Parti KDM akan bangunkan kemudahan sukan di setiap kampung jika menjadi kerajaan

KOTA BELUD : Parti Kesejahteraan Demokrasi Masyarakat (KDM) akan memperjuangkan penambahbaikan kemudahan sukan di kampung-kampung pedalaman jika ditakdirkan menjadi kerajaan, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

Ketua Bahagian KDM Kota Belud, Datuk Almudin Kaida, berkata itu antara tekad KDM bila menjadi kerajaan selepas pilihanraya negeri nanti.

"Kita akan beri tumpuan kepada pembangunan kemudahan sukan di kampung-kampung..." katanya ketika merasmikan perlawanan bolasepak melibatkan lapan pasukan di Daerah Mengundi Gaur-Gaur, Kadamaian di sini hari ini.

Almudin juga memuji pemain bolasepak yang sebahagian besarnya pemuda dan pemudi kerana bersemangat sukan yang tinggi. Beliau turut menyatakan kegembiraannya kerana sebelum ini Piala Ketua Pemuda KDM Kota Belud juga mendapat sokongan hebat dari 32 regu sepaktakraw.

Perlawanan bolasepak hari ini telah dianjurkan oleh parti KDM Kadamaian sempena program jelajah KDM Kadamaian yang diketuai Zamal Intim selaku Penyelaras.

Pengerusi Penganjur kejohanan itu, Danny Leinsin Limpakan, yang juga setiausaha KDM Kadamaian, ketika berucap pula berkata sukan termasuk bolasepak merupakan satu "healing" atau penyembuhan kepada semua.

"Bersukan akan membuat kita tetap sihat, tetap cantik dan hensom," katanya sambil menasihat bahawa bersukan boleh mengelak daripada ketagihan 'game' dalam henfon terutama sekali orang muda.

Pasukan Maranggoi FC menjuarai pertandingan terbuka sementara Tolungan FC naib juara, Sompinai FC di tempat ketiga manakala Tegudon di tempat keempat.

Bagi kategori di bawah 12 tahun, SK Pinolobu juara manakala SRA Gaur naib.

Bagi kategori wanita pula, Singgah Wariu menjadi juara manakala Tinimungan naib juara.

Antara lain yang hadir pada majlis hari ini ialah Ketua Kampung Kg Bukid, Miun Kuliat, penasihat KDM Kadamaian, Kanul Gindol, Ketua Penerangan KDM Kota Belud, Muslimin Medzai, dan Bendahari KDM Kadamaian, Wilmon Santing.

Pada penghujung acara sebelum makan, Danny turut menyerahkan 200 borang keahlian baru KDM Kadamaian kepada Almudin.#

BERIKUT gambar-gambar majlis itu yang membawa maksud tersendiri :

           Datuk Almudin Kaida dan Zamal Intim.
KK Miun Kuliat menyambut rombongan Datuk Almudin.
              Kanul Gindol dan KK Miun Kuliat.
   Juara Maranggoi FC yang memakai jersi kuning.
Danny Leinsin Limpakan menyerahkan 200 borang keahlian baru Kadamaian kepada Datuk Almudin Kaida.






No comments:

Post a Comment