Datuk Shafie Apdal, apakah beliau sekali lagi akan diberi mandat oleh rakyat Sabah sebagai ketua eksekutif Negeri di Bawah Bayu pada 29 November 2025 ini? Jawapannya ada di hati 1.8 juta pengundi Sabah!
Borneo Herald
3.22PM MYT, 15-11-2025
Oleh Luke Rintod
KOTA KINABALU : Ketika 596 orang calon disahkan bertanding pada PRN17 hari ini, tumpuan adalah kepada Warisan yang dikatakan mempunyai graf yang masih meningkat dengan stabil di kalangan pelbagai lapisan 1.8 juta pengundi Sabah.
Ketokohan Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal, juga sudah mula menembusi kubu-kubu yang selama ini mentohmah beliau dengan pelbagai kata kesat termasuk "PTI" dan "pilak" terutama dari segelintir kaum Kadazandusun-Murut yang amat rasis dan kebetulan sedang dinaungi parti-parti yang sedang merudum akibat perbalahan sesama mereka sendiri.
Warisan pada saat ini dilaporkan oleh inteligens sebagai kuat atau "formidable" di sekurang-kurangnya 33 kerusi daripada 73 kesemuanya. Jika tren peningkatan sokongan kepada Warisan meningkat lagi sementara parti lain merosot, jumlah itu dijangka melepasi angka "simple majority" iaitu 37 kerusi.
Shafie dilaporkan memerlukan minimum 10 kerusi majoriti KadazanDusun-Murut untuk mendapat majoriti yang kukuh dan boleh membentuk kerajaan bersendirian pelbagai bangsa dan agama, sesuatu yang dirindukan oleh ramai Sabahans seperti era parti BERJAYA (1976-1985) dan PBS (1985-1994) dulu.
Jumlah saki-baki mereka yang "rasis" pula dikatakan semakin tenggelam, bahkan kesabaran dan kejujuran Shafie berdepan dengan semua cabaran termasuk rasuah, ketamakan dan kelemahan "tiada putungan".
Shafie dilihat satu-satunya pemimpin politik yang diterima oleh semua.. baik oleh nyonya di pasar, paderi dan pastor gereja, kanak-kanak tak mengira kaum dan agama, sesiapa saja mudah untuk Shafie bertemu, bersalam, berpeluk dan menyantuni.
"Of all Sabah politicians now, Shafie has the most multi-racial outlook, and he, being an economist, a technocrat and very experienced, is the one and only best candidate to be Sabah's new Chief Minister...," kata seorang aktivis veteran yang telah memerhati beliau sejak dua tahun Shafie meronda seluruh Sabah tanpa henti.
Dari nelayan, peniaga, petani sehingga golongan bijak pandai termasuk peguam tiada yang tidak dapat mengagumi keterbukaan Shafie menerima, menyantuni dan mendengar suara dan rintihan segenap rakyat jelata di Sabah.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum, dan seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi yang baru bersara, Datuk Duncan Sikodol, kedua-duanya dari suku Kadazandusun, juga tidak terkecuali antara peminat visi kepimpinan Shafie untuk "Selamatkan Sabah".
Telah tiada sempadan baginya. Timur, barat, selatan dan utara, bandar, pekan dan pedalaman, pulau dan di sebalik bukit semua telah disantuninya. Semua Shafie terima seadanya. Itulah kelebihan sosok tubuh yang satu ini.
Berbanding presiden-presiden parti politik yang lain, hanya Shafie yang tembus kesemua tembok bangsa, agama dan politik kepartian. Pemerhati dan wartawan menyebut Datuk Jeffrey Kitingan, Datuk Joachim Gunsalam, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Hajiji Noor, Tan Sri Anifah Aman apalagi Datuk Wetrom Bahanda atau Datuk Ewon Benedik tidak dapat menghampiri ketokohan pemimpin pelbagai bangsa dan agama Shafie, anak Bajau-Suluk-Tidong dari Semporna itu.
Kebaikan Shafie menjadi buah mulut orang ramai. Walau hanya dua tahun beliau menjawati Ketua Menteri dulu (Mei 2018 - September 2020) beliau sempat juga memberi pengukuhan kepada negeri dan rakyat Sabah.
Beribu geran tanah beliau luluskan di pelusuk pedalaman termasuk di Tambunan, Nabawan dan Keningau.
Shafie juga telah mewartakan Cuti Christmas Eve sebagai tambahan menjadi dua hari Cuti Krismas di Sabah bagi membolehkan keluarga pelbagai bangsa dan agama, sesuatu yang amat diraikan masyarakat majmuk Sabah, ada masa yang cukup untuk bertemu dan melepas rindu keluarga baik Kristian atau bukan Kristian.
Ketika Ketua Menteri yang singkat itu juga Shafie sempat mencipta satu jentera wang kepada kerajaan Sabah iaitu memperkenalkan Cukai 5% Produk Petroleum pada 1 April 2020 di mana ketika mulanya hanya RM177 juta dapat dikutip kerana sudah separuh tahun ketika itu.
Namun pada hari ini Sabah mengutip dalam lingkungan RM2 bilion hasil cukai ini saja! Inilah kelebihan jika seorang ekonomis memegang tampuk pemerintahan, beliau dapat memikirkan jalan memperbaiki keadaan ekonomi dan pembangunan negeri.
Shafie juga dipuji ramai aktivis Sabah kerana bijak meminda Ordinan Tanah (Cap 68) ketika beliau Ketua Menteri pada 2018 yang secara signifikan telah mengukuhkan asas perundangan untuk mencabar kesahan dan kebolehgunaan beberapa undang-undang Malaya atau Persekutuan di Sabah.
Pindaan bersejarah itu telah mentakrifkan semula “tanah” Sabah bukan sekadar tiga kilometer dari gigir air seperti hendak "dipasang" pihak luar, tetapi sehingga 200 batu nautika merangkumi pelantar benua Sabah sebagai sebahagian daripada bidang kuasa perundangan dan wilayah Sabah.
Ia bukan sekadar langkah pentadbiran — ia merupakan satu ketegasan terhadap hak kedaulatan Sabah seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis (Order in Council) 1954 mengenai Perubahan Sempadan Borneo Utara, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan Perkara 1(3) Perlembagaan Persekutuan.
Dengan meluluskan peruntukan yang mengiktiraf dasar laut dan tanah di bawah dasar laut di luar perairan wilayah Sabah, kerajaan Warisan di bawah Shafie ketika itu telah mengukuhkan tuntutan Sabah ke atas sumber asli luar pesisir..
Usaha pihak-pihak tertentu dari seberang yang hendak menguasai hasil-mahsul Sabah sudah diteropong oleh mata tajam Shafie berbanding mana-mana Ketua Menteri Sabah yang lain yang gagal melihat hal ini.
Bagi kita di Sabah kita mempertahankan bahawa Akta Laut Wilayah (Territorial Sea Act, TSA) 2012, Akta Pelantar Benua 1966, dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 adalah tidak terpakai, tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah dalam konteks negeri Sabah selepas pembatalan Perisytiharan Darurat 1969 pada 19 Jun 2012.
Jika kita ada Ketua Menteri seperti Shafie yang tegas "Selamatkan Sabah" saya kira tidak akan Sabah kehilangan blok minyak "L dan M" kepada Brunei dulu. Juga pertindihan blok minyak Ambalat dengan Indonesia yang sedang hangat sekarang sudah tentu menerima perhatian yang sangat tegas dari autoriti Sabah bukannya dibiarkan oleh "tiada putungan" kepada Kuala Lumpur berunding dengan pihak Indonesia sebab hak wilayah Sabah dilindungi undang-undang, hatta sebelum wujud Malaysia pada 1963.
Banyak boleh diperkatakan lagi dengan sosok tubuh Shafie sebagai harapan baru Sabah, kita lawat lagi dalam 14 hari kempen ini sehingga pengundian pada 29 November 2025.#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment