Borneo Herald
10.45PM MYT, 13-7-2026
Oleh Jayden Lisandu, Tuaran
TAMPARULI : Aktivis masyarakat yang tidak asing lagi di sini, Dr Julia Emelda Ongkili, dipilih antara penerima Anugerah Gemilang Maju Jaya 2026 dalam satu majlis gilang-gemilang di ibu negeri kelmarin.
Dr Julia, anak bekas Menteri Undang-Undang Malaysia, Datuk Dr James Ongkili, menerima pengiktirafan Anugerah Cemerlang Pembangunan Modal Insan Gemilang Maju Jaya.
Sebelum ini beliau pernah menerima beberapa anugerah kebangsaan kerana sumbangan kepimpinan beliau dalam masyarakat khususnya golongan wanita.
Ketika ditemui Borneo Herald, Dr Julia, yang berpengalaman luas dalam sektor korporat, hospitaliti dan keusahawanan, berkata beliau amat berterimakasih atas kepercayaan dan penghargaan itu.
"Anugerah Cemerlang Pembangunan Modal Insan Gemilang Maju Jaya merupakan satu penghormatan yang amat bermakna buat diri saya," kata ibu kepada dua orang anak itu.
Majlis di SICC Kota Kinabalu itu menyaksikan ramai ikon masyarakat termasuk anak seni dan ahli sukan turut menerima anugerah.
Antaranya artis Stacy Anam, pencipta lagu Datuk Joe Fernandez, artis Datuk Khadijah Ibrahim dan atlit penerjun negara Datuk Pandalela Rinong.
Sementara itu Pengasas merangkap Pengerusi
Penganjur AGMJ, Datuk Rehan Rahim, berkata penganjurananugerah itu melambangkan
kerjasama erat antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kerajaan, agensi dan masyarakat dalam menyemai budaya menghargai dan mengiktiraf
kecemerlangan.
Datuk Rehan Rahim, orang yang bertanggungjawab menganjurkan majlis gilang-gemilang di SICC berkenaan..
Isteri Ketua Menteri Sabah, Datuk Juliah Salag, yang juga Yang Dipertua Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS) adalah tetamu khas dan telah merasmikan majlis bersejarah berkenaan.#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment