Top posts

Featured Posts

Warisan boleh menang lebih 47 kerusi ekoran pertembungan GRS dengan BN/Umno dan PH ?

Siapakah bakal menduduki pejabat Ketua Menteri Sabah pada PRN17 2025 ini? Apakah tapak bangunan Pusat Pentadbiran Sabah berupa perahu ini sekali lagi petanda Datuk Shafie Apdal bakal kembali mentadbir Negeri Di Bawah Bayu?


BORNEO HERALD'S FRANK INTERVIEW SERIES ~ 5-9-2025

Pertembungan UMNO/BN dan GRS mungkin di lebih 50 kerusi DUN Sabah bakal membuka ruang kepada Warisan meraih kemenangan bersejarah pada PRN17 Sabah yang dijangka diadakan bila-bila masa sekarang. Berikut cerapan "interviu kupi-kupi" meluas wakil Borneo Herald, Jayden Lisandu, hari ini dengan beberapa orang awam yang rajin mengikuti politik Sabah dan meramal situasi terkini ekoran Presiden Umno dan BN, Datuk Zahid Hamidi isytihar perang terhadap GRS yang hanya menawarkan lapan kerusi (daripada 73) kepada BN jika BN ingin bekerjasama dengan GRS :


BORNEO HERALD: Dengan 'pengisytiharan perang' Datuk Zahid Hamidi hari ini terhadap GRS, nampaknya undi GRS dan BN/Umno/PBRS pecah. Apa kesan kepada pemain-pemain utama?

Luis (samaran): Ini adalah perpecahan undi kumpulan yang pro-kerajaan. Pertembungan UMNO-GRS bermakna undi penyokong kerajaan dan Bumiputera Islam telah berpecah dua. Warisan untung...

Lim (samaran): Ini bererti Warisan yang semakin ramai peminat kini merupakan alternatif terbaik untuk tukar rejim GRS dan PH di Sabah.



BORNEO HERALD: Agak-agak mengapa GRS tawar hanya lapan kerusi kepada BN sedangkan ia akur 13 kerusi untuk PKR, DAP, Upko dan Amanah?

Mohd Arfian (satu nama): GRS di bawah pimpinan Datuk Hajiji Noor, Datuk Jeffrey Kitingan dan Datuk Joachim Gunsalam ini pada saya sangat lemah itulah sebab mereka ini "step by step" sudah masuk bakul Malaya, sudah terjebak politik penjajah.. Sekarang sudah terima 13 untuk PH, baru mereka GRS ini sedar kebodohan mereka mana mau bagi 13 juga kerusi kepada BN? Itu sudah 26 kerusi makna tinggal 47 untuk GRS, bahaya untuk mereka sendiri. Ini kerja "budu".. 

Luis: Sini memang nampak tiada kejujuran langsung "gabungan" mereka itu. Hajiji bilang lapan saja kerusi. Tapi itupun tidak habis pemimpin kanan Umno, PBRS dan MCA dapat kerusi. Datuk Bung Mokhtar Radin patutlah tidak suka "deal" dengan ini Hajiji. Kompom mereka "bertatak" PRN ini bro. Saya lihat Warisan yang jadi pilihan terbaik rakyat.



BORNEO HERALD: Kenapa kamu rasa Warisan yang menjadi pilihan sedangkan parti-parti GRS, PH dan BN agak kuat terutama kewangan, dan juga kan PH dan GRS tidak bertembung di 13 kerusi ini bermakna PH mungkin menang 13 kerusi penting itu? Itu kira "fix deposit" untuk GRS.

Lim: Bro, at least 70% pengundi Cina sudah berpindah sokongan dari PH ke parti lokal Warisan sekarang. Ini open secret sudah. Dalam banyak kerusi campuran seperti Cina, Natif Muslim dan Natif Kristian, Warisan kini berpotensi muncul sebagai pemenang.

Mohd Arfian: Bagi saya "branding" parti Sabah tulen Warisan dilihat sebagai parti tempatan yang memperjuangkan hak Sabah, berbeza dengan UMNO dan GRS ini parti yang rapat dengan penguasa Malaya ini macam rakyat Sabah sudah bosan tidak berminat asyik kena cucuk hidung.

Luis: Orang Sabah bukan saja mahu seperti Sarawak semua parti lokal tapi bagi saya semakin ramai Sabahans percaya parti tunggal berbilang kaum seperti era BERJAYA dan PBS dulu lebih menarik sebab seperti cakap Datuk Shafie Apdal lebih baik Warisan berpakat dengan rakyat jelata Sabah daripada berpakat dengan parti-parti rasuah lagi kuat sakau.



BORNEO HERALD: Baiklah kita pendekkan cerita, siapa "poster boy Ketua Menteri" yang paling mantap dan diterima ramai sebagai pilihan rakyat pada PRN17 ini dan kenapa? Shafie? Hajiji? Jeffrey? Mustapha Sakmud? Ewon Benedik?

Luis, Mohd Arfian & Lim: Shafie bro.. He is the best.

Lim: Please dont insult our intelligence by suggesting nama-nama lain itu. Semakin jelas siapa yang sudah gagal lima tahun dan tidak layak diberi peluang lagi. Enough is enough bro.

Mohd Arfian: Karisma Shafie dan rekod beliau sebagai Ketua Menteri (2018–2020) terbaik beliau perkenal Cukai Jualan 5% Produk Petroleum pada 2020 kini tambahan hasil mencecah RM2 bilion setahun, siapa yang untung? Rakyat Sabah yang untung. Bukan perjuangan Hajiji ini. Itu baru dua tahun Shafie CM. Hajiji sudah lima tahun, macam-macam masalah timbul dan kekal malah semakin buruk ada rakyat yang terkorban, janganlah sebut jalanraya berlubang, air, elektrik putus-putus, UMS gali perigi untuk siswa mandi, pekerjaan tiada, banyak Adun terpalit rasuah macam-macam kes.

Luis: Shafie time dia CM dia isytihar cuti tambahan sehari lagi menjadi dua hari Cuti Krismas. Never before we have this bro. In 62 years we have had many CMs, but only Shafie has the courage to recognise the need for our multiracial people so that we could enjoy extra days to be with our families during Christmas. Thanks Shafie you are the best CM.

George (yang join kupi-kupi menyampuk): Kamu tahukah Shafie seorang teknokrat dan juga ekonomis, beliau graduate ekonomi dari England. Apalagi yang kita tunggu. Shafie juga amat berpengalaman. Dulu beliau pegawai A8 di Unit Perancang Ekonomi JKM (saya harap apa dia cakap ini betul: editor). Calon CM terbaik kita sudah ada, rakyat Sabah jangan lepas peluang dapatkan Shafie sebagai CM Sabah.

Mereka ini juga berpendapat tawaran Shafie bahawa Menteri Kewangan kerajaan Warisan nanti seorang pemimpin Cina sebagai kena pada masanya ketika Warisan merancang pembangunan ekonomi yang lebih rancak, mengelak ketirisan, mencipta peluang dan memperkenal inisiatif baharu.#~Borneo Herald™






No comments:

Post a Comment

Search This Blog