Oleh: SHAHIRAH ABDUL HALIM
MENTERI  Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim  dibidas kerana melakukan pembohongan dan melakukan jenayah pilihanraya  dengan mengumumkan projek Kampung Wifi pada pilihanraya kecil Batu Sapi,  November 2010.
    Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mendakwa Rais telah  mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan berbohong kepada para  pengundi di Batu Sapi dengan pengumuman enam buah kampung iaitu Kampung  Air, Kampung Karamunting Lama, Kampung Karamunting Baru, sebahagian  Kampung Bokara, Kampung Lupak Meluas dan Flat MPS akan dijadikan Kampung  Tanpa Wayar (Kampung Wifi).
“Sehingga  kini, hanya sebuah kampung iaitu Flat MPS yang mendapat kemudahan  berkenaan, itupun lebih banyak rosak daripada beroperasi; kampung lain  tidak langsung dipasang kemudahan berkenaan,” ujar Zainuddin yang  menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan  siasatan rapi kerana projek di lima kampung berkenaan sepatutnya siap  serentak dengan Flat MPS.
Menurut  Zainuddin, pihaknya menerima aduan daripada penduduk lima kampung  berkenaan yang terpedaya dengan janji Rais yang dibuat pada 1 November  2010  menjelang pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi bahawa  kemudahan ‘Kampung Wifi’ berkenaan merupakan sebahagian daripada 500  kemudahan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi termasuk  penggunaan Internet yang akan dipasang di seluruh Sabah melalui  kenyataan media bertajuk ‘6 Kampung Dapat Kemudahan WiFi’. 
“Kini  penduduk kampung mempersenda Kampung WiFi sebagai Kampung ‘Wife-I’  (Isteri Saya) kerana mereka tidak menikmati sebarang kemudahan yang  dijanjikan Rais,” ujar Zainuddin yang mendesak agar rakyat di lima buah  kampung berkenaan menolak BN pada pilihanraya umum akan datang.
Dalam  pada itu, Zainuddin turut mencabar Rais supaya menyamannya kerana  beliau yang membuat kenyataan dan tidak memangsakan Sabahkini.net yang  menyiarkan kenyataan beliau melalui dua artikel bertajuk ‘PKR Cabar Rais Sumpah Laknat’ dan ‘Rais Yatim Seperti ‘Belut Bodoh’? 
“Apakah  Rais yakin dengan mengheret Sabahkini.net ke mahkamah, isu ini akan  selesai? Dia silap kerana selagi Robengah tidak dipanggil memberi  keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagaimana Rais mahu menyaman  Sabahkini.net?,” ujar Zainuddin yang menggesa agar polis dan Peguam  Negara mempercepatkan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Zainuddin  turut mencadangkan agar Rais dan Robengah menjalani ‘Ujian Mengesan  Pembohongan’ bagi mengelak mereka membuat akuan palsu demi untuk  menyelamatkan diri masing-masing. 
No comments:
Post a Comment