Top posts

Featured Posts

Penulis kontroversi MD Mutalib meninggal dunia

Oleh: ADLI AYOB
KOTA KINABALU, SABTU 29/06/13 - Saudara Abdul Mutalib Mohamed Daud 51, telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih-kurang jam 3.00 pagi hari Sabtu di Kota Kinabalu akibat serangan angin ahmar(stroke) dipangkuan isterinya Pn. Sarina Abd. Gani. Sejurus kemudian, pada jam 3.15 petang jenazah Allahyarham telah selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau dan telah dibawa ke rumah keluarganya diTaman Warisan, Lahad Datu, Sabah.
Menurut Pn. Sarina Abd Ganih, jenazah Allahyarham Mutalib MD akan disemadikan di Tanah Perkuburan Tabin-Silabukan dekat Lahad Datu pada pagi esok (Ahad, 30/06/13) jam 8.00pagi.
Sesungguhnya dengan pemergian beliau ke Rahmatullah pada hari ini telah menyaksikan hilangnya seorang pejuang negara yang sinonim dengan pendedahan 'IC-Palsu/RCI' di Malaysia dan sangat-sangat dirasai oleh keluarga dan sahabat-handai. Seorang sahabat beliau, Dato' Ahirudin Bin Attan telah menulis tentang berita kematian allahyarham di SINI (Rocky's Bru).
Pihak editorial Sabahkini.net akan memberhentikan seketika paparan berita di Sabahkini & SabahkiniTV untuk masa yang terdekat ini bagi menghormati keluarga beliau. Kepada sahabat-sahabat, pembaca Sabahkini dan penonton SabahkiniTV, anda dijemput untuk memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham pada esok, jam 8.00 pagi di Lahad Datu. Portal Sabahkini.net akan terus beroperasi selepas ini sesuai dengan kehendak dan pesanan beliau iaitu 'Membongkar Kebenaran, Mempertahankan Kejujuran' - Al-Fatihah.



Rakyat Sabah hari ini dikejutkan dengan berita kematian penulis berani, MD Mutalib atau Abdul Mutalib Mohd Daud, awal pagi tadi.

Beliau diberitakan meninggal dunia pada jam tiga pagi tadi di Kuala Lumpur akibat serangan strok atau angin ahmar.

Jenazah telah diterbangkan ke Kota Kinabalu untuk dibawa ke rumah beliau di Sulaman Kingfisher sebelum dibawa ke Masjid Bandaraya. Selepas itu, jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan pula ke Lahad Datu.

Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang aktivis yang berani dan lantang menyatakan penentangan beliau terhadap pemberian kad pengenalan secara haram dan juga isu-isu berkaitan rasuah serta penyalahgunaan kuasa di Sabah.

Keluarga beliau sebenarnya berasal daripada Kedah dan berhijrah ke Sabah lebih 40 tahun yang lepas ketika beliau masih kecil.

Walaupun dilahirkan di Semenanjung, tetapi, beliau lebih sentimen terhadap isu-isu semasa yang berlaku di Sabah.

Antara buku yang pernah ditulis beliau adalah IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?, IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah dan 007: Lelaki Malaysia Terakhir.

Walaupun buku-buku yang ditulis beliau disifatkan sebagai penuh kontroversi, namun hingga kini, tiada pihak yang berjaya mengheret beliau ke mahkamah.

Kematian ini disifatkan ramai sebagai suatu kehilangan besar. Pada masa yang sama, kebanyakan hasil penulisan beliau turut dijadikan bahan rujukan oleh sesetengah jabatan kerajaan.

Antara tulisan-tulisan terakhir yang sempat diterbitkan adalah berkaitan dengan isu pencerobohan di Kampung Tanduo dan juga isu Nurul Izzah Anwar yang dilarang memasuki Sabah baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut sempat memberikan keterangan dalam kes bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang menyaman fitnah seorang pemimpin PKR Dr Chong Eng Leong di mahkamah tinggi Kota Kinabalu dua minggu lepas.

Beliau, yang juga merupakan ketua editor portal berita Sabahkini , sepatutnya mengadakan pertemuan semula dengan rakan-rakan sekolah tingkatan enam beliau di SMK Menggatal pada tahun 1982. Pertemuan ini dijadualkan esok (Ahad).

26 comments:

  1. Rest in peace my fren.

    ReplyDelete
  2. Mutalib yang juga seorang penulis paling kontrovesi dalam zamannya dikhabarkan meninggal dunia di KL semalam 29/06/2013 kira-kira jam 3.00 pagi.

    ReplyDelete
  3. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Sabah dan dilaporkan akan dikembumikan hari ini 30/6/2013 di Lahad Datu. Daripada maklumat dari beberapa rakan beliau di FB, menyatakan bahawa Allahyarham meninggal secara mengejut akibat serangan jantung.

    ReplyDelete
  4. Dunia penulisan bukan sahaja bermuran dengan pemergian Allahyarham tetapi juga menghibakan ribuan rakyat di negara dan di negeri Sabah yang ingin menyaksikan isu PATI dalam RCI dapat dilaksanakan dengan sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini berita yang tidak disangka..semoga isu2 yang diperjuangkan beliau akan terus dapat perhatian.

      Delete
  5. Selama hayatnya MD Mutalib telah membongkar beberapa isu penting berkaitan dengan PATI dengan beberapa bukunya antara yang terkenal, Projek IC, Dilema di Sebalik enigma PTI, Devil's ICs, NCR dan Enigma,Bumi dipijak milik Orang, Anak negeri Palsu dan 007 X-File. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh MD Mutalib secara berani dan penuh dengan fakta, menjadikan beliau sebagai penulis paling bertenaga dalam membela hak-hak anak negeri Sabah.

    ReplyDelete
  6. Sesungguhnya pemergian MD Mutalib adalah kehilangan paling besar kepada blogger di Sabah terutama kelapamawar sendiri kerana hasrat ingin menemui penulis ini secara bersemuka dan bertentang mata tidak kesampaian. Al Fatihah untuk Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  7. Mutalib was supposed to testify at the on-going hearing of the Royal Commission of Inquiry (RCI) here on the alleged rampant issuance of Malaysian documentations to illegal immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
  8. The founder and chief editor of Sabahkini.com had just completed two more books on the Kpg Tanduo Sulu incursion and on Nurul Izzah Anwar.

    ReplyDelete
  9. Controversial political writer, Abdul Mutalib Mohd Daud, or more popularly known as Mutalib MD passed away this morning in Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  10. His body was brought to Lahad Datu via Kota Kinabalu earlier this evening. Mutalib, who is in his late 40s, passed away around 3am of a suspected stroke.

    ReplyDelete
  11. According to a family member, Mutalib’s body was brought to his house in Sulaman Kingfisher near here. It was later moved to Masjid Bandaraya in Likas for special prayer before being brought to his hometown Lahad Datu for burial.

    ReplyDelete
  12. During his lifetime, Mutalib was a very brave writer having openly opposed the issuance of Malaysian documentations for many Filipino and Indonesian illegal immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
  13. Though his family was originally from Kedah before settling down at Felda Sahabat in Lahad Datu, many in Sabah considered him to be a more patriotic Sabahan.

    ReplyDelete
  14. He has written a series of books on the illegal immigrants. Among others are the famous IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah, IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir, and 007: Lelaki Malaysia Terakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beliau telah menghasilkan penulisan yang mendapat perhatian umum.

      Delete
  15. Though his books were highly controversial with exposing details, no one had ever challenged him in court.

    ReplyDelete
  16. Only two weeks ago Mutalib was a witness in a defamation suit brought by former chief minister Harris Salleh against a PKR Sabah leader, Dr Chong Eng Leong in the High Court here.

    ReplyDelete
  17. takziah diucapkan kepada keluarga beliau.

    ReplyDelete
  18. Perjuangan beliau akan diteruskan terutama perjuangan mengenai pendatang tanpa izin dan projek IC.perjuangan selama ini amatlah dihargai.

    ReplyDelete
  19. Takziah pada keluarga waris.semoga sabar dan tabah hadapi ujian ni.

    ReplyDelete
  20. semoga rohnya dicucuri rahmat.. perjuangan dia harus diteruskan.

    ReplyDelete
  21. Takziah kita ucapkan kepada keluarga beliau atas pemergian penulis yang terkenal di Sabah ini.

    ReplyDelete
  22. Mutalib MD adalah penulis dari Sabah, Malaysia. Beliau menulis buku yang mendakwa tentang pemberian kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PATI) dan pendatang dengan izin (PADI) dari Filipina dan Indonesia. Pemberian kad pengenalan ini berlaku sejak 1972 dan sampai kemuncaknya apabila kerajaan Berjaya ditumbangkan oleh Parti Bersatu Sabah.

    ReplyDelete
  23. Penulis lain yang menulis isu yang sama ialah mantan tahanan ISA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan - ‘Justice For Sabah’; aktivis masyarakat, Dr Chong Eng Leong - ‘Lest We Forget’ dan mantan Ahli Parlimen Malaysia Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau - kompilasi ucapan beliau berhubung PATI iaitu ‘Suara Parlimen Anda.’

    ReplyDelete
  24. Beliau mendakwa bahawa sejak 1972 hingga kini Sindiket Kad Pengenalan Projek masih berleluasa di Sabah melalui beberapa modus operandi.

    ReplyDelete

Search This Blog