduk kepada campur tangan luar. Namun hari ini, mereka:

Duduk semeja dengan UMNO yang pernah cuba jatuhkan mereka melalui Langkah Kinabalu.

Bekerjasama dengan PH yang tidak pernah membawa naratif Sabah-sentris.

Berkongsi pentas dengan parti-parti Malaya yang selama ini menafikan hak dan suara Sabah dalam perundingan MA63 dan pengagihan hasil negeri.

Di mana prinsip? Di mana maruah?

Jangan Tipu Rakyat Dengan Alasan “Stabiliti”
Apa yang GRS dan rakan-rakan mereka cuba jual sekarang ialah kononnya ini semua demi “stabiliti politik” dan pembangunan berterusan.

Hakikatnya:

Ini bukan stabiliti, ini ketakutan akan kehilangan kuasa dan kedudukan.

Ini bukan perpaduan, ini kerajaan campuran demi selamatkan individu-individu yang terancam secara politik dan undang-undang.

Rakyat Sabah Perlu Sedar dan Bangkit
Sabah tidak akan maju jika terus diperintah oleh mereka yang sanggup menjual prinsip demi jawatan. Kita tidak perlukan kerajaan yang dikawal oleh parti-parti Malaya. Kita perlukan:

Kerajaan Sabah yang bebas daripada kawalan pusat;

Pemimpin yang bersih dan berani menuntut hak Sabah di bawah Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63);

Dan dasar ekonomi serta pentadbiran yang berteraskan kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi atau elit politik.

Penutup: GRS Tidak Lagi Wajar Mewakili Sabah
GRS bukan lagi wadah perjuangan rakyat Sabah — mereka kini hanya perisai politik untuk menyelamatkan diri daripada kejatuhan dan pendakwaan.

Dalam PRN akan datang, rakyat Sabah mesti menghantar mesej yang jelas:
Cukup-cukuplah dengan kerajaan boneka.
Cukup dengan parti yang berselindung di sebalik slogan tapi menjual prinsip.

Sabah perlukan kebangkitan politik yang tulen, bersih dan benar-benar Sabah-sentris.

Daniel John Jambun ialah Presiden NGO
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS)#Borneo Herald™

“Sabah for Sabahans” Is Now an Empty Slogan — GRS Bows to PH and BN to Save Itself



By Daniel John Jambun, 4-8-2025
GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) has now officially betrayed the very slogans they once championed. From “Sabah for Sabahans” to “Rumah Kita, Kita Jaga,” all have been exposed as nothing more than cheap rhetoric — not principles of struggle.

GRS’s decision to join forces with Barisan Nasional (BN) and Pakatan Harapan (PH) in the upcoming state election (PRN) is not a smart strategy. It is a desperate move to save themselves, especially those among their leaders who are facing corruption investigations and charges.

Submission Out of Desperation, Not Principle
When leaders are tainted by corruption, they no longer fight for the people — they fight to stay free. In such situations, their loyalty is no longer to Sabah, but to anyone who can guarantee their political and personal protection.

This is the reality of GRS today. They bow to the demands of Malaya — not out of strategic thinking, but out of desperation.

“We Take Care of Our House”? Who’s Taking Care of It Now If Not Malaya?
GRS once proudly claimed to be a local party that would never submit to outside interference. But today, they:

Sit at the same table with UMNO — the very party that once tried to overthrow them via the Langkah Kinabalu coup.

Cooperate with PH — a coalition that has never carried a Sabah-centric narrative.

Share platforms with Malaya-based parties that have long denied Sabah’s voice and rights in MA63 negotiations and revenue distribution.

Where are their principles now? Where is their dignity?

Don’t Deceive the People with the Excuse of “Stability”
What GRS and its allies are trying to sell to the public now is the idea that all of this is in the name of “political stability” and continued development.

But the truth is:

This is not stability — it is fear of losing power and position.

This is not unity — it is a coalition cobbled together to protect politically and legally vulnerable individuals.

Sabahans Must Wake Up and Rise
Sabah cannot progress if it continues to be governed by those who are willing to sell their principles for positions. We do not need a government controlled by Malaya-based parties. We need:

A Sabah government free from federal control;

Leaders who are clean, bold, and willing to fight for Sabah’s rights under the Federal Constitution and the Malaysia Agreement 1963 (MA63);

And economic and administrative policies that put the people’s interests first — not personal or elite political interests.

Conclusion: GRS No Longer Deserves to Represent Sabah
GRS is no longer a platform for the people’s struggle — it is now a political shield for leaders trying to escape downfall and prosecution.

In the upcoming state election, Sabahans must send a clear message:
Enough of puppet governments.
Enough of parties that hide behind slogans but sell their principles.

Sabah needs a political awakening that is genuine, clean, and truly Sabah-centric.

Daniel John Jambun is President of
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS)#~Borneo Herald™

Ekonomi Sabah: Naratif Indah Tidak Mampu Menutup Realiti : Daniel John Jambun

Oleh Daniel John Jambun, 2-8-2025
KAMI mengambil maklum artikel bertajuk “A Balanced Perspective on Sabah's Economic Performance: Countering Misleading Narratives” yang ditulis oleh Ramli Amir, bekas Presiden Chartered Institute of Logistics and Transportation Malaysia.

Walaupun artikel tersebut disampaikan dalam gaya analisis ekonomi, ia jelas merupakan satu naratif politik yang bertujuan mempertahankan pentadbiran negeri yang dipimpin GRS menjelang pilihan raya negeri yang akan datang. Ia cuba membingkai semula kelembapan ekonomi Sabah yang berpanjangan sebagai satu kisah “ketahanan” dan “transformasi.”

Perlu ditegaskan: angka KDNK dan janji pelaburan tidak bermakna jika ia tidak diterjemahkan kepada taraf hidup yang lebih baik, infrastruktur yang kukuh, dan autonomi sebenar terhadap masa depan ekonomi negeri ini.

1. KDNK Tertinggi Yang Tidak Membawa Makna Kepada Rakyat Biasa

Ya, KDNK Sabah mencecah RM84.3 bilion pada tahun 2024 — tetapi ini tidak membawa makna apabila:

Sabah masih mencatat kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia, dengan komuniti luar bandar yang masih kekurangan akses kepada air bersih, elektrik, dan jalan yang sempurna.

Pengangguran dan pekerjaan tidak setara dalam kalangan belia kekal kronik, memaksa ribuan anak muda berhijrah demi kelangsungan hidup.

KDNK per kapita jatuh kepada RM31,147 — antara yang terendah di negara ini.

Apa ertinya “ketahanan” jika sebahagian besar rakyat Sabah masih tersisih daripada faedah ekonomi?

2. Pertumbuhan KDNK 1.1% Bukan Kejayaan, Tapi Amaran Bahaya

Pertumbuhan KDNK Sabah sebanyak 1.1% adalah kedua terendah di Malaysia. Untuk mengangkatnya sebagai pencapaian adalah penghinaan kepada kewarasan rakyat Sabah.

Ini bukan “penyesuaian sektor secara kontekstual” — ini adalah petanda ekonomi yang stagnan dan bergantung kepada sumber semata-mata, tanpa sebarang reformasi struktur. Sebaliknya, Sarawak mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi dengan autonomi yang lebih kukuh dan hala tuju pembangunan yang jelas.

3. Kadar Pengangguran 7.7%: Masih Yang Tertinggi di Malaysia

Hentikan normalisasi kegagalan.

Artikel tersebut mendakwa kadar pengangguran Sabah pada 7.7% adalah “stabil.” Hakikatnya, ia telah konsisten menjadi yang tertinggi di negara ini — lebih dua kali ganda purata nasional sejak 2020.

Ini bukan “stabil” — ini adalah krisis jangka panjang.

4. Angka Pelaburan Tiada Makna Tanpa Ketelusan

Ya, Sabah mungkin telah “meluluskan” pelaburan sebanyak RM10.9 bilion — tetapi:

Berapa banyak yang benar-benar direalisasikan dan memberi manfaat kepada rakyat tempatan?

Berapa banyak pekerjaan sebenar yang diwujudkan — atau kita masih melihat pelaksanaannya dimonopoli oleh kroni dari Semenanjung?

Di manakah ketelusan dan akauntabiliti awam dalam projek mega seperti loji keluli hijau Esteel bernilai RM31 bilion?

Tanpa ketelusan, angka-angka ini bukan pembangunan — ia hanya gimik politik tanpa isi.

5. Pemulihan Pelancongan — Tapi Siapa Yang Untung?

Kemasukan pelancong memang meningkat — tetapi:

Siapa yang menguasai hotel, agensi pelancongan dan laluan penerbangan?

Rakyat Sabah masih terpinggir dalam rantaian nilai pelancongan.

Tanpa dasar yang memperkasakan usahawan tempatan, pemulihan ini hanya menguntungkan segelintir elit — bukan rakyat secara menyeluruh.

