Top posts

Featured Posts

Keadaan buruk jraya, bekalan air dan elektrik Sabah jadi bahan jenaka

Luke Rintod, 6-6-2023
SAYA tidak tahu hendak ketawa atau menangis, tapi yang pasti keadaan buruk jalanraya seluruh Sabah boleh membuat Ketua Menteri Sabah dan menteri-menterinya malu besar. Itu pun kalau pandai malu..

Bila Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim mengulas mengenai keadaan buruk jalanraya Sabah di depan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan ratusan atau ribuan pelajar UMS baru-baru ini, Hajiji tertunduk malu.

"...Masalahnya jalan lubang-lubang, macam naik bot.. kadang-kadang saya tak pasti ini naik kereta atau naik bot.." kata Anwar disambut riuh para pelajar sambil kamera menunjukkan Hajiji tunduk tersipu.

Sebelum itu setiap kali Anwar menyebut masalah bekalan air dan bekalan elektrik, para pelajar riuh, menunjukkan masalah-masalah itu turut popular di kalangan semua dan sudah menjadi trademark kerajaan negeri semasa.

Anwar dalam ucapan dialognya itu berkata dia berbincang dengan Hajiji mengenainya.

Kita berharap perbincangan mereka tidak sulit dan ada transparensi, jangan ada agenda sulit menyerahkan masalah dan penyelesaian kepada Kerajaan Pusat sahaja.

Urusan elektrik Lembaga Elektrik Sabah sudahpun diserah kepada Tenaga Nasional Berhad, agensi Pusat, manakala penyelenggaraan jalanraya menjadi tanggung jawab bersama Pusat dan Negeri.

Air masih dalam tangan Sabah.

Apalah malang nasib rakyat Sabah.

Janganlah hanya kerana ada majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri maka Kerajaan GRS tidak telus, tidak membawa rakyat berbincang jika suatu keputusan penting hendak dibuat.

Baru-baru ini kita dikejutkan tiba-tiba kerajaan membawa sisipan strategik dalam Rang Undang-Undang Anti-Lompat yang menyelitkan bahawa "Persekutuan" yang dimaksudkan dalam Perlembagaan Sabah adalah merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Semua ADUN kerajaan menyokong bulat-bulat lagi usul ini..

Ini bermakna kerajaan GRS pun turut serta memaksa rakyat Sabah menerima bahawa bukan Persekutuan baru 1963 yang dirujuk tiap kali "Persekutuan" disebut dalam Perlembagaan, tapi Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Ini memberi gambaran bahawa Sabah mengakui ia hanya dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963 dan bukan menubuh Persekutuan baru Malaysia pada tahun itu. 

Sepatutnya dengan kekuatan dua pertiga majoriti di DUN mereka buat undang-undang atau pindaan atau tambahan yang menguatkan peranan dan kedudukan Sabah. Ini sebaliknya yang mereka buat.

Itulah sebabnya ia dibuat sembunyi-sembunyi, diam-diam mengejut. Sudah tentu Adun-Adun kerajaan tahu lebih awal, bahkan merekalah yang bersepakat mengenainya sebab ia dibawa ke mesyuarat Kabinet dan 'pre-council meeting' sebelum dibawa ke DUN.

Bulikah begini punya kerajaan?#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog