| Ketua Menteri Sarawak mahu PRU dan PRN diadakan serentak | 
KUCHING:  Kerana bimbang dan terdesak, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri  Abdul Taib  Mahmud hari ini dikatakan cuba memberikan tekanan secara  halus  terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan   mencadangkan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri   (PRN) Sarawak serentak.
Antara alasan Taib yang dianggap sebagai cubaan memberi tekanan  kepada  Najib agar tunduk dengan kemahuannya ialah mengadakan pilihan  raya  berasingan akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) Sarawak menerima   asakan yang hebat daripada Pakatan Rakyat, sekaligus memberi kesan   terhadap prestasi BN Sarawak.
Taib juga mengaitkan kemerosotan prestasi BN Sarawak dalam PRN nanti   akan turut mempengaruhi kedudukan BN di Parlimen dalam PRU akan datang.
Demikian menurut satu sumber dalaman dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak di sini ketika menghubungi FMT hari ini.
Menurut sumber itu, reaksi yang diberikan Najib dalam isu ini tidak   memuaskan hati Taib dalam perbincangan di antara kedua-dua pihak semasa   pertemuan mereka selepas majlis resepsi perkahwinan Taib sebelum ini.
“Mereka ada berbincang selepas resepsi perkahwinan ketua menteri itu   baru-baru ini tetapi PM tidak memberikan sebarang jaminan untuk  menuruti  cadangan Taib…… jadi Taib tak puas hati dan masih berusaha  untuk  melobi,” kata sumber itu lagi.
Katanya, tsunami politik yang berlaku ketika PRU-12 pada Mac tahun  2008  menular ke Sarawak dan PRN akan datang merupakan antara  kebimbangan  utama Taib ketika ini.
Maklumat risikan
“Taib menerima maklumat risikan dari pihak tertentu, tsunami politik   dalam PRU-12 lalu sedikit sebanyak akan memberi impak dan menjejaskan   kedudukkan BN di Sarawak.
“Walaupun Taib berpendapat, angin perubahan dari Semenanjung bergerak  perlahan ke Sabah dan Sarawak tetapi perbezaan masa tiga tahun selepas  PRU lalu tidak mustahil ‘mood’ yang sama telah menyusup di Sarawak,”  kata sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, bagaimanapun pada masa ini Taib masih  positif  bahawa BN Sarawak yang diterajuinya masih dapat mengekalkan  pemerintahan  di negeri itu.
“Walaupun sumber maklumat itu memaklumkan kepada beliau, BN masih  mampu  mengekalkan kerajaan negerinya namun ia tidak cukup untuk  melegakannya.
“Sebabnya Taib juga dimaklumkan selain BN akan mengalami penyusutan   majoriti undi, pembangkang juga mungkin dapat menambah beberapa kerusi   dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak,” katanya lagi.
Kebangkitan rakyat Arab bimbangkan Taib
Selain itu, sumber itu juga memberitahu, perkembangan mutakhir  tentang  kebangkitan rakyat di beberapa buah negara Afrika Utara dan  Timur Tengah, khususnya di Mesir dan pendakwaan beberapa bekas menteri   di negara ini atas tuduhan rasuah, juga agak merisaukan Taib.
“Semenjak isu kebangkitan rakyat Mesir meletus, beliau banyak  bercakap  tentang bekas Presiden Mesir dan Tunisia iaitu Hosni Mubarak  dan Zine  el-Abidine Ben Ali dan bunyi nadanya semacam risau.
“Saya taklah cakap dia ada salah guna kuasanya atau mengamalkan  rasuah  sepanjang dia memerintah, tapi mungkin disebabkan ada beberapa  persamaan  antara mereka seperti tempoh pemerintahan yang amat panjang  agaknya.
“Ditambah pula persamaan lain dengan mempunyai ramai ahli keluarga,   saudara terdekat dan teman rapat yang terlibat dalam perniagaan yang   berskala besar hingga jadi jutawan pun ada,” tambahnya lagi.
“Selain itu pendakwaan terhadap dua bekas Menteri Pengangkutan dalam   skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah juga membuatkan  dia  merasakan perlu untuknya terus berkuasa di negeri ini,” ujar sumber  itu  lagi.
Ketika ditanya pihak yang memberikan maklumat risikan itu, beliau  yang  mendakwa telah berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri Sarawak lebih  sepuluh  tahun enggan mendedahkannya – samada daripada Kor Risik  Angkatan  Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia mahupun risikan yang  dibuat oleh  jentera parti BN sendiri.
Simultaneously election or not, go you go taib mahmut ! We have enough of you in this world.. go leave us in peace..
ReplyDeleteTaib is a man whose appetite for evrything, power,money, fame etc, etc, (including women) never end. He wants to rule until he dies in office so that he will be buried and remembered as a hero and the longest serving CM of sarawak or malaysia,or before he steps down he must ensure the CM job be passed to his son, brother, niece, nephew, cousin, uncle or another Melanau.
ReplyDelete