Top posts

Featured Posts

Yong ulangi SAPP tidak akan kembali ke pangkuan BN

KOTA KINABALU, April 26, 2013: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee mengulangi pendirian bahawa beliau dan parti itu tidak akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) tanpa mengira apakah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Yong berkata, beliau tidak akan mahu mengkhianati kepercayaan dan sokongan yang di berikan oleh rakyat kepadanya selama ini.
Beliau mengulas dakwaan dua bekas pemimpin SAPP, Ketua DAP Sabah Jimmy Wong dan Hiew King Cheu bahawa beliau menerima sebahagian dari RM80 juta daripada Datuk Seri Musa Aman yang di agihkan kepada parti-parti pembangkang untuk memecah belah undi pengundi.

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, beliau menggesa rakyat untuk memeriksa dan bijak menilai tuduhan seumpama itu yang beliau sifatkan seolah-olah mensabotaj kepercayaan rakyat kepadanya.

"Saya minta rakyat supaya memeriksa dakwaan itu dan berfikir dengan waras adakah Musa akan bertindak bodoh dengan membiayai lawannya sendiri," katanya.

Kata Yong, Sabah memerlukan pemimpin yang berani dan berpengalaman untuk membangkitkan masalah penduduk tempatan seperti kebanjiran pendatang tanpa izin, pemberian kad pengenalan dan sebagainya.

"Masalah-masalah in perlu di tangani dengan berani dan berkesan kerana ia sudah lama menghantui ketenangan rakyat. Rakyat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menangani isu ini kerana ia menjejaskan semua aspek kehidupan rakyat Sabah," katanya lagi.

Yong menambah, SAPP yang di asaskannya pada 21 Januari 1994 adalah sebuah parti tempatan berbilang kaum dan lantang menuntuk kuasa autonomi untuk Sabah dan penyelesaian masalah pendatang haram serta pemberian kad pengenalan kepada bukan warganegara.

SAPP asalnya adalah parti komponen BN dan meraih dua kerusi parlimen (Sepanggar dan Tawau) dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Sehubungan itu, beliau meminta mandate daripada pengundi untuk membentuk kerajaan yang akan bertindak adil,telus dan dapat menghapus rasuah.

Sementara itu, calon Parlimen SAPP bagi Sepanggar, Chin Hon Kiong berkata, kerajaan membohongi rakyat Sabah apabila mengatakan mereka akan menghormati dan melaksanakan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia.

"Sebenarnya BN langsung tidak menghiraukan Perjanjian itu. Mereka tidak jujur dalam memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat Sabah."

Tambahnya, Manifesto BN juga tidak menyebut mengenai Dasar Kabotaj yang menyebabkan kos taraf hidup penduduk Sabah antara yang tertinggi di Malaysia.

Chin mempersoalkan janji memberikan peruntukan terbesar iaitu lebih daripada 20 peratus royalty minyak bagi Sabah yang dijanjikan oleh parti pembangkang. 

Katanya, kerajaan persekutuan bertanggungjawab untuk memperuntukkan dana pembangunan kepada setiap negeri dan ini tiada kena mengena dengan 20 peratus royalty minyak yang dituntut oleh pihak pembangkang.

90 comments:

  1. tidak pernah pula ada ura2 bahawa Yong Teck Lee ditawarkan rm80 juta untuk membawa masuk sapp ke dalam BN semula.. dari mana datangnya khabar angin itu?? atau saja dibuat2 oleh yong teck lee??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khabar angin harus dikenal pasti terlebih dahulu.

      Delete
  2. memandangkan harapan yong teck lee hampir musnah untuk merampas jawatan ketua menteri sabah, maka tidak heranlah beliau membuat cerita kononnya beliau ditawarkan rm80 juta untuk masuk semula ke dalam BN..

    ReplyDelete
  3. sapp hari ini sangat tertekan kerana pemimpin2nya bukan setakat berhadapan dengan tentangan dari jentera2 BN, malah juga jentera2 Pakatan Rakyat.. sebab itu beliau terdesak menggunakan apa sahaja cara sekalipun terpaksa menipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP harus kerja sama dengan parti pembangkang lain untuk memperjuangkan status yang lebih mantap.

      Delete
  4. yong teck lee yang sebelum ini banyak membawa kemusnahan kepada negeri ini wajar dihukum oleh rakyat Sabah.. dalam masa hanya dua tahun, sabah hampir bankrap ditangan yong teck lee.. jangankan bertanggungjawab, malah permohonan maaf pun tidak pernah keluar dari mulut beliau..

    ReplyDelete
  5. cukup hanya sekali yong teck lee diberikan peluang.. dikhuatiri jika beliau diberikan peluang dua kali, selama-lamanya beliau akan memerintah menyedut semua kekayaan sabah.. pemberian ic khas sabah juga salah satu dari strategi yong teck untuk kekal berkuasa jika diberikan peluang kali kedua..

    ReplyDelete
  6. Baik Yong bubarkan saja SAPP dan bersara dari politik. Belajarlah untuk menerima hakikat bahawa SAPP bukan lagi pilihan rakyat Sabah. Jika ahli sendiri menolak kepimpinan Yong Teck Lee, apatah lagi rakyat yang sudah merasai kesengsaraan hasil pentadbiran Yong selama dua tahun.

    ReplyDelete
  7. ika sebelum ini, kehadiran STAR dianggap sebagai pemecah undi pembangkang, kini giliran SAPP pula mendapat gelaran yang sama. Jika sebelum ini STAR dilabelkan sebagai parti nyamuk, kini giliran SAPP pula mendapat label yang sama. Walau sehebat-manapun manifesto SAPP bagi menarik sokongan rakyat, rekod lampau Yong sebagai ketua menteri Sabah tetap menjadi fokus utama rakyat sebelum membuat keputusan.

    ReplyDelete
  8. Patutlah SAPP suka sangat bila ada demonstrasi dianjurkan diperingkat nasional, mesti mereka akan ambil bahagian. Rupanya kesempatan itulah bagi mereka peluang keemasan untuk menumbangkan kerajaan memandangkan mereka tidak boleh lagi bergantung dengan kuasa undi (pilihanraya).

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP have less chance in Sabah.

      Delete
  9. YONG TECK LEE TAMAK, ANGKUH, RASUAH, TIDAK BERKALIBER, BERSIFAT KENEGERIAN.. TIDAK LAYAK MEMERINTAH SABAH

    Walaupun tarikh penting 5 Mei belum berlalu, namun petanda bahawa SAPP akan berkubur bersama-sama agenda populis mereka semakin jelas kelihatan. Walaupun di beberapa jalan utama sekitar bandaraya Kota Kinabalu ini kelihatan ratusan bendera SAPP berkibaran seolah-olah melambai-lambai kepada orang awam supaya turun mengundi parti nyamuk ini, namun ianya masih belum cukup untuk memukau rakyat Sabah yang pernah melalui zaman pemerintahan Yong Teck Lee.

    ReplyDelete
  10. YONG TECK LEE TAMAK, ANGKUH, RASUAH, TIDAK BERKALIBER, BERSIFAT KENEGERIAN.. TIDAK LAYAK MEMERINTAH SABAH

    Disebabkan pentadbiran Yong Teck Lee yang lebih banyak menceritakan tentang kegagalan berbanding dengan kejayaan, maka hari ini, Yong tidak ada pilihan lain bagi menaikkan populariti parti beliau melainkan menimbulkan isu-isu yang bersifat kenegerian. Jika diselusuri perjuangan SAPP sejak parti ini keluar dari gabungan Barisan Nasional, pasti semua rakyat sedar bahawa pemimpin-pemimpin SAPP lebih banyak bercerita mengenai keburukkan parti-parti lain berbanding dengan kejayaan Yong Teck Lee sepanjang beliau menduduki kerusi ketua menteri Sabah.

    ReplyDelete
  11. YONG TECK LEE TAMAK, ANGKUH, RASUAH, TIDAK BERKALIBER, BERSIFAT KENEGERIAN.. TIDAK LAYAK MEMERINTAH SABAH

    Di musim pilihanraya seperti ini, sepatutnya pemimpin-pemimpin SAPP menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk meyakinkan rakyat bahawa SAPP mampu mentadbir negeri ini lebih baik dari BN. Namun disebabkan tidak ada apa yang boleh dibanggakan sepanjang parti ini membentuk kerajaan, maka tidak heranlah jika pemimpin-pemimpin SAPP lebih selesa berkempen di seluruh pelusuk negeri Sabah dengan hanya bergantung pada isu-isu kenegerian yang belum tentu mereka mampu laksanakan.

    ReplyDelete
  12. YONG TECK LEE TAMAK, ANGKUH, RASUAH, TIDAK BERKALIBER, BERSIFAT KENEGERIAN.. TIDAK LAYAK MEMERINTAH SABAH

    Selain ketiadaan isu yang lebih memihak kepada SAPP dan presidennya, parti ini juga terpaksa bergerak sendirian ekoran ketamakan Yong Teck Lee yang enggan berkompromi dengan parti pembangkang lain mengenai agihan kerusi. Malah, sejak kebelakangan ini, serangan SAPP lebih tertumpu kepada DAP berbanding dengan lawan sebenar mereka. Melihat kepada perkembangan ini, betullah kata para pemerhati politik bahawa kemunculan SAPP sebagai pembangkang pada PRU13 ini hanya sebagai "Pengacau Undi".

    ReplyDelete
  13. YONG TECK LEE TAMAK, ANGKUH, RASUAH, TIDAK BERKALIBER, BERSIFAT KENEGERIAN.. TIDAK LAYAK MEMERINTAH SABAH

    Dengan rekod buruk pentadbiran Yong Teck Lee disamping kegagalan mengadakan kesepakatan dengan parti-parti pembangkang yang lain, sepatutnya Yong Teck Lee tidak perlu bersikap angkuh apabila pemimpin DAP menimbulkan spekulasi kononnya SAPP akan menyertai semula BN jika SAPP menang PRU13 ini. Kenyataan Yong Teck Lee kononnya SAPP tidak akan kembali semula kepada BN benar-benar menunjukkan sikap angkuh beliau seolah-olah BN terdesak mahu bersekutu dengan parti nyamuk yang sebelum ini hampir membankrapkan Sabah.

    ReplyDelete
  14. YONG TECK LEE TAMAK, ANGKUH, RASUAH, TIDAK BERKALIBER, BERSIFAT KENEGERIAN.. TIDAK LAYAK MEMERINTAH SABAH

    Untuk pengetahuan Yong, SAPP bukan lagi "winnable party" bagi rakyat Sabah, sebaliknya menjadi makhluk perosak kepada negeri Sabah dan juga kepada mana-mana parti yang cuba dijadikan platform oleh SAPP untuk menaikkan populariti mereka. Ditambah pula dengan sikap Yong Teck Lee yang begitu tamakkan kuasa (jawatan Ketua Menteri) sehingga tergamak mengabaikan kerjasama yang dihulurkan Pakatan Rakyat sebelum ini. Semua ini akan menjadi pertimbangan rakyat untuk menguburkan SAPP pada pilihanraya umum kali ini dan seterusnya...

    ReplyDelete
  15. Anggota Umno yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas tidak akan diterima semula ke dalam parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun boleh berlaku dalam politik. Dah kata tidak terima, berkemungkinan diterima balik juga.

      Delete
  16. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    "Bagi saya, mereka adalah pengkhianat dan tidak berlaku adil kepada anggota parti yang lain. Apabila anda berada dalam parti ini, anda harus sentiasa memperkukuh disiplin parti, anda juga perlu mematuhi perjuangan parti.

    ReplyDelete
  17. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    "Jika anda melakukan perkara sebegini, ia menunjukkan anda hanya memikirkan kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Tengah hari Bersama Penjawat Awam Anak-Anak Kelantan di sini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

    ReplyDelete

  18. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    Turut hadir pada majlis yang menghimpun hampir 1,000 anak negeri Kelantan itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Pengerusi Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.

    ReplyDelete
  19. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    Umno semalam memecat 58 anggotanya serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

    ReplyDelete
  20. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    Antara yang dipecat ialah bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamalia Ibrahim (bertanding di Parlimen Kuala Kangsar), bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang juga bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor (Parlimen Tasek Gelugor) dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (Parlimen Sepang).

    ReplyDelete
  21. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    Tengku Adnan berkata pencadang dan penyokong calon berkenaan juga akan dikenakan tindakan jika mereka anggota Umno.

    ReplyDelete
  22. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    Mengulas tindakan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS, Tengku Adnan berkata beliau tidak faham mengapa bekas Menteri Besar Selangor itu berbuat demikian.

    ReplyDelete
  23. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    "Kita menganggap ia suatu pengkhianatan kerana beliau sudah lama dengan kita dan perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku," katanya.

    ReplyDelete
  24. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    Menyentuh saingan bagi kerusi Parlimen Putrajaya iaitu Datuk Husam Musa, Tengku Adnan berkata beliau harap Naib Presiden PAS itu tidak akan menggunakan taktik kotor untuk meraih undi.

    ReplyDelete
  25. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    "Yang terbaik akan menang dan saya berkeyakinan Barisan Nasional akan kekal.

    ReplyDelete
  26. Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula
    Saya dah di sini selama dua penggal dan warga Putrajaya tahu hati budi saya serta jasa Barisan Nasional kepada mereka," katanya

    ReplyDelete
  27. Ahli parti tanding Bebas dipecat seumur hidup

    UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak terjejas dengan tindakan segelintir ahli parti yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  28. Ahli parti tanding Bebas dipecat seumur hidup

    Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyddin Yassin berkata, kebanyakan yang memilih untuk berbuat demikian tidak mempunyai pengaruh terlalu kuat dalam kalangan ahli parti mahupun di kawasan masing-masing.

    ReplyDelete

  29. Ahli parti tanding Bebas dipecat seumur hidup

    "Kita lihat mereka yang bertanding ini sebahagian besar, walaupun merupakan ahli UMNO tetapi hanyalah ahli biasa. Cuma ada lima hingga enam orang yang pegang jawatan dalam bahagian dan sebagainya.

    ReplyDelete
  30. Ahli parti tanding Bebas dipecat seumur hidup

    "Dalam pilihan raya ini, seboleh-bolehnya apa bentuk cabaran yang wujud haruslah dibincang dan kita telah minta pemimpin bahagian berikan perhatian serta pantau agar ia tidak bawa kesan negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, segala aktiviti harus dipantau agar tidak berlakunya kekecohan.

      Delete


  31. Ahli parti tanding Bebas dipecat seumur hidup

    "Namun, saya yakin ia tidak menjadi masalah besar kepada kita (BN)," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu di sini hari ini.

    ReplyDelete
  32. Ahli parti tanding Bebas dipecat seumur hidup

    Ditanya kemungkinan UMNO menerima semula calon Bebas ke dalam parti sekiranya menang dalam PRU-13, Muhyiddin menjelaskan, kesemua yang dipecat tidak akan diterima sama sekali ke dalam parti.

    ReplyDelete
  33. Ahli parti tanding Bebas dipecat seumur hidup

    "Kalau mereka nak masuk balik, ia tidak akan berlaku. Setakat yang kita tahu, mana-mana ahli parti yang bertanding bebas, maka dia dipecat seumur hidup dan tidak boleh diterima masuk lagi," tegasnya.

    ReplyDelete
  34. Ahli parti tanding Bebas dipecat seumur hidup

    Semalam Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO menghantar surat pemecatan keahlian kepada 58 ahli parti yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ini.

    ReplyDelete
  35. Ahli parti tanding Bebas dipecat seumur hidup

    Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, pihaknya juga akan memanggil tiga ahli UMNO minggu ini untuk mengemukakan tunjuk sebab atas tindakan menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada Sabtu lalu.

    ReplyDelete
  36. KM Sabah: Anggota BN tanding calon bebas tidak diterima balik

    Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-13 ini tidak akan diterima masuk semula dalam mana-mana parti komponen BN.

    ReplyDelete
  37. KM Sabah: Anggota BN tanding calon bebas tidak diterima balik

    Ketua Menteri dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata mereka merupakan pengkhianat BN dan selepas bertanding sebagai calon Bebas, mereka tidak ada apa-apa kaitan dengan BN lagi.

    ReplyDelete

  38. KM Sabah: Anggota BN tanding calon bebas tidak diterima balik

    “Mereka boleh bergerak bebas dan tiada kena mengena lagi dengan BN. Orang ini tidak akan diambil balik oleh BN,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan geran tanah kepada 122 penduduk dari lima kampung di Telupid hari ini.

    ReplyDelete
  39. KM Sabah: Anggota BN tanding calon bebas tidak diterima balik

    Sehubungan itu, beliau mengingatkan calon Bebas berkenaan supaya tidak menggunakan nama BN dalam perjuangan mereka terutama ketika berkempen pada pilihan raya umum ini.

    ReplyDelete
  40. KM Sabah: Anggota BN tanding calon bebas tidak diterima balik

    Musa menyifatkan calon Bebas serta calon parti pembangkang antaranya PKR dan Parti Reformasi Rakyat (Star) tidak mempunyai kemampuan untuk membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  41. KM Sabah: Anggota BN tanding calon bebas tidak diterima balik

    Sebagai contoh, Musa berkata Star merupakan parti pembangkang dari Sarawak yang tidak diterima di negeri itu.

    ReplyDelete
  42. KM Sabah: Anggota BN tanding calon bebas tidak diterima balik

    Beliau yakin rakyat Sabah pandai dan bijak menilai perjuangan parti pembangkang dan calon Bebas.

    ReplyDelete

  43. KM Sabah: Anggota BN tanding calon bebas tidak diterima balik

    “Jangan terperangkap dan tertipu dengan parti kecil ini yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk rakyat. Kita (BN) tak cakap sombong dan takbur tetapi mempunyai bukti serta rekod baik memperjuangkan nasib rakyat,” kata Musa.

    ReplyDelete
  44. So tired of the issue and statement from Yong, looking back at the time when he became the chief minister of Sabah he managed to bring another problems to Sabah. No..we don't want history to be repeat again.

    ReplyDelete
  45. Bunyi muka depan akhbar Daily Express di Kota Kinabalu, "Massive Rm114m losses by ex-CM". Walaupun nama DatukYong Teck Lee tidak disebut Datuk Haji Rahman Ghani, CEO Syarikat Warisan Harta Sabah (WHS) dalam kenyataan akhbar itu, namun secara umum rakyat Sabah tahu Ketua Menteri Sabah pada Disember 1997 ialah Yong Teck Lee.

    ReplyDelete
  46. Selain kerugian yang didedahkan WHS, berikutan keputusan Yong Teck Lee mengarahkan 'share swap' pemilikan saham Warisan Harta dalam MISC sebuah syarikat yg dianggap memiliki saham 'blue chips' dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.

    ReplyDelete
  47. Yong Teck Lee pula lah yang menikam Pairin tahun 1994 dan menubuhkan SAPP. Yong Teck Lee pula lah yang menikam BN-Sabah tahun 2008.

