Oleh Maslan Maginda
Senario politik
di Malaysia hari ini sudah berubah jika dibandingkan pada era PBS kerana
kerajaan persekutaan pada waktu itu masih kuat dan masih boleh memerintah
walaupun tanpa Sabah dan Sarawak. Datuk Dr Jeffery Kitingan pengerusi Parti
STAR Sabah, telah menjelaskan kepada rakyat di seluruh negeri ini agar memilih
parti STAR pada pilihanraya ke 13 untuk menyelamatkan Sabah daripada terus
dikuasai oleh kerajaan Barisan National dan UMNO yang dilihat sudah menjajah Sabah
dan sewenang-wenangnya melanggar Perjanjian Malaysia.
STAR adalah
sebuah parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat. Datuk Dr Jeffery
juga telah memberikan jaminan kepada rakyat Sabah, yang STAR akan menyelesaikan
segala isu yang membabitkan hak-hak rakyat apabila STAR memerintah nanti.