Oleh Daniel John Jambun, 11-5-2025
PINDAAN ORDINAN TANAH 2018 DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SABAR
KAMI memuji pandangan jauh dan keberanian politik yang ditunjukkan oleh Kerajaan Sabah pimpinan Warisan, di Bawah Datuk Seri Shafie Afdal, melalui pindaan Ordinan Tanah (Cap. 68) pada tahun 2018, yang secara signifikan mengukuhkan asas perundangan bagi Saman Pemula (Originating Summons, OS) yang difailkan oleh Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR) untuk mencabar kesahan dan kebolehgunaan beberapa undang-undang Persekutuan di Sabah.
Pindaan bersejarah ini telah mentakrifkan semula “tanah” untuk merangkumi pelantar benua sebagai sebahagian daripada bidang kuasa perundangan dan wilayah Sabah. Ia bukan sekadar langkah pentadbiran — ia merupakan satu ketegasan terhadap hak kedaulatan Sabah seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis (Order in Council) 1954 mengenai Perubahan Sempadan Borneo Utara, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan Perkara 1(3) Perlembagaan Persekutuan.
Dengan meluluskan peruntukan yang mengiktiraf dasar laut dan tanah di bawah dasar laut di luar perairan wilayah Sabah, kerajaan Warisan telah mengukuhkan tuntutan Sabah ke atas sumber asli luar pesisir — dan secara langsung meletakkan asas kukuh bagi cabaran perlembagaan yang difailkan oleh SABAR terhadap:
Akta Laut Wilayah (Territorial Sea Act, TSA) 2012,
Akta Pelantar Benua 1966, dan
Akta Perlombongan Petroleum 1966,
yang didakwa tidak terpakai, tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah dalam konteks negeri Sabah selepas pembatalan Perisytiharan Darurat 1969 pada 19 Jun 2012.
Dalam perkembangan penting, SABAR telah diberikan kebenaran oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk mengemukakan lebih 500 muka surat dokumen arkib British, termasuk surat-menyurat rasmi berkaitan dengan Perintah Majlis 1954 dan 1958, bagi menyokong kes mereka. Ini mengukuhkan lagi kedudukan sejarah dan undang-undang bahawa sempadan asal wilayah Sabah — termasuk pelantar benua dan sumber asli di bawahnya — tidak pernah dilucutkan secara sah oleh mana-mana akta Parlimen.
Pindaan Ordinan Tanah ini adalah penghubung perundangan yang kritikal, yang menegaskan kawalan Sabah yang berterusan dan sah terhadap wilayah serta kekayaan sumbernya. Tanpa pindaan ini, kes SABAR akan kehilangan asas undang-undang yang mantap selepas darurat dibatalkan.
Kredit sepenuhnya harus diberikan kepada kerajaan Warisan atas keberanian menggubal reformasi undang-undang yang berpandangan jauh ini. Ia mencerminkan komitmen tegas untuk mempertahankan kedaulatan Sabah, menjamin hak rakyatnya, dan menuntut semula segala jaminan dalam MA63 yang telah lama diketepikan.
Kami menggesa semua pemimpin semasa dan akan datang agar mencontohi kepimpinan berprinsip seperti ini, serta menyokong segala usaha — sama ada di medan perundangan atau politik — untuk mengembalikan hak autonomi Sabah secara sah dan bermaruah, demi kesejahteraan rakyat, bukan kepentingan kelompok terpilih.
Daniel John Jambun
Presiden
Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)
The English version:
THE 2018 LAND ORDINANCE AMENDMENT AND SABAR’S LEGAL CHALLENGE
We commend the foresight and political will demonstrated by the Warisan-led Sabah Government, under Datuk Seri Shafie Afdal, through the 2018 amendment to the Land Ordinance (Cap. 68), which significantly strengthens the legal foundation of the Originating Summons (OS) filed by the Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR) to challenge the validity and applicability of several Federal laws.
This landmark amendment, which redefined “land” to include the continental shelf as part of Sabah’s legal and territorial jurisdiction, is not merely administrative—it is a bold assertion of Sabah’s sovereign rights under the North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954, the Malaysia Agreement 1963 (MA63), and Article 1(3) of the Federal Constitution.
By legislating the inclusion of seabed and subsoil areas beyond Sabah’s territorial waters, the Warisan government fortified Sabah’s claim over offshore resources—laying the groundwork for constitutional challenges such as SABAR’s OS, which contests the validity of:
The Territorial Sea Act (TSA) 2012,
The Continental Shelf Act 1966, and
The Petroleum Mining Act 1966,
as being inapplicable and unconstitutional within Sabah’s jurisdiction following the revocation of the 1969 Proclamation of Emergency on 19 June 2012.
In a significant development, SABAR recently obtained leave at the Kota Kinabalu High Court to adduce over 500 pages of historical documents from the British archives, including colonial correspondence relating to the 1954 and 1958 North Borneo Orders in Council, to support its case. This further affirms the historical and legal validity of Sabah’s original territorial boundaries—including the continental shelf and its natural resources—which were never lawfully ceded or extinguished by any act of Parliament.
This amendment is a critical piece of legal continuity that affirms Sabah’s enduring and rightful control over its territorial boundaries and resource wealth. Without it, SABAR’s legal position would lack a post-Emergency legislative anchor and foundation.
Full credit must be given to the Warisan government for enacting this visionary legal reform. It reflects a firm and principled commitment to defend Sabah’s sovereignty, uphold the rights of its people, and reclaim the constitutional guarantees under MA63 that have long been undermined.
We urge all present and future leaders to follow this example of courageous and principled governance, and to support ongoing efforts—both legal and political—to restore Sabah’s rightful autonomy and ensure that its wealth serves the people, not the few.
Daniel John Jambun
President
Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) ~ Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment