BEBERAPA hari lalu, Ketua Menteri, Musa Aman, telah umum bahawa warga tua atau warga emas sentiasa dibela oleh kerajaan. Bagi pihak warga emas Sabah, saya ucap terima kasih banyak-banyak Musa.
Jaminan beginilah yang kami mahu dengar dari Kerajaan. Tapi betulkah kerajaan di bawah Musa memelihara warga tua di Sabah ini?
Apakah kemudahan baru yang telah diberikan oleh Musa kepada golongan seperti kami ini?