Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada  1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan  membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri  Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwaan  itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada  Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua  Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.
Menurut Mat Zain, Musa (
kiri)  dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama  mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa  menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam  Negara. Musa bersara baru-baru ini.
“Disokong dengan  dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya  sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam  pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak  pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan  dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah  bersama mereka. 
“Tidak salah untuk menyatakan  hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap  beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

“Dengan  berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak  (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor  in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan  tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan  fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.
“Saya  percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat  atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya  lagi.
Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.

“Sebagai  seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta  mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua  ‘pemain-pemain utama’ perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr  Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain  daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam  dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan  fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa  banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun  daripada landasan kebenaran,” katanya.
 
Tabik Datuk Zain atas keberanian beliau nyatakan isi hati sebenar beliau dalam kes ini... Anwar meringkuk 6 tahun akibat niat jahat org tertentu..
ReplyDelete