Oleh Jeremiah Julian Stambul, 20-9-2025
KAMI menolak sekeras-kerasnya komentar terbaru oleh Datuk Clarence Bongkos Malakun, ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah, yang cuba menulis semula sejarah politik Sabah dan membersihkan kegagalan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Kebenaran mesti diperjelaskan.
1. GRS Tidak Pernah Mendapat Mandat Pilihan Raya
Pada 2018, pilihan raya negeri menghasilkan Dewan Undangan Negeri tergantung. Datuk Shafie Apdal membentuk kerajaan dengan majoriti sah selepas UPKO beralih sokongan. Perkara ini dicabar di mahkamah oleh Tun Musa Aman sendiri. Namun yang penting, Musa akhirnya menarik balik kes tersebut kerana sedar beliau akan kalah, sekali gus mengesahkan kesahihan kerajaan Warisan secara tidak langsung.
Pada 2020, kerajaan Warisan dijatuhkan melalui langkah pintu belakang yang diatur oleh lompat parti. GRS hanya wujud selepas rampasan kuasa tersebut. Tidak pernah ada mandat pilihan raya yang jelas untuk GRS — hanya sebuah gabungan rapuh hasil kompromi politik.
2. Rekod Ekonomi: Jangan Putar Belit
Adalah tidak jujur bagi Datuk Clarence mendakwa ekonomi Sabah “merosot” di bawah Warisan. Antara 2018–2019, Sabah terkesan dengan cabaran global, termasuk sekatan minyak sawit oleh Eropah dan kelembapan perdagangan dunia. Walaupun begitu, Warisan telah meletakkan asas reformasi fiskal, membanteras rasuah, dan mempertahankan hak Sabah di bawah MA63. Data pertumbuhan tanpa konteks hanyalah propaganda.
3. Isu Konsesi Air: Fakta Yang Sebenar
Hajiji dan sekutunya — yang turut diulang oleh Datuk Clarence — terus menyalahkan penamatan konsesi loji rawatan air oleh Warisan pada 2018 sebagai punca masalah air Sabah. Rakyat berhak tahu kebenaran:
Kontrak Berat Sebelah: Perjanjian konsesi untuk 58 loji rawatan penuh dengan caj penyelenggaraan melampau, pembayaran sekaligus tanpa skop jelas, dan pengawasan yang lemah. Namun kerajaan negeri tetap membayar konsesi sebanyak RM15.5 juta setiap bulan (Daily Express, Borneo Post).
Keputusan Bertanggungjawab: Warisan menamatkan kontrak tersebut untuk menghentikan ketirisan kewangan. Tuntutan pampasan sekitar RM315 juta dikemukakan oleh pihak konsesi, tetapi Warisan tidak membayar membuta tuli dan memilih untuk menyerahkan perkara ini kepada mahkamah. Inilah keputusan paling bertanggungjawab memandangkan kontrak yang jelas tidak adil.
Nasib Pekerja Terbela: Seramai 1,335 pekerja syarikat konsesi diserap ke dalam Jabatan Air (The Vibes). Tiada seorang pun yang ditinggalkan.
Krisis Air Bermula Sebelum Warisan: Masalah bekalan terhad, paip bocor, dan gangguan bekalan telah berlaku lama sebelum 2018 di bawah sistem konsesi. Menyalahkan Warisan adalah satu pembohongan.
Jika benar penamatan itu punca tunggal, mengapa Datuk Hajiji Noor — selepas lima tahun menjadi Ketua Menteri — masih gagal menyelesaikan masalah ini walaupun dengan slogan “Sabah Maju Jaya” dan sokongan penuh Putrajaya? Alasan semakin kering, seperti paip air di Sabah.
4. Rekod Kosong GRS
GRS bercakap tentang “penyampaian,” tetapi catuan air masih berterusan.
Mereka mendabik dada tentang “perpaduan,” tetapi hakikatnya berpecah sesama sendiri.
Mereka mendakwa kewangan negeri semakin baik, tetapi kemiskinan masih berakar dan rakyat luar bandar terus menderita.
Kesimpulan: Retorik Tidak Boleh Ganti Realiti
Rakyat Sabah tahu kebenaran:
Warisan membentuk kerajaan secara sah.
GRS tidak pernah mendapat mandat terus daripada rakyat.
Isu konsesi air adalah tentang menghentikan pembaziran kewangan, bukan punca kekurangan air.
Selepas lima tahun, GRS sudah kehabisan alasan — yang tinggal hanyalah slogan kosong dan putar belit.
Bagi seseorang yang duduk dalam Majlis Penasihat Ekonomi Sabah, Datuk Clarence sepatutnya mempertahankan hak rakyat dan menuntut kerajaan bertanggungjawab. Sebaliknya, beliau memilih untuk mempertahankan dasar gagal dan mengitar semula alasan lapuk. Ini bukan nasihat ekonomi — ini hanyalah propaganda politik.
Sejarah sebenar, bukan retorik, yang harus menjadi penentu. Dan rekod jelas menunjukkan GRS dibina atas pengkhianatan, bukan mandat rakyat.
Jeremiah Julian Stambul ialah Timbalan Ketua Wira Warisan P174 Penampang
The English Version :
GRS Never Won an Election — Stop Hiding Behind Excuses
Kota Kinabalu — We strongly reject the recent commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun, a member of the Sabah Economic Advisory Council, which attempts to rewrite Sabah’s political history and whitewash the failures of the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) government. The truth must be set straight.
1. GRS Never Earned Its Mandate at the Ballot Box
In 2018, the election produced a hung assembly. Datuk Seri Shafie Apdal formed the government with a legitimate majority after UPKO switched allegiance. This was challenged in court by Musa Aman himself. Crucially, Musa later withdrew his case knowing he would lose, thereby indirectly affirming the legitimacy of the Warisan government.
In 2020, Warisan was toppled through a backdoor move engineered by defections. GRS was only born after the coup. There was never a clean electoral mandate for GRS — only a cobbled-together coalition of convenience.
2. Economic Record: Don’t Cherry-Pick
It is disingenuous for Datuk Clarence to claim Sabah’s economy “slowed” under Warisan. Between 2018–2019, the state was hit by global headwinds, including palm oil restrictions by Europe and a global trade slowdown. Despite this, Warisan laid the groundwork for fiscal reforms, fought corruption, and defended Sabah’s rights under MA63. Growth data without context is spin.
3. On the Water Concession Issue: Facts Matter
Hajiji and his allies — echoed by Datuk Clarence — keep pointing to Warisan’s 2018 termination of water treatment plant concessions as the reason for Sabah’s water woes. The public deserves the full story:
Lopsided Contracts: The concession agreements for 58 treatment plants were riddled with inflated maintenance bills, lump-sum payments without clear scope, and poor oversight. Yet the state was paying concessionaires RM15.5 million every month (Daily Express, Borneo Post).
A Responsible Decision: Warisan terminated the contracts to stop financial bleeding. Compensation claims of around RM315 million were filed by the concessionaires, but Warisan refused to pay blindly and instead chose to let the matter be decided in court. This was the only responsible course of action given the unjust terms of the contracts.
Workers Protected: About 1,335 employees of the concessionaires were absorbed into the Water Department (The Vibes). No one was abandoned.
Water Woes Pre-Date Warisan: Chronic rationing, leaking pipes, and unreliable supply existed even under the concession system. To blame Warisan for problems that pre-dated 2018 is dishonest.
If the termination was the only cause, why has Hajiji — after five years as Chief Minister — failed to solve the problem despite his “Sabah Maju Jaya” roadmap and federal backing? The excuses are running dry, just like Sabah’s taps.
4. GRS’s Empty Record
GRS talks about “delivery,” yet water rationing continues.
They boast of “unity,” yet are divided internally with parties pulling in different directions.
They claim to have improved state finances, yet poverty remains entrenched and rural communities still suffer.
Conclusion: Rhetoric Cannot Replace Reality
The people of Sabah know the truth:
Warisan came to power legitimately.
GRS was never directly mandated by the people.
The water concession issue was about stopping financial abuse, not causing shortages.
After five years, GRS has no excuse left — only empty slogans and spin.
For someone who sits on the Sabah Economic Advisory Council, Datuk Clarence should be defending the people’s rights and holding the government accountable. Instead, he has chosen to defend failed policies and recycle tired excuses. This is not economic advice — it is political propaganda.
The record, not rhetoric, should decide. And the record shows that GRS is built on betrayal, not ballots.
Jeremiah Julian Stambul
Timbalan Ketua Wira Warisan (P174)
Penampang.
No comments:
Post a Comment