Top posts

Featured Posts

Siapa Kapten Mohd Saufi? Khayal Dadah Terbangkan MH727 ! Malusia Rosak !

Borneo Herald 
3.32AM MYT, 5-8-2026




Wajah Kapten yang dikatakan sedang khayal tiga jenis dadah ketika mengetuai penerbangan MH727. Bayangkan perasaan co-pilot yang bertugas di sebelah dia. Apa perasaan anak-anak kapal setiap kali dia ni yang bawa pesawat !

Oleh Jayden & Jayson Lisandu
KOTA KINABALU : Siapa Kapten Mohd Saufi Othman? Perbualan yang sedang hangat sejak dua hari ini. Cerita begini menggambarkan betapa hancurnya sudah sesebuah negara...

Mohd Saufi, 39, dari Pulau Pinang adalah juruterbang enam tahun Malaysia Airlines yang berjaya ditahan pihak berkuasa Indonesia di Jakarta seminggu lalu atau 29 Julai 2026 ! Apa yang menakutkan, ujian air kencing dia positif dadah jenis kokain, syabu, dan ekstasi semasa dia tengah bawa flight dari KLIA.
1. Rekod Jenayah Lampau: Bukan Kali Pertama

Siasatan awal oleh Bareskrim Polri mendedahkan Mohd Saufi bukanlah "keldai dadah mentah". Ini merupakan misi penyeludupan kali ketiga yang berjaya dilakukannya:

Misi Pertama: Menyeludup dadah ke Sabah, Malaysia.
Misi Kedua: Berjaya menyeludup 7 kilogram syabu terus ke Jakarta.
Misi Ketiga (Kantoi): Membawa 25.19 kg ekstasi (70,114 pil) dan 4 gram syabu ke Jakarta.

2. Terperangkap dalam Koktail Dadah Berat

Bukan sekadar khayal biasa, hasil ujian air kencing oleh makmal forensik Indonesia mengesahkan kapten berusia 39 tahun ini positif tiga jenis dadah berat serentak ketika mengemudi pesawat: 

Metamfetamina (Syabu)
MDMA (Ekstasi)
Kokain

Pihak berkuasa menjumpai baki 4 gram syabu di dalam tas tangan selempang yang dipakainya bersama seragam pilot, yang disahkan adalah untuk kegunaan peribadinya sendiri sepanjang bertugas.
3. Mempertaruhkan Nyawa 170 Penumpang MH727

Fakta paling mengerikan yang disahkan oleh Harian Kompas ialah Mohd Saufi bertindak sebagai juruterbang utama untuk Penerbangan Malaysia Airlines MH727 dari Kuala Lumpur ke Jakarta. Pesawat itu sarat membawa 170 orang penumpang yang langsung tidak menyedari nyawa mereka berada di tangan seorang juruterbang yang sedang mengalami fasa "high" yang kritikal di ruang udara.

4. Modus Operandi & "Sindrome Kebal" Laluan Kru

Sebagai kakitangan penerbangan, Mohd Saufi mengalami sindrom terlebih yakin. Dia sengaja menggunakan jalur khas anak kapal (crew lane) di Terminal 3 Kedatangan Antarabangsa Soekarno-Hatta. Dia tersilap langkah apabila menyangka beg pakaian berlabel crew miliknya diletakkan dalam kategori risiko rendah (low risk) dan tidak akan diperiksa secara intensif.

Walau bagaimanapun, gerak-gerinya telah dikesan lebih awal oleh unit risikan. Kastam Indonesia bertindak mengimbas koper perak miliknya menggunakan mesin X-ray lalu menemui 14 bungkus besar dadah bernilai sekitar RM45 juta (60 bilion Rupiah).
5. Dalang Utama di Malaysia

Pihak Polri menegaskan Mohd Saufi dikendalikan oleh seorang dalang utama (pembekal/sindiket) yang berpangkalan di Malaysia. Setiap koordinasi tempat serahan (sepatutnya dihantar ke sebuah hotel di Jakarta) serta transaksi upah bernilai RM50,000 (Rp 220 juta) bagi setiap perjalanan diatur sepenuhnya secara jarak jauh dari Malaysia. 

6. Ancaman Skuad Penembak Mati

Mohd Saufi kini secara rasmi didakwa di bawah Undang-Undang Narkotika Indonesia No. 35/2009 (Artikel 113, 114, dan 132). Memandangkan jumlah rampasan melebihi had kritikal negara tersebut, dia tidak mempunyai ruang rayuan ringan dan kini berhadapan hukuman mati mandatori melalui skuad penembak atau penjara seumur hidup. 


Laporan Khas ini diadaptasi dari beberapa laporan di media sosial termasuk facebook dan google news terutama sekali sumber viral -zach8004-
#malaysiaairlines #dadah #kaptensaufi #penagih #seludup#Borneo Herald™

No comments:

Post a Comment

Search This Blog