6. Sokongan Persekutuan Bukan Satu Keistimewaan — Ia Hak Perlembagaan

Ramli Amir memuji peruntukan RM6.7 bilion daripada Kerajaan Persekutuan dan geran khas sebagai tanda komitmen. Tetapi jangan kita terpedaya:

Sabah berhak secara perlembagaan untuk menerima 40% daripada hasil bersih yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan — hak yang sehingga kini masih dinafikan.

Peruntukan ini tidak boleh menggantikan kehilangan kuasa Sabah ke atas minyak, gas, mineral dan percukaian.

Kami tidak mahu hadiah bersyarat. Kami menuntut hak perlembagaan dan sejarah kami.

7. Penapisan Fakta Tidak Mampu Menutup Keruntuhan Sistemik

Artikel tersebut dengan sengaja mengelak daripada menyebut:

Skandal rasuah air RM3.3 bilion.

Lesen eksplorasi mineral yang dipersoalkan, diberikan tanpa ketelusan atau rundingan awam.

Konsesi tanah hutan selama 100 tahun yang disabotaj, dikaitkan dengan kepentingan politik dalaman.

Sebuah pentadbiran GRS yang semakin bergantung kepada Kuala Lumpur untuk kelangsungan, tanpa hala tuju dan tanpa autonomi.

Beberapa tajuk berita yang kelihatan positif tidak boleh menutup kegagalan urus tadbir dan ketempangan ekonomi di bawah kepimpinan Sabah hari ini.

Penutup: Sabah Perlu Keadilan Ekonomi — Bukan Gimik PR

Tiada jumlah “naratif seimbang” daripada bekas pegawai yang bersara mampu mengalihkan perhatian rakyat daripada hakikat bahawa Sabah kekal miskin secara struktur, tunduk secara politik, dan tersisih secara ekonomi.

Sabah mesti:

Mengambil semula kawalan penuh ke atas sumber asli dan halatuju ekonomi negeri sendiri.

Melaksanakan reformasi struktur mendalam untuk memperkasakan industri tempatan dan usahawan Sabah.

Menegaskan pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk pemulangan hak hasil 40%.

Memutuskan kitaran kebergantungan kepada bantuan Persekutuan dan patronaj politik.

Apa yang Sabah perlukan bukan lagi pembelaan yang digilap untuk menutup kegagalan — tetapi kepimpinan berani yang sanggup menyatakan kebenaran dan berjuang demi masa depan yang rakyat Sabah layak perolehi.

Daniel John Jambun ialah Presiden
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)
&
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS).#Borneo Herald™

Sabah’s Economy: No Amount of Polished Narratives Can Hide the Reality


By Daniel John Jambun, 2-8-2025
WE take note of the recent article titled “A Balanced Perspective on Sabah's Economic Performance: Countering Misleading Narratives” authored by Ramli Amir, former President of the Chartered Institute of Logistics and Transportation Malaysia.

While the article is dressed in the language of economic analysis, it is unmistakably a politically convenient narrative intended to defend the GRS-led state administration ahead of the coming state election. It attempts to reframe Sabah’s prolonged economic stagnation as a story of “resilience” and “transformation.”

Let us be clear: GDP figures and investment pledges mean nothing if they do not translate into improved living standards, better infrastructure, and meaningful autonomy over our economic future.

1. A Record GDP That Means Little for Ordinary Sabahans

Yes, Sabah’s GDP touched RM84.3 billion in 2024 — but this means little when:

Sabah still has the highest poverty rate in Malaysia, with rural communities lacking access to clean water, electricity, and proper roads.

Youth unemployment and underemployment remain chronic, forcing thousands to migrate for basic survival.

GDP per capita has declined to RM31,147 — among the lowest in the country.

What kind of “resilience” is this, when most Sabahans are still left out of the economic equation?

2. GDP Growth of 1.1% Is a Red Flag, Not a Victory

Sabah’s 1.1% GDP growth is the second-worst in Malaysia. To spin this as an achievement is an insult to the intelligence of Sabahans.

This is not “contextual sectoral adjustment” — it is a symptom of a stagnant, extractive economy with no structural reform in sight. Sarawak, in comparison, achieved higher growth by asserting stronger autonomy and pursuing clear development direction.

3. Unemployment Rate of 7.7%: Still the Worst in the Nation

Let us stop normalising failure.

The article claims Sabah’s 7.7% unemployment rate is “stable.” But it has consistently been the highest in Malaysia — more than double the national average since 2020.

