Oleh Sidiqin Omar
KUANTAN 10 Julai: Seramai 31 penduduk Cameron Highland termasuk 12
perempuan dan enam kanak-kanak ditahan polis dalam bantahan ‘Occupy’ di
hadapan Pejabat Menteri Besar Pahang, kira-kira jam 4.00 petang tadi.
Setiausaha
Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highland, Suresh Kumar
memberitahu, pembantu Ahli Parlimen Sungai Siput, S Nagendran dan
seorang lagi dikenali Uthayakumar, dicekik Ketua Polis Kuantan, Jasmani
Yusof ketika ditangkap.