Oleh Peter Palalun Lagadan
KOTA BELUD: Selaku salah seorang 
bekas Ketua Kampung di Kadamaian dan mewakili suara ramai pesara 
Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung yang mungkin berjumlah lebih seribu 
orang, saya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mempertimbang 
memberi sekurang-kurangnya bonus kepada para pesara seperti kami.
Semua pesara lain telah mendapat pelbagai habuan dan bantuan dari 
kerajaan bagi mengenang jasa mereka tetapi apakah jasa dan perkhidmatan 
kami sebagai bekas Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK langsung tidak 
bermakna sudah kepada kerajaan.
Bukan sahaja kami berkhidmat menjaga pentadbiran di peringkat 
kampung malahan menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaandalam bagi
 memastikan kejayaan dasar-dasar dan programnya.
Kalaupun 
kerajaan tidak boleh mempertimbangkan elaun sara bulanan kepada para 
pesara seperti kami tetapi sekurang-kurangnya berilah pnghargaan dalam 
bentuk bantuan sekali setahun atau bonus perkhidmatan kami selama ini.
Kalau bukan kerajaan tempat kami mengharap, kepada siapa lagi kita 
hendak menaruh harapan dalam meminta pembelaan di kala kos hidup semakin
 tinggi sedangkan kebanyakan kami pula semakin lanjut usia.
Berbnding
 dengan kakitangan awam dan lantikan politik lain yang menerima gaji dan
 elaun berlipat kali lebih tinggi, ada antara bekas pengerusi JKKK dan 
Ketua Kampung hanya menerima haji setakat RM200 sebulan. Walaupun 
demikian tugas kami dianggap penting kepada kerajaan dan sering 
dipanggil bila ada masalah timbul.
Saya harap Ketua Menteri Musa Aman memberi pertimbangan sebelum 
pihak lain mengambil kesempatan membela nasib para pesara jawatan 
peringkat kampung seperti kami ini.
Wah!pesara JKKK dan KK pun mau tuntut bonus juga ka..
ReplyDeleteJKKK dan KK pun tidak mau lepaskan peluang..
DeletePerlu jugakah JKKK dan KK mendapat bonus? Perlu dibincangkan mengenai perkara ini.
DeleteBeruntungnya pekerja dalam kerajaan. dapat gaji besar,elaun, & dapat bonus lagi. bilalah tiba giliran ni??
ReplyDeleteTapi ada yang tidak berusaha langsung.
DeleteBerterima kasih dengan kerajaan atsbonus yang di beri.
Deletemereka yang dapat bonus tu haruslah tingkatkan prestasi kerja juga.
DeleteSemakin ramai yang berlumba2 untuk menjawat jawatan di Kerajaan.
ReplyDeleteMe too.
DeleteUsaha kerajaan ini jangan dipersiakan.
ReplyDeleteUsaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat..Namum harap pekerja swasta tidak akan di lupakan.
DeleteThey deserved to get the best as well.
ReplyDeleteMemang patut. Adil dan saksama.
DeleteMungkin kerajaan harus mempertimbangkan pemberian bonus kepada mereka kerana mereka turut menyumbangkan sumbangan yang baik.
ReplyDeletepertimbangkan cadangan ini, mereka berhak jg mendapatnya.
ReplyDeleteini sebagai penghargaan atas sumbangan mereka.
ReplyDeletemungkin juga ini akan dipertimbangkan dengan sebaiknya.
ReplyDelete