![]() |
| Penulis berkongsi pandangan bersama rakan-rakan di Facebook mengenai isu penting menjelang PRU-13 |
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), usaha-usaha yang diambil oleh Barisan Nasional (BN) untuk “mempertahankan” Putrajaya semakin rancak. Begitu juga usaha Pakatan Rakyat (PR) “merampas” Putrajaya.
Dalam keasyikan kedua-dua pihak merebut kuasa, kita jangan sesekali lupa bahawa “kuasa” sebenar terletak pada tangan Rakyat (huruf besar disengajakan). Dalam sistem pemerintah demokrasi, Rakyat yang berkuasa dan berhak memilih wakil yang akan membentuk kerajaan.
Di tengah-tengah keghairahan BN dan PR berebut bola di tengah padang, usah kita lupa walau sesaat bahawa keputusan mutlak sebenarnya terletak di tangan kita sebagai Rakyat; khususnya individu yang sudah mendaftar sebagai pengundi.





