Top posts

Featured Posts

Krisis perkataan Allah•Hak berperlembagaan•Kebebasan beragama

Isu hangat larangan penggunaan perkataan “Allah” oleh penganut Kristian yang berlaku di negeri Sabah dan Sarawak beberapa tahun yang lalu, timbul lagi di Semenanjung Malaysia sekarang, malah kian membara ke setiap pelosok negara. Kemelut ini bermula pada November 2007 apabila akhbar mingguan Katolik, “The Herald” menerima surat arahan daripada Kementerian Dalam Negeri supaya akhbar tersebut membatalkan pengeluaran versi Bahasa Melayu sebagai syarat untuk memperbaharui lesen cetakan mereka. Alasan Kementerian Dalam Negeri adalah bahawa kandungan berita bahasa Melayu akhbar tersebut telah menggunakan perkataan “Allah”. Ketua Bishop Roman Katolik Kuala Lumpur telah membawa isu ini ke mahkamah tinggi, dan memohon kelulusan daripada pihak mahkamah untuk terus menggunakan perkataan “Allah” dalam akhbar tersebut. Ini bermakna, isu penggunaan perkataan “Allah” di Semenanjung Malaysia telah dibawa ke proses perbicaraan mahkamah.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa “The Herald” dibenarkan menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya. Dalam keputusannya, Hakim menegaskan bahawa tindakan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri melarang “The Herald” daripada menggunakan perkataan “Allah” adalah tidah sah, tidak munasabah, serta bertentangan dengan perlembagaan, dan tiada bukti yang menunjukkan penggunaan perkataan “Allah” oleh akhbar “The Herald” telah mengancam keselamatan negara. Oleh kerana tidak puas hati dengan keputusan mahkamah tinggi tersebut, Kerajaan BN telah memfailkan rayuan ke peringkat Mahkamah Rayuan. Pada Oktober 2013, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membatalkan keputusan mahkamah tinggi, dan memutuskan bahawa akhbar “The Herald” tidak berhak dan tidak boleh menggunakan perkataan “Allah”. Pihak Gereja Katolik Malaysia telah mengemukakan rayuan pada November 2013 ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Pada bulan Disember tahun lepas, ketua editor akhbar “The Herald”, Paderi Lawrence Andrew juga mengatakan bahawa akan terus menggunakan perkataan “Allah” di gereja Selangor. Dalam pendengaran oleh Penal Hakim seramai tujuh orang pada 5 Mac 2014, Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan sama ada mahu membenarkan permohonan rayuan dalam kes "The Herald"  mencabar larangan penggunaan perkataan "Allah" pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sebelum isu perkataan “Allah”memulakan perbicaraannya di peringkat tertinggi sistem kehakiman, dua insiden yang amat membimbangkan rakyat (terutamanya rakyat pelbagai bangsa bukan beragama Islam), dan juga menarik perhatian masyarakat antarabangsa (terutamanya umat Kristian) telah berlaku pada awal tahun ini :-
  • Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan merampas 320 bible versi Bahasa Melayu dan 10 bible versi Bahasa Iban, dan turut menahan dua pegawai PBM ke balai polis untuk siasatan. Dua pegawai tersebut dibebaskan dengan ikat jamin. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan bahawa JAIS berkuasa untuk menyiasat sesiapa sahaja (termasuk orang Islam dan orang bukan Islam) yang berkaitan dengan kesalahan di bawah Enakmen 1988.
  • Beberapa cawangan UMNO Selangor dan NGO-NGO agama Islam di Negari Selangor merancang untuk mengadakan himpunan bantahan di hadapan semua gereja dalam Negeri Selangor, untuk membantah kenyataan Paderi Lawrence Andrew mengenai penggunaan perkataan “Allah”, malah, rancangan tersebut telah mendapat sokongan terbuka daripada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Walaupun protes tersebut tidak berjaya diadakan pada akhirnya, ia tetap mengingatkan orang ramai terhadap himpunan bersifat perkauman Melayu di hadapan Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada tahun 2000, yang membantah tuntutan PRU masyarakat TiongHua Malaysia, di mana aksi-aksi ganas bersifat provokasi dalam himpunan tersebut masih lagi terbayang-bayang di dalam minda orang ramai.

Menurut maklumat daripada media massa, alasan utama yang dipegang oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kumpulan rasis naungan UMNO dan Parti UMNO untuk bertindak seperti yang dinyatakan di atas, adalah sama dengan alasan titahan Sultan Selangor iaitu: 1) berdasarkan larangan penggunaan 35 perkataan dan ungkapan oleh orang bukan Islam dalam Enakmen 1988 Negeri Selangor; 2) Penyebaran agama lain terhadap muslim dan penterjemahan kitab suci bible kepada bahasa Melayu adalah dilarang sama sekali. Namun begitu, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) menuduh bahawa tindakan JAIS telah melanggar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Manakala Gempuru Besai Raban Kristian Jaku Iban Malaysia, sebuah pertubuhan Agama Kristian Iban pula mempertikaikan tindakan JAIS tersebut telah mencabuli hak dan kebebasan beragama masyarakat Iban. Selain itu, terdapat juga sebahagian pertubuhan, parti politik dan orang ramai beranggapan bahawa isu perkataan “Allah” ini dibangkitkan adalah merupakan satu cubaan kerajaan BN untuk mengalihkan perhatian dan ketidakpuasan rakyat jelata terhadap isu-isu kehidupan yang lebih penting, seperti kenaikan harga barang yang semakin menghimpit rakyat.

Pihak yang berlainan kedudukan mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang bagaimana kemelut politik ini boleh diselesaikan. Sesetengah demokrat, parti politik dan pertubuhan demokratik berpendapat bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) harus menghormati  “resolusi 10 perkara” yang telah dipersetujui di antara kerajaan pusat dengan masyarakat Kristian. Menurut mereka, JAIS tidak berkuasa untuk melakukan sebarang tindakan paksaan ke atas mana–mana penganut dan pertubuhan agama bukan Islam. Tiga orang ADUN DAP Selangor turut menyatakan akan mengusulkan pemindaan Enakmen Agama Bukan Islam Negeri Selangor 1988 untuk menyelesaikan masalah asas krisis ini. Di sebelah klik memerintah pula, pada 20hb Januari 2014, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim telah menitah bahawa Fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1988 telah menetapkan bahawa perkataan-perkataan termasuk ‘Allah’ dikhaskan untuk Muslim, penganut agama lain dilarang menggunakan perkataan-perkataan tersebut sama sekali. Para pemimpin parti-parti komponen klik memerintah BN telah membisu selama 3 minggu sejak krisis JAIS menyerbu PBM berlaku. Perdana Menteri merangkap Pengerusi UMNO, Mohd Najib Abdul Razak akhirnya mengumumkan pendiriannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 24hb Januari, di mana di negeri ada enakmen, penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam adalah dilarang; penyelesaian 10 perkara yang dipersetujui Kabinet tetap tertakluk kepada undang-undang negeri tersebut.

Beberapa persoalan dibawah kini menjadi agenda perbincangan parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan dan individu yang menyokong demokrasi, iaitu: Bagaimana berlaku dan berkembangnya krisis perkatan‘Allah’; Apakah hubungan antara “Perlembagaan Persekutuan”, hak-hak rakyat yang dijamin disisi undang-undang dan pelbagai isu yang terlibat dengan krisis perkataan ‘Allah’; Bagaimana memahami halangan ke atas agama dan penganut bukan Islam untuk menggunakan perkataan ‘Allah’bertentangan, malah merosakkan kebebasan beragama yang dijunjung oleh rakyat dan seluruh umat manusia; dan yang paling utama ialah persoalan bagaimana rakyat semua bangsa, semua agama yang diperintah dan ditindas bertindak dengan betul dalam menghadapi krisis kali ini.
Untuk meneliti persoalan-persoalan yang dinyatakan di atas,  kami, Lajnah Perpaduan PAS Johor dan Sahabat Rakyat Working Committee, akan menganjurkan forum bertema “Krisis Perkataan Allah • Hak Perlembagaan • kebebasan beragama”.
·         Tarikh         : 13hb April 2014 (Ahad)
·         Masa           : 2.00ptg hingga 5.30ptg
·         Tempat       : Tingkat 5 Bangunan JOTIC (Bersebelahan  Mahkamah JB)                                         
Kami mengundang 1. Pengerusi Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) atau wakil beliau, 2. Wakil daripada  Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) dan 3. Pengerusi PAS atau wakil beliau untuk berucap dalam forum ini. Panelis akan berkongsi pandangan mereka dengan rakyat, parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan seluruh negara dari perspektif masing-masing. Pihak penganjur akan menyediakan masa yang cukup untuk para panelis menjawab persoalan yang dikemukakan oleh hadirin forum.

Kami mengundang panelis-panelis ini atas sebab-sebab di bawah:
Selama ini Majlis Peguam Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dan istimewa dalam menjunjungi prinsip-prinsip Perlembagaan dan keadilan undang-undang Negara, berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia serta mempertahankan hak-hak perlembagaan di negara kita, termasuk kebebasan beragama.

MCCBCHST ditubuhkan bersama oleh pertubuhan peringkat nasional Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme. MCCBCHST merupakan satu pertubuhan perwakilan dan persatuan penyelarasan yang penting di kalangan masyarakat bukan Islam di negara kita.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan sebuah parti politik yang mewakili orang Islam negera kita yang amat berbeza dengan klik hegemoni UMNO. PAS mempunyai sejarah yang lama dalam perjuangan kemerdekaan negara dan juga menggerakkan tamadun Islam. Beberapa tahun ini, PAS semakin mendapat perhatian dan sokongan yang meluas kerana semakin cenderung membuat kenyataan terbuka yang menyarankan merentas kaum dan agama.

Demi meningkatkan keberkesanan dan meluaskan pengaruh forum kali ini, dan mengalakkan para panelis mengemukakan pandangan mereka secara menyeluruh, Sahabat Rakyat telah meminta para panelis untuk menghantar kertas pembentangan kepada kami sebelum forum, untuk dicetak dan diedarkan kepada para hadirin forum ini.

Selain itu, kami juga akan menghantar makalah-makalah ini kepada media massa, pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan parti-parti politik dalam negara, disamping dimuat-naik ke laman sesawang penganjur pada hari forum dianjurkan.   

Kami menjemput rakyat semua bangsa, semua agama dan semua lapisan yang prihatin terhadap gerakan demokrasi dan hak asasi negara kita untuk menghadiri Forum kali ini. Untuk maklumat lanjuitan, sila hubungi Yong Siew Lee, ahli secretariat Sahabat Rakyat Working Committee (016-7782707).

No comments:

Post a Comment

Search This Blog