Top posts

Featured Posts

Bagaimana Kerajaan Perpaduan Persekutuan Dibentuk PRU15 2022?

Borneo Herald
9.50AM MYT, 16-9-2026

    Gambar penulis dengan pengaruh editan AI.

Oleh Dr Kanul Gindol, Tuaran
PADA 19 November 2022, keputusan PRU15 menyaksikan tiada satu parti atau gabungan pun memperoleh majoriti mudah 112 kerusi (daripada jumlah 222). Kedudukan ialah :-

PH — 82
PN — 73
BN — 30
GPS — 23
GRS — 6
Warisan — 3
Bebas — 2
PBM — 1
KDM — 1

Perhatikan kerusi Parlimen Sabah. Hanya 6 GRS dan 3 Warisan daripada jumlah 25. Sebab kerusi lain telah dimenangi BN, PH dan juga Bebas.

Begitupun, BN, PN dan PH masing-masing tak cukup kerusi ke 112, 'simple majority'.

Namun rundingan segera dilakukan pihak-pihak "berpengaruh" besar iaitu para presiden parti terbanyak kerusi, PH, PN dan BN walaupun hanya 30 kerusi.

Perhatikan jika Sabah dan Sarawak bersatu, ia berpotensi memiliki 57 kerusi Parlimen sebagai blok besar Borneo.

Hakikatnya mereka, terutama sekali di Sabah, saling tidak mempercayai dan tidak dapat bekerjasama atas sebab Sabah sudahpun terlalu berpecah.

"Tiada siapa yang buleh dipercayai di Sabah. Len dicakap, len dibuat..." Ingat tuh.

Pada 19-20 November 2022, PN(73) menerusi Tan Sri Muhyiddin Yassin mulanya dapat menghalang Datuk Anwar Ibrahim duluan sampai angka 112 dengan memujuk Umno/BN dan MP Sabah dan Sarawak menyertainya.

Gerakan balas Anwar pada 21 November 2022 dengan membuat pertemuan mengunci kerjasama dengan Umno berakhir dengan janji melantik ketua Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Timbalan Perdana Menteri, dari situlah semuanya menjadi bagi mereka termasuk DAP turut akhirnya menerimanya ..kerajaan perpaduan madani mereka itu.

Pertemuan 21 November itu berlangsung di Hotel Seri Pacific yang bersebelahan saja dengan ibu pejabat Umno sendiri di bangunan PWTC :

Ringkas cerita, PH dan BN bersatu membentuk majoriti mudah 112 kerusi membentuk 'kerajaan perpaduan' seperti juga dicadang banyak pihak termasuk Agong.

Maka segera kebuntuan pun dapat 'diselesaikan' maka masuklah GPS(23), GRS(6), Warisan(3), Bebas(2), PBM(1) dan KDM(1) dalam pembentukan kerajaan.

Dan, semua mereka yang masuk itu mendapatlah habuan dan jawatan besar, ada yang menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC, sehingga kini.

Anwar hanya akhirnya dapat mengangkat sumpah jawatan PM pada 24 November manakala Kabinetnya hanya terbentuk pada 2 Disember 2022.

Tertinggallah PN(73) yang Wakil Rakyatnya dari PAS dan Bersatu atau PPBM di luar sebagai pembangkang sehingga hari ini !

KINI, terutama sekali selepas melihat PRN Johor dan Negri Sembilan beberapa minggu lepas, PN sedang meningkat naik. Kerusi mereka bertambah. 

Kerusi PH sama ada PKR atau DAP sedang tumbang dan berkurang seperti berlaku di PRN Johor dan PRN Negri Sembilan. Barang diingatkan Mentri Besar Negri Sembilan pun telah tewas!

Apakah mesej yang anda nampak kemungkinan pada PRU16 yang bakal diadakan mungkin hujung tahun 2027 ini?

Jika trajektori PN (kini PAS, Wawasan dan beberapa parti kecil) terus menang banyak kerusi terutama yang dominan Melayu Islam, tidak mustahil perbincangan tertutup paling hangat pada malam atau pagi keputusan PRU17/2027 nanti ialah antara PN dan Blok Borneo(57), jauh melewati majoriti mudah 112 !

Mungkin juga antara Blok Borneo dan PH dan BN saja, sekali lagi hendak meninggalkan PN di luar. Apa yang rakyat atau anak Sabah mahu kini ialah "gelombang baru", "gelombang perubahan" yang dipimpin barisan baru yang berpaksi kepada 'Kejujuran dan Kebijaksanaan', bukan model yang sudah ternyata gagal banyak kali.

Enough is enough, kata rangputi.

Buat apa balik-balik ikut model politik yang sudah gagal?

Mungkin ketika itu blok terbesar MP Sabah bukan dari Warisan atau GRS tapi dari GBM atau partinya. Siapa tahu kan.

Pada masa itu siapa yang akan datang mengetuk pintu siapa? Adakah kemungkinan Perdana Menteri Malaysia datang dari Borneo? Kita tidak patut kata ia mustahil sebab ia boleh berlaku. Perlembagaan Malaysia pun tiada cakap hanya dari Semenanjung boleh menjadi PM Malaysia.

Tidakkah mungkin sistem penggiliran jawatan PM diperkenalkan supaya Persekutuan akhirnya turut dimiliki wilayah Borneo? Ini tidak mustahil..Inilah perjuangan GBM. Ia perang mentaliti antara yang mahu perubahan dengan yang selesa hanya mengikut.

Either you make things happen or wait and wonder at things happening around you, kata rangputi. Pemimpin yang hebat dan patut disokong ialah yang "make things happen" !

Adakah mustahil Gabungan Bebas Merdeka (GBM) sebagai prelude kepada sebuah parti baru Sabah, katakanlah Parti Kinabalu, bakal memenangi 11 hingga 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU16 nanti?

Dalam tempoh enam bulan akan datang kita mungkin boleh merasainya jika ada gelombang baru atau gelombang perubahan di Sabah.

Sarawak nampaknya hanya menunggu di sana, sedang memerhati.#~Borneo Herald™ 


Dr Kanul Gindol adalah seorang penulis dan pemikir yang masa ini sedang mengetuai 26 calon bebas yang bernaung di bawah Gabungan Bebas Merdeka dengan dua seruan serangkainya yang sedang meningkat popular iaitu "PM Malaysia Dari Sarawak" dan "Gilirkan PM Antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah Setiap 5 atau 8 Tahun" pada PRU16 ini.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog