Shameful! Sabah to Import Power from Sarawak Despite Having the Same Resources


4-5-2025
KOTA KINABALU : The statement by Sarawak Utilities and Telecommunications Minister Datuk Seri Julaihi Narawi saying "we have signed a power exchange agreement with Sabah, and initially we agreed to supply 30MW of electricity" that appeared in BERNAMA dated 22nd April 2025 refers.

The Sabah government should hang its head in shame. Sarawak is now confidently announcing plans to supply 30 MW of power to Sabah — a humiliating admission that the Land Below the Wind cannot even generate enough electricity for its own people.

Let us be clear: Sabah and Sarawak are blessed with the same natural wealth — rivers, hydro potential, gas reserves, and sunshine. Yet while Sarawak builds dams, expands its energy grid, and exports electricity to neighbours, Sabah sinks deeper into blackouts, load shedding, and excuses.

Why?

Because Sabah is not suffering from a lack of resources. Sabah is suffering from a lack of leadership.

While Sarawak invests in infrastructure and competent governance through local leadership and strategic planning, Sabah is trapped under a government more interested in power struggles than in building power plants.

This is not just an energy crisis — it is a crisis of vision, competence, and integrity. The people of Sabah are now reduced to begging electricity from our neighbour while our own government squanders state wealth, dishes out timber concessions to cronies, and plays musical chairs with political frogs.

Let us not forget: the collapse of Sabah’s energy sector did not happen overnight. It is the direct result of decades of neglect by successive Barisan Nasional-led state governments who failed to invest in long-term solutions. Instead, they enriched themselves through rent-seeking and politically motivated contracts, while critical infrastructure was left to rot.

If the previous Sabah BN government had the vision, capability, and competency it so often claimed, Sabah could have built a credible and self-sufficient electricity entity. Not only would this have resolved Sabah’s long-standing power supply woes, but we could today be exporting electricity to the southern Philippines — generating a steady and strategic income stream for our state.

To make matters even more painful, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) has now instructed Sarawak to supply electricity to the Philippines. The message is clear: while Sarawak expands outward, Sabah remains powerless, inward-looking, and dependent.

Meanwhile, Sabah’s energy landscape is further crippled by lopsided Independent Power Producer (IPP) deals awarded to politically connected cronies. These contracts prioritize profits over people, drain public resources, and lock Sabah into long-term disadvantageous agreements — with no real solution in sight.

Energy sovereignty is economic sovereignty. As long as Sabah depends on others for electricity, we will remain politically and economically subordinated. The spirit of the Malaysia Agreement 1963 (MA63) demands that we control our own energy destiny — not rent it from across the border.

Every year Sabah fails to invest in its own energy infrastructure is a year we lose hundreds of millions in potential revenue. We are not just missing the chance to power our homes — we are missing the chance to power an economy.

But it is not too late. Sabah can still develop its own electricity generation capacity and even replace Sarawak as a regional energy exporter — including to the Philippines — provided that a new Sabah government with visionary, competent leaders is given the mandate to act.

Sabahans must ask themselves:
Are we content with living in darkness while others shine with our shared resources?
Or will we rise and demand a government that builds, empowers, and delivers?

Daniel John Jambun is President of the 
Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).



Versi Bahasa Malaysia

KENYATAAN MEDIA
2 Mei 2025

Memalukan! Sabah Import Elektrik dari Sarawak Walaupun Mempunyai Sumber yang Sama

Kota Kinabalu — Kenyataan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi, bahawa "kami telah menandatangani perjanjian pertukaran tenaga dengan Sabah, dan pada awalnya kami bersetuju untuk membekalkan 30MW elektrik" seperti yang disiarkan dalam BERNAMA bertarikh 22 April 2025 amat memalukan.

Kerajaan Sabah sepatutnya menundukkan kepala kerana malu. Sarawak kini dengan yakin mengumumkan rancangan untuk membekalkan 30 MW tenaga elektrik kepada Sabah — satu pengakuan terbuka bahawa Negeri Di Bawah Bayu gagal menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk rakyatnya sendiri.

Kita harus berterus terang: Sabah dan Sarawak dikurniakan kekayaan semula jadi yang sama — sungai, potensi hidro, rizab gas, dan cahaya matahari. Tetapi sementara Sarawak membina empangan, memperluas grid tenaga dan mengeksport elektrik ke negara jiran, Sabah terus tenggelam dalam kegelapan, catuan, dan alasan demi alasan.

Kenapa?

Kerana masalah Sabah bukan kekurangan sumber. Masalah Sabah adalah kekurangan kepimpinan.

Ketika Sarawak melabur dalam infrastruktur dan tadbir urus yang cekap melalui kepimpinan tempatan dan perancangan strategik, Sabah terus terperangkap di bawah kerajaan yang lebih sibuk berebut kuasa daripada membina loji janakuasa.

Ini bukan sekadar krisis tenaga — ini adalah krisis visi, kecekapan, dan integriti. Rakyat Sabah kini terpaksa "mengemis" elektrik dari jiran, sementara kerajaan sendiri membazir kekayaan negeri, mengagihkan konsesi balak kepada kroni, dan bermain muzik kerusi dalam gelanggang politik katak.

Jangan kita lupa: kejatuhan sektor tenaga Sabah bukan berlaku dalam sekelip mata. Ia adalah hasil pengabaian selama berdekad-dekad oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang gagal merancang dan melabur dalam penyelesaian jangka panjang. Sebaliknya, mereka hanya mengkayakan diri sendiri melalui kontrak-kontrak politik dan amalan rent-seeking, sementara infrastruktur asas negeri dibiarkan usang.

Sekiranya kerajaan BN Sabah dahulu mempunyai visi, keupayaan, dan kecekapan yang mereka sering war-warkan, Sabah sudah tentu mampu membina entiti tenaga elektrik yang kredibel dan berdikari. Masalah bekalan tenaga dapat diselesaikan lebih awal — malah Sabah mampu menjadi pengeksport tenaga ke selatan Filipina, sekaligus menjana pendapatan tetap untuk negeri.

Lebih menyakitkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sendiri telah mengarahkan Sarawak untuk membekalkan elektrik ke Filipina. Ini menunjukkan betapa jauhnya Sabah telah tertinggal. Dengan sumber yang sama, Sarawak menjadi pengeksport, sementara Sabah hanya menjadi pengguna yang bergantung.

Pada masa yang sama, sektor tenaga Sabah juga terbeban dengan perjanjian-perjanjian tidak seimbang bersama Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang dianugerahkan kepada kroni politik. Kontrak-kontrak ini mengutamakan keuntungan peribadi, menghisap dana awam, dan mengikat Sabah dengan perjanjian jangka panjang yang merugikan — tanpa manfaat sebenar kepada rakyat.

Kedaulatan tenaga adalah kedaulatan ekonomi. Selagi Sabah bergantung kepada negeri lain untuk bekalan elektrik, selagi itu kita kekal sebagai negeri yang dijajah secara ekonomi dan politik. Semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menuntut agar Sabah mengawal masa depannya sendiri dalam sektor tenaga.

Setiap tahun Sabah gagal melabur dalam infrastruktur tenaga sendiri adalah satu tahun lagi kita kehilangan potensi pendapatan ratusan juta ringgit. Kita bukan sekadar gagal menerangi rumah — kita gagal menyalakan enjin ekonomi negeri.

Tetapi belum terlambat. Sabah masih boleh membangunkan kapasiti penjanaan tenaga sendiri dan menggantikan Sarawak sebagai pengeksport tenaga serantau — termasuk ke Filipina — sekiranya wujud kerajaan baharu di Sabah yang dipimpin oleh pemimpin berwawasan dan berkebolehan.

Rakyat Sabah perlu bertanya:
Adakah kita rela terus hidup dalam kegelapan, sedangkan orang lain bersinar dengan sumber yang sama?
Atau adakah kita bersedia bangkit dan menuntut kerajaan yang membina, memperkasa, dan menunaikan janji?

Daniel John Jambun
Presiden
Yayasan Borneo’s Plight in Malaysia (BoPiMaFo). ~Borneo Herald 

No comments:

Post a Comment