This isn’t stability — it’s a long-running crisis.

4. Investment Figures Are Meaningless Without Transparency

Sabah may have “approved” RM10.9 billion in investments, but:

How much of it has actually been realised and benefitted local Sabahans?

How many real jobs have been created — or are we still seeing Peninsular cronies dominate the implementation?

Where is the public accountability for mega-projects like the RM31 billion Esteel “green steel” plant?

Without transparency, these figures are not development — they are optics without substance.

5. Tourism is Recovering — But Who Reaps the Rewards?

Tourist arrivals have increased, yes — but:

Who controls the hotels, the tourism agencies, and the flights?

Sabahans remain sidelined in the tourism value chain.

Without policies that empower local entrepreneurs, this recovery serves only a privileged few — not the wider rakyat.

6. Federal Support Is Not Generosity — It’s a Constitutional Right

Ramli Amir praises the RM6.7 billion federal allocation and “special grants” as signs of commitment. But let us not be misled:

Sabah is constitutionally entitled to 40% of net federal revenue collected from the state under Articles 112C and 112D — a right that remains unfulfilled.

These allocations do not compensate for Sabah’s continued lack of control over oil, gas, minerals, and taxation.

We don’t want token gestures. We demand our constitutional and historical rights.

7. Selective Framing Cannot Conceal Systemic Decay

The article carefully avoids mentioning:

The RM3.3 billion water corruption scandal.

Questionable mineral exploration licences awarded without transparency or public consultation.

The sabotaged 100-year timberland concessions linked to insider political deals.

A GRS administration increasingly dependent on Kuala Lumpur for survival, lacking both vision and autonomy.

A handful of positive headlines cannot erase the governance rot and economic mismanagement at the heart of Sabah’s leadership today.

Conclusion: Sabah Needs Economic Justice — Not PR Spin

No amount of “balanced narratives” by retired officials can distract from the fact that Sabah remains structurally poor, politically subservient, and economically sidelined.

Sabah must:

Reclaim full control over its natural resources and economic direction.

Implement deep structural reforms to empower local industries and entrepreneurs.

Enforce MA63 in full, including the return of our 40% revenue entitlement.

Break the cycle of dependence on federal handouts and political patronage.

What Sabah needs is not another polished defence of a failed administration — but bold leadership that dares to confront the truth and fight for the future our people deserve.

Daniel John Jambun is President of
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)
&
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS).#~Borneo Herald™

Aktivis Senior Dr Kanul Huraikan Mengapa Beliau Rasa Datuk Shafie Calon Terbaik Ketua Menteri Sabah Sekali Lagi !



Agak ramai juga kawan dan kenalan saya begitu ingin tahu dan bertanya mengapa kebelakangan ini saya semakin banyak membuat komen (kata merekalah) yang sangat memihak kepada Datuk Shafie Apdal, Presiden Warisan yang berpengalaman dan cemerlang dari Semporna itu😀, malah mengangkat beliau sebagai calon paling layak untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah sekali lagi. Maka di sini hari ini saya menjelaskan mengapa komen saya memihak Datuk Shafie. Sudah tentu akan ada satu atau dua lagi tulisan daripada saya atau rakan-rakan saya tentang beliau dalam minggu-minggu akan datang, insya-Allah.
— Dr Kanul Gindol, 1 Ogos 2025
Beberapa minggu yang lalu, Datuk Shafie Apdal (yang sentiasa berbaju putih) telah sudi menerima kami berempat aktivis Camos untuk minum petang di rumah beliau di Bundusan, Penampang. Saya banyak berdiam diri dalam pertemuan itu, lebih banyak mendengar tutur kata beliau yang lembut namun lancar, kadang-kadang terlalu lembut sehingga sukar didengari, diselang-seli dengan celahan rakan saya yang lebih banyak bercakap iaitu Daniel John Jambun dan Angie Chin. Anna Matin (kanan), seperti saya, lebih banyak mendengar..😉


KITA sedia maklum, dalam tempoh singkat lebih dua tahun saja sebagai Ketua Menteri (Mei 2018–September 2020), Datuk Shafie Apdal sebenarnya telah banyak melakukan perubahan untuk Sabah dan rakyatnya!

Rekod kepimpinan beliau ditandai dengan tindakan dan pencapaian yang boleh diukur — bukan sekadar janji kosong. Beliau meletakkan asas kukuh yang memperkukuh kewangan Sabah, melindungi aset negeri dan meletakkan kepentingan rakyat Sabah sebagai keutamaan.

Di bawah kepimpinan Shafie, KDNK Sabah mencapai paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM85.6 bilion pada tahun 2019. Salah satu langkah beraninya adalah memperkenalkan cukai jualan 5% ke atas produk petroleum pada tahun 2020 — yang sehingga kini menjana lebih RM1 bilion setahun dalam hasil negeri.

Dalam langkah berhemah dari segi fiskal, Shafie melunaskan bon bernilai RM1 bilion yang diterbitkan oleh kerajaan terdahulu sebelum tarikh matang, sekali gus mengelakkan Sabah daripada membayar faedah lebih tinggi. Ini membuktikan beliau mengutamakan kestabilan kewangan jangka panjang berbanding keuntungan jangka pendek.

Beliau mengemudi sektor ekonomi Sabah — khususnya sektor kelapa sawit — ke arah pemprosesan hiliran (downstreaming) dan tidak hanya mengeksport bahan mentah. Komoditi asas ditransformasi menjadi produk nilai tambah. Jenama Sabahan seperti Bess, Gold dan Onsoi lahir di bawah pentadbirannya. Hari ini di bawah GRS, hanya jenama Bess yang masih wujud; yang lain lenyap bersama visi yang membentuknya.

Bagi menangani masalah lama dalam sektor kesihatan dan pendidikan, Shafie menubuhkan Kementerian Pendidikan dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat. Ini adalah langkah praktikal untuk menyelesaikan isu seperti sekolah daif dan kekurangan doktor — isu yang telah lama diabaikan oleh pentadbiran sebelum itu.

Pemahaman mendalam Shafie terhadap masyarakat majmuk Sabah membawa kepada dasar-dasar inklusif yang dilaksanakan dalam beberapa bulan pertama pentadbiran beliau. Beliau merupakan yang pertama di Malaysia mengiktiraf sijil UEC Cina secara rasmi bagi pengambilan ke dalam perkhidmatan awam negeri. Beliau turut menambah satu lagi cuti umum bagi sambutan Krismas. Sebagai seorang pemimpin Muslim yang sederhana, Shafie menunjukkan komitmen beliau untuk menyayangi semua rakyat Sabah tanpa mengorbankan kepercayaannya sendiri.

Beliau mengembalikan maruah kepada golongan tidak bertanah — kebanyakan mereka adalah penduduk kampung yang telah menunggu selama bertahun-tahun, malah ada berdekad, untuk permohonan tanah mereka. Beribu-ribu geran tanah adat telah diberikan di bawah kepimpinan beliau. Beliau juga memansuhkan skim kontroversi Geran Tanah Komunal, dan menyerahkan geran tanah individu kepada pemilik sah.

Pada tahun 2019, kadar pengangguran Sabah adalah 114,300 orang. Hari ini ia meningkat kepada 165,600 di bawah pentadbiran GRS. Angka-angka ini berbicara sendiri.

Shafie melindungi rakyat Sabah ketika krisis dan bertindak pantas. Pada Mac 2020, kerajaan negeri Sabah yang diterajui Warisan melancarkan pakej bantuan bernilai RM670 juta yang dinamakan "We Care" untuk membantu menangani kesan pandemik COVID-19 serta menyokong petugas barisan hadapan, komuniti luar bandar dan projek pembangunan infrastruktur tempatan. Ia termasuk bantuan makanan, elaun kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta pembiayaan keperluan pembangunan luar bandar.

Pakej kedua dikenali sebagai “Sabah New Deal”. Dilancarkan pada pertengahan Jun 2020, ia merupakan inisiatif bernilai RM240 juta yang direka untuk melengkapi pakej “We Care”, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan COVID-19 peringkat negeri di bawah Warisan mencecah RM910 juta. Kedua-duanya dibiayai daripada dana negeri tanpa perlu menunggu pembiayaan persekutuan, yang membolehkan bantuan disalurkan serta-merta tanpa kelewatan.

Di bawah kepimpinan Shafie, Warisan memainkan peranan aktif dalam Jawatankuasa Pemandu MA63, memperjuangkan pemulangan kuasa sebenar kepada negeri. Dalam tempoh tersebut, kerajaan persekutuan mengiktiraf 17 perkara utama untuk dilaksanakan di bawah MA63, termasuk hak agihan gas, pelantikan kehakiman, pendidikan, kesihatan, pelancongan, kewangan dan peranan negeri dalam perancangan pembangunan persekutuan.

Rakan-rakan sekalian, sudah tentu banyak lagi yang boleh ditulis tentang insan ini, tetapi marilah kita bersikap adil kepada diri sendiri — kita tidak mampu membaca teks yang terlalu panjang😇. Simpan yang terbaik untuk akhir nanti. Jumpa lagi.
#~Borneo Herald™

Senior Activist Dr Kanul Spells Out Why He Thinks Datuk Shafie Is Potentially the Most Right Choice As Sabah CM


My curious friends and former friends inquired why lately i have been writing (they claimed) highly favourable comments on Datuk Shafie Apdal, the experienced bright Warisan President from Semporna😀, and in fact promoted the economist as the best potential yet as Sabah Chief Minister again. Here i am telling them now why i think Shafie is favoured, but of course there will be one or two more on the man from me or my colleagues later in the weeks to come, hopefully: Dr Kanul Gindol, 1-8-2025
Datuk Shafie Apdal (always in white) hosted the four of us Camos activists to a tea at his house in Bundusan, Penampang a few weeks back. I spoke little at the meeting, spending most of the time listening to his soft but fluid words, sometimes too soft barely audible, interjected by my more talkative colleagues Daniel John Jambun and Angie Chin. Anna Matin (right), like me, listened attentively..😉


WELL, we know in the little time of just over two years as Chief Minister (May 2018-September 2020), Datuk Shafie Apdal, has actually done quite a lot for Sabah and Sabahans ! 

His leadership record is marked by action and measurable gains and not just empty promises. He laid foundations that boosted Sabah’s finances, protected its assets and placed the ordinary Sabahans first.

Under Shafie, Sabah's GDP reached a historic high of RM85.6 billion in 2019. One of his boldest moves was introducing a 5% sales tax on petroleum products in 2020 that has since been bringing in over RM1 billion annually in revenue.

In an act of fiscal prudence, Shafie settled a RM1 billion bond that issued by the previous government before it reached maturity date. This prevented Sabah from having to pay more in interest and showed that he prioritised long-term financial stability over quick short-term gains.

He steered Sabah's economic sector especially in the oil palm sector towards down streaming instead of just exporting raw materials by transforming raw commodities into value-added products. Sabahan brands like Bess, Gold, and Onsoi were the results under his watch. Today under GRS, only Bess has survived. The rest have vanished along with the vision that created them.

To address long-standing issues in healthcare and education, Shafie established the Ministry of Education and Innovation and the Ministry of Health and People’s Well-being. These were practical steps to fix problems such as dilapidated schools and lack of doctors that others had long ignored.

Shafie’s deep understanding of Sabah’s diverse communities led to inclusive policies, he swiftly introduced within months in office. He was the first in Malaysia to officially recognise the Chinese UEC certificate for state civil service employment. He added an extra public holiday for Christmas. As a moderate Muslim leader, Shafie showed his magnanimous commitment to love for all Sabahans without compromising his own faith.

He returned dignity to the landless, many of whom were villagers who had waited years, some for decades, for their land applications. Thousands of native land titles were granted under his leadership. He also abolished the controversial Communal Land Title scheme, giving rightful owners their own land titles individually.

In 2019, Sabah’s unemployment stood at 114,300. Today it has climbed to 165,600 under GRS. The numbers speak for themselves. 

Shafie protected Sabahans in a crisis and acted promptly. In March 2020, the Warisan-led Sabah state government rolled out a RM670 million aid package called "We Care"  to help manage the COVID‑19 pandemic and ease the financial impact of the pandemic by supporting frontline workers, rural communities and local infrastructure projects. It included food aid, allowances for Village Community Management Councils (MPKK) and funding for rural development needs.

The second package was called the “Sabah New Deal”. Unveiled in mid‑June 2020, it was a RM240 million initiative designed to complement the original “We Care” package, bringing the total state‑level COVID‑19 relief under Warisan to RM910 million. Both were from state money without having to wait for federal funding which meant help could be disbursed immediately without further delay.

Under Shafie leadership, Warisan was actively involved in the MA63 Steering Committee pushing for actual power to be returned to the state. During this time, the federal government acknowledged 17 key matters for implementation under MA63, including gas distribution rights, judicial appointments, education, health, tourism, finance and the state’s role in federal development planning..

My friends, of course there are more to write on the man, but let us be fair to ourselves, we can't spend time reading too long a text😇. Save the best for the last. Till then, stay tuned.#~Borneo Herald™

Search This Blog