Saudara Pengarang,
SAYA  berpendapat, jika ada bukti yang kukuh, senarai nama pemilik dan  salinan MyKad projek yang disahkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara;  kita boleh mendapatkan Injunksi Mahkamah dan Kaveat penggunaan MyKad  mereka agar dapat diedar kesemua agensi kerajaan dan bank-bank supaya  mereka tidak boleh gunakan MyKad yang diperolehi secara haram. 
Jika  Citos dan CCRIS sebagai agensi bukan kerajaan boleh digunapakai untuk  tujuan perbankan, kenapa tidak ada pemimpin Sabah yang benar-benar ingin  berjuang menyediakan institusi khusus; setaraf dengan CITOS atau CCRIS  menyenarai hitam MyKad PATI agar tidak diterima bank dan institusi  kewangan.
    Setelah MyKad mereka disenarai hitam, maka mereka akan mengalami  pelbagai kesulitan dan akan bekerjasama dengan kerajaan untuk  mengemaskinikan rekod mereka; sama ada diproses atau dibatalkan.
Mungkin  tidak keterlaluan jika disyaratkan dalam Injunksi Mahkamah bahawa  mereka yang tidak tampil memperbaharui MyKad Projek mereka dalam tempoh  tiga bulan, secara automatik MyKad mereka akan terbatal.
Sekian, terima kasih
Salam Hormat, 
BORNEOBLOODFREEDOM

No comments:
Post a Comment