Top posts

Featured Posts

GRS sudah bersedia hadapi BN dan Warisan, tiada masalah, kata Nizam

               Datuk Nizam Abu Bakar Titingan

Wakil Borneo Herald baru-baru ini berpeluang "kupi-kupi" bersama pemimpin kanan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga Adun Apas dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, dan mengajukan beberapa soalan santai kepada beliau:


1. Borneo Herald : Datuk, DUN bila-bila akan dibubarkan, adakah GRS sudah 100% bersedia?
NIZAM : Ya GRS sudah bersedia sejak awal tahun ini (2025) dan pemantapan berterusan kita lakukan bagi memastikan jentera kita sudah di lapangan bersedia hadapi PRN17 ini.


2. Borneo Herald : Datuk, kerjasama GRS dgn PH nampak mantap, bagaimana GRS dapat menangani tentangan dari BN/Umno dan Warisan terutama di kerusi DUN Islam? Mereka mempersoal prestasi GRS.
NIZAM : Gabungan GRS yang bekerjasama dgn PH di beberapa kawasan tidak ada masalah menghadapi cabaran termasuk dari BN mahupun Warisan. Rekod perkhidmatan GRS kepada rakyat cukup cemerlang, tiada sesiapa rakyat Sabah tersisih baik dari segi pembangunan, pendidikan..  
Sebagai contohnya kerajaan GRS sudah membina lebih 90% daripada 7,482 Rumah Mesra SMJ yang dikenal pasti untuk isirumah yang amat memerlukan di seluruh Sabah. Tiada kerajaan sebelum ini dapat buat demikian. 
Model Rumah Mesra SMJ yang diberikan percuma oleh kerajaan Sabah kepada rakyat miskin.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah pada tahun 2024 ialah RM84.3 bilion naik dari RM83.2 bilion pada tahun 2023.
Kutipan hasil Sabah juga meningkat dalam tiga tahun berturut-turut ini (2022-2024) mencecah RM7 bilion setahun. Rezab Kerajaan Sabah juga meningkat kepada RM8.6 bilion sekarang. Peningkatan 44% hasil Sabah dari hanya RM4.481 bilion pada 2021 kepada RM6.445 bilion tahun 2025 adalah rekod cemerlang yang amat dicemburui pihak pembangkang. 


3. Borneo Herald : Bagaimana barisan calon GRS pada PRN17 ini? Peratusan pemimpin muda, wanita dan sebagainya?
NIZAM : Pimpinan GRS memastikan setiap golongan akan diwakili baik orang muda, wanita mahupun veteran semua kita ambil kira. Tiada yang tersisih. Tunggu pengumuman YAB Ketua Menteri nanti.


4. Borneo Herald : Warisan cakap mereka boleh menang di 41 kawasan DUN, apa pandangan datuk dengan keyakinan Warisan ini?
NIZAM : Biasalah musim pilihanraya Warisan ini dia cakap saja. Itu hanya propaganda Datuk Shafie Apdal, dia begitu lama berkhidmat dalam Umno siapa tidak tahu, rakyat Sabah tidak akan lupa bahawa GRS adalah kerajaan yang menstabilkan negeri serta inklusif semua lapisan rakyat ada di dalam menyokong GRS.


5. Borneo Herald : Masih ada khabar-khabar kata Star dan PBS akan keluar GRS semasa DUN dibubarkan, apa komen Datuk mengenai kemungkinan ini pula?
NIZAM : Ini tidak betul. Setahu saya Star dan PBS komited berjuang bersama-sama dalam GRS dan kita pastikan gabungan ini menang selesa pada PRN17 ini.


6.Borneo Herald : Apa kriteria utama pemilihan calon-calon GRS pada PRN17 ini datuk?
NIZAM : Sudah tentu antara kriteria antaranya ialah calon-calon GRS mesti mesra rakyat, diterima baik di kawasan mereka, dan boleh bekerjasama dengan rakan-rakan dalam gabungan GRS di kawasan masing-masing..#~Borneo Herald™





No comments:

Post a Comment

Search This Blog