Borneo Herald
12.38PM MYT, 3-4-2026
Oleh Jayson Lisandu
TAMPARULI : Anak bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr James Ongkili, Dr Julia Ongkili, seorang yang amat aktif dalam masyarakat yang tidak dicanangkan, dalam diam diiktiraf seorang daripada 100 Wanita Inspirasi Nasional Malaysia 2026 !
Di arena politik, para pengundi terlepas peluang memilih satu permata dari Tamparuli, namun pelbagai NGO dan institusi memilih beliau sebagai pemenang sebenar.
Baru-baru ini pada 28 Mac 2026 dalam satu majlis penghargaan berprestij di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Dr Julia, 56, menerima satu pengiktirafan yang cukup bermakna, hasil daripada dedikasi, komitmen dan usaha berterusan beliau dalam memberi impak kepada masyarakat.
Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa kesungguhan, keikhlasan dan semangat beliau yang tinggi mampu membawa ke tahap yang luar biasa.
Pencapaian, impak dan inspirasi oleh Dr Julia ini bukan sahaja membanggakan ramai aktivis Sabah, ia juga telah memberi inspirasi besar kepada semua wanita Sabah untuk terus melangkah ke hadapan tanpa rasa ragu.
"Teruslah menyinar dan menjadi contoh teladan sesungguhnya ini benar-benar membuktikan bahawa Dr Julia Ongkili adalah wanita hebat yang memberi inspirasi kepada ramai.
"Sayang sekali rakyat Tamparuli tidak memberi beliau peluang menjadi wakil rakyat mereka dalam PRN baru-baru ini. Mereka tidak nampak potensi beliau tapi nasional iktirafnya," komen seorang rakan aktivis yang mengenali Dr Julia.
Dr Julia terlibat dalam begitu banyak kegiatan kemasyarakatan dan senarainya terlalu panjang. Beliau juga memimpin, sama ada sebagai ketua atau bukan, banyak NGO dan program di Sabah.
Menurut Dr Julia, sebuah buku mengandungi cerita 100 tokoh wanita inspirasi nasional itu sedang diterbitkan dan dijangka keluar pada Jun 2026 ini.
Majlis gilang-gemilang itu dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Industri Kecil Sederhana Wanita Sabah (IKSniita) di mana Presidennya ialah Datuk Dayang Khatijah Datu Haji Bactiyal, dan disokong oleh banyak NGO dan intitusi nasional.
Berikut gambar-gambar di majlis tersebut :
#~Borneo Herald™