Top posts

Featured Posts

Perjanjian Pakatan Harapan terbaik

Oleh Patrick Sadom, Pengarah Komunikasi Keadilan Sabah

KOTA KINABALU : Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Sabah menyambut baik Perjanjian Pakatan Harapan yang berjaya ditanda tangani di ibu negara Sabtu lepas.

Perjanjian itu bukan sahaja memperkukuh ikatan tiga parti komponen Pakatan iaitu Keadilan, DAP dan Amanah tetapi juga turut meletakkan kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 sebagai satu paksi penting kepada sebarang kerangka dasar Pakatan.


Dengan jelas perkara ini diperuntukkan di bawah Fasal 4.5.4 di bawah Dasar-Dasar Bersama yang menyebut:

     "Memperakui dan mengiktirafkan kedudukan Sabah dan Sarawak
      di dalam Persekutuan Malaysia selaras dengan peruntukan dan 
      semangat Perjanjian Malaysia 1963."

Maka sejajar dengan kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak yang memiliki autonomi dalam Persekutuan, pimpinan Parti Negeri akan terus memastikan hak autonomi negeri dalam membuat keputusan politik dan pentadbiran negeri Sabah dapat terus diamalkan demi kekukuhan Pakatan.

Pimpinan Pakatan Harapan di peringkat negeri sedang dalam penyusunan dan kita telahpun mengadakan perbincangan awal di kalangan pimpinan ketiga-tiga parti komponen bagi melancarkan Pakatan Harapan Sabah tidak berapa lama lagi.

Berhubung dengan mewajibkan konsensus semua komponen terhadap sebarang dasar nasional, ini akan memelihara Pakatan Harapan daripada disabotaj dari dalam apabila ada pihak yang cuba bersekongkol dengan fahaman politik asing yang tidak diterima pakai oleh Pakatan ini dari awal lagi.

Adalah jelas sekarang sekiranya ada komponen yang menyeleweng fahaman dan dasar nasional, maka komponen lain boleh menggugurkan keanggotaan parti yang terus engkar itu.

Sehubungan ini, Keadilan Sabah terus menghormati autonominya sendiri dan akan melindungi serta memartabatkan autonomi Negeri mengikut yang telah dipersetujui dalam 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia dan diperuntuk dalam Fasal 5.8 Perlembagaan Parti Keadilan.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog