Top posts

Featured Posts

Rakyat Sabah rugi kerajaan kembalikan RM1.3 bilion ke Putrajaya tak sempat guna tahun lalu


LIONEL GURING, 24-5-2023
Kota Kinabalu : Rakyat Sabah rugi besar apabila kerajaan Sabah mengembalikan RM1.3 bilion kepada Kerajaan Persekutuan sebab tidak sempat digunakan tahun lalu.

Daripada RM5.7 bilion peruntukan pembangunan yang diberi kepada Sabah menerusi Belanjawan 2022, hanya RM4.4 bilion sempat digunakan.

Demikian dimaklumkan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dalam sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang.

Menurutnya antara sebab kegagalan mengguna sepenuhnya peruntukan itu ialah masalah kontraktor, utiliti, tanah, pengurusan serta masalah agensi pelaksana.

Sudahpun kebanyakan rakyat Sabah tidak merasai faedah malah tidak mengetahui projek-projek bernilai RM4.4 bilion itu, mereka tambah rugi bila RM1,300 juta dikembalikan kepada Putrajaya.

Cadangan Hajiji supaya peruntukan yang tidak sempat digunakan itu dimasukkan ke dalam suatu tabung amanah Sabah supaya boleh diguna pada tahun berikutnya juga tidak mendapat sambutan rakyat.

"Lebih baik kerajaan negeri tingkatkan kecekapannya supaya semua wang yang diperuntukkan kepada Sabah berkaya dibelanjakan pada tahun itu.

"Mewujudkan tabung amanah dari peruntukan pembangunan ini serupa menggalakkan lagi ketidakcekapan kerana mereka tahu duit itu tetap ada di sini dan mereka yang berkuasa akan dapat membelanjakannya pada bila-bila masa," kata seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Lauren dari Penampang.#

Reaksi&Komen:

Reaction&Comment :


https://www.malaysianow.com/news/2023/05/23/its-his-privilege-putrajaya-tight-lipped-on-cost-of-pms-trips


A reader's comment :
"Not being open and transparent about it, means concealing certain extraordinary figures.
Does not augur well for a 'kerajaan madani'."

Rakyat mula tunjuk perasaan depan pejabat Ketua Menteri Sabah

Jayden Lisando, 23-5-2023
LIKAS, Kota Kinabalu : Sekumpulan rakyat menunjuk perasaan secara aman di depan bangunan Menara Kinabalu yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah pagi ini.

Tidak dapat dipastikan dari mana kumpulan itu tetapi dipercayai ada kaitan dengan isu anak negeri tidak puas hati kawasan mereka diserahkan kepada syarikat-syarikat swasta atau orang perseorangan.
Beberapa sepanduk dikatakan turut kelihatan sejak pagi sehingga tengah hari ini. Anggota polis juga turut berada di situ bagi mengawal keadaan.

"Kemungkinan wakil penduduk menyerahkan surat bantahan kepada pejabat Ketua Menteri," kata seorang yang mengaku sempat melihat kejadian.

Inilah julung kali satu 'protes aman' telah dibuat sekumpulan orang di depan bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah di Likas itu.

Para wakil rakyat pula sedang bersidang di Dewan Undangan Negeri Sabah, juga tidak jauh dari kompleks pejabat tersebut.#

Parlimen dan DUN bersidang serentak, jadi YB "double" yang tamak hadir mana satu?

LIONEL GURING, 22-5-2023
Kota Kinabalu : Kedua-dua Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sabah mulai hari ini bersidang, jadi, bagi yang "double YB", dia juga MP dia juga Adun, mana satu dia akan hadir?

Parlimen bersidang mulai hari ini 22 Mei 2023 sehingga 15 Jun 2023 manakala DUN Sabah dari hari ini hingga ke 25 Mei ini.

Inilah antara persoalan yang timbul di kalangan mereka yang berfikir tetapi tidak menjadi persoalan bagi mereka yang 'apologetik' terhadap Yang Berhormat yang rasa diri mereka 'superman'.

Beberapa politikus dari beberapa parti Sabah tergolong dalam kategori 'perasan superman' aka 'tamak' ini.#

Menara Kinabalu RM600 juta belum siap sampai sekarang?

Jayden Lisando, 22-5-2023
Kota Kinabalu : Menara Kinabalu yang menempatkan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah rupanya belum siap sepenuhnya selepas diisytihar siap pada 2016. Masih ada satu blok yang 'unfit for occupancy'. 

Menara Kinabalu memakan belanja RM600 juta itu ada tiga blok, A, B & C, bagaimanapun sistem pemanasan, ventilasi, dan penyejukan udara (HVAC system) bagi blok B sampai sekarang belum siap, dan tidak berfungsi / tiada penghuni.
                      Masih belum siap-siap

Salah siapa? 
Pemerhati berkata ini antara petanda kerajaan yang ada sekarang sangat "slow", makanya bertubi-tubi dan bertimbun-timbun masalah infrastruktur (jalan, air, elektrik dsb,) melanda seluruh Sabah.

"Duit Sabah dicanang sana-sini sampai RM7 bilion setahun tapi tiada yang nampak, hanya signboard Sabah Maju Jaya sana-sini," kata seorang pemerhati yang juga kakitangan kerajaan.#

Filem pendek "rukut-rukut" arahan Pulina Keritek bakal ikut pertandingan

Golongan seni Sabah terus aktif.
Karya Rukut-Rukut tanpa tekanan shooting ❤️. Small Team but Powerfull Teamwork. 
Thanks Datuk Harry & Datin Maria 🤍 sebap sudi sponser lokasi shooting dan sponser mkn&minum. 

Crew Bryan Casey Kouju & team happy dapat Rukut-Rukut dengan semua. Sgt berterima kpd DOP Bryan Casey Kouju. 
Semua pelakon beri komitmen yg tinggi sepanjang shooting..
Director Pulina Keritek gave her best both as director and actress filem pendek ini (30 minit) genre komedi yang bakal masuk pertandingan ini. Nantikan tajuk filem ini !
Thanks all.
PRODUCER: SOIDY
Prop: Paul@Agang

Reaksi&Komen:

Reaction&Comment:

Orang Warisan Ranau sertai Star

KOTA KINABALU : Seorang penyokong Warisan dari Ranau, Jack Situn, keluar dari parti itu untuk menyertai Star, parti komponen GRS.

Jack, seorang peguam, yang juga merupakan adik kepada bekas calon Warisan di Ranau pada pilihanraya umum parlimen November 2022, Markos Situn, menyiarkan gambarnya menyerahkan borang kepada Presiden Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Jack membuat catatan pada facebooknya berbunyi: 

"Tiada musuh kekal dalam politik. Kepada rakan-rakan seperjuangan dulu (Warisan), tolong jangan sakit hati. Kepada rakan-rakan baru, jangan bergumbira sangat. Lain perjuangan, satu tujuan."#

Search This Blog