    Kini Yong bertanding di Batu Sapi konon berjuang untuk orang Sabah. Sebenarnya Yong berjuang untuk dirinya sendiri. Yong adalah individu yang mengejar peluang, di mana ada peluang untuk dirinya, maka Yong berada di situ.

    ReplyDelete
  48. Sebelas cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) di Tawau bubar selepas kira-kira 500 anggotanya meninggalkan parti itu beramai-ramai dan menyokong Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  49. Mereka termasuk Ketua Wanita SAPP Tawau yang juga Exco WanitaSAPP negeri Masja Hussin dan bekas Ketua Pemuda SAPP Tawau yang juga bekas Exco Pemuda SAPP Sabah Illiyassufyan Mohammad.

    ReplyDelete
  50. Bekas Naib Pengerusi SAPP Tawau Mohammad Dahuk berkata mereka dengan rela hati beramai-ramai meninggalkan SAPP kerana kecewa dengan kepimpinan parti berkenaan yang didakwa gagal menepati janji kepada rakyat di Tawau dan menyokong BN bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  51. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengisytiharan pembubaran 11 cawangan Bumiputera SAPP Tawau dan kemasukan beramai-ramai ke dalam BN.

    ReplyDelete
  52. selain membacakan ikrar menyokong BN, mereka turut menggunting dan mematahkan kad keanggotaan SAPPmasing-masing sebagai simbolik mereka sudah tidak bersama parti berkenaan.

    ReplyDelete
  53. beliau meninggalkan SAPP kerana tidak yakin dengan keupayaan dan keikhlasan parti itu, khususnya di Tawau, untuk membela hak Bumiputera.

    Sehubungan itu, beliau menasihatkan kaum Bumiputera yang masih berada dalam SAPP supaya meninggalkan parti berkenaan.

    ReplyDelete
  54. pemimpin SAPP hanya muncul apabila parti itu memerlukan bantuan mereka untuk memenangi pilihan raya namun gagal membantu rakyat yang memerlukannya selepas menang.

    ReplyDelete
  55. parti SAPP Sabah yang sedang dalam dilema sekarang ini telah menggunakan "Taktik Sapu" untuk mencari penyokongnya. "Taktik Sapu" yang mereka gunakan itu ialah dengan menyelinap masuk ke beberapa kawasan yang tidak mempunyai ramai penyokong SAPP dengan harapan akan dapat mencari penyokong-penyokong yang baru.

    ReplyDelete
  56. Taktik Sapu" yang dibuat oleh SAPP ini adalah kaedah terdesak kerana perjuangan mereka kurang mendapat sokongan daripada masyarakat di Sabah ini.

    ReplyDelete
  57. Tindakan demikian juga dibuat kerana SAPP telah mendapat tekanan daripada PKR dan DAP termasuk penyokong BN sendiri.

    ReplyDelete
  58. Taktik Sapu" parti SAPP tu sebenarnya sesuai digunakan untuk menyapu dan membersihkan long-longkang yang tersumbat. Hihi

    ReplyDelete

  59. May 1, 2013

    SHADOWS OF THE PAST STALKS GE13 CAMPAIGN

    Bridget Welsh

    Less than one week before Malaysians cast their vote in what is arguably the most competitive election in history, the campaign has taken a worrying turn.

    In what has been part of a no-holds-barred strategy, the use of fear and division has come to the fore, especially on the part of the BN.

    It is thus important to highlight some of the underlying forces that are being mobilised in this fierce contest and shed light on the political and economic interests that support them.

    Indeed, this election is bringing to the surface many of the challenges of transforming a political system that has fed on insecurity. (more…)

    https://hornbillunleashed.wordpress.com/2013/05/01/45295/


    "Indeed, this election is bringing to the surface many of the challenges of transforming a political system that has fed on insecurity."

    WHERE IS "SECURITY & PROSPERITY" AFTER 50 YEARS UMNO???

    ReplyDelete
  60. Yong Teck Lee yang kononnya sedang berjuang atas konsep Sabah Sabahan dan mengembalikan kuasa autonami Sabah dilihat mempunyai agenda yang cukup licik dan memperalatkan pilihan raya kali ini untuk beliau terus merencanakan agenda peribadinya.

    ReplyDelete
  61. Berputar belit segala fakta beliau dendangkan bagi meraih undi dan ada kalanya segala fakta ataupun cabaran yang beliau lemparkan seperti meludah ke langit kerana ada tindakan dan perbuatannya semasa menjadi Ketua Menteri dulu dilakukan oleh beliau dan ada yang tidak mampu dilakukan olehnya.Telunjuk lurus tapi kelingkingnya berkait.

    ReplyDelete
  62. Rakyat Sabah mungkin tidak pernah dan akan melupakan peranan yang beliau mainkan dalam kes rasuah dari tahun 1996 hingga 1998. Rakyat Sabah juga mungkin tidak lupa apa yang berlaku semasa YTL menjadi Ketua Menteri Sabah satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  63. Pada 1996, YTL (ketika itu Ketua Menteri Sabah) mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri, Sapi Plantation milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

    ReplyDelete
  64. Ini didedahkan oleh Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Beliau berjumpa YTL di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation bernilai RM16.8 juta.

    ReplyDelete
  65. Pendedahan dibuat Wasli ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu 12 Februari 2004 untuk menghadapi 5 pertuduhan rasuah melibatkan RM1 juta dan pemberian saham 3.36 juta unit saham milik LKTNS.

    ReplyDelete
  66. Perjumpaan Wasil dan YTL kerap diadakan selepas itu, bukan sahaja di pejabat tetapi di luar pejabat. YTL turut menghubungi Wasil bagi memaklumkan kaedah pemberian wang. Wasil diminta bertemu dengan ejen YTL yang hanya dikenali melalui nompor plat pendaftaraan kereta ejen terbabit.

    ReplyDelete
  67. Menjelang PRU 1999, YTL menerima sejumlah wang lagi daripada Wasil. Wasil turut diarahkan memberi hadiah berupa wang tunai RM500,000 kepada lapan ahli lembaga pengarah Bismark, selain Yong, beliau membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap daripada lapan anggota lembaga Briskmark sebagai derma kepada mereka. Mereka ialah Datuk Salleh Otik, Datuk Ismail Jook, Abdul Kader Pateh, Laimun Laikim, Michael Emban, Talib Aning, John Liaw dan Catherine Yong.

    ReplyDelete
  68. Ketika menjadi ketua Menteri Sabah, beliau ada kaitan dengan sebuah syarikat iaituWarisan Harta Sabah (WHS) rugi RM114 juta, berikutan keputusan YTL (ketika itu Pengerusi WHS) mengarahkan ‘share swap’ pemilikan saham WHS dalam MISC sebuah syarikat yang dianggap memiliki saham ‘blue chips’ dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.

    ReplyDelete
  69. YTL juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.

    ReplyDelete
  70. Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka (pada 1996) akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit ketika itu.

    ReplyDelete
  71. Selama tempoh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun.

    ReplyDelete
  72. Ah SAPP ni SAPU juga

    ReplyDelete
  73. The opposition is only good at deceiving the people that the Barisan Nasional government did nothing for Kota Marudu but it is their own leader who had yet to fulfil his promise to the longhouse folks made 20 years ago.

    ReplyDelete
  74. the opposition used the issue to deceive the people by taking photographs showing a vehicle stuck in the river water because there was no bailey bridge to cross over.

    ReplyDelete
  75. Tan Sri Muhyiddin Yassin said the Barisan Nasional (BN) is now getting bigger support from the Chinese-majority areas which will ensure that the coalition will be returned to power in the 13th general election (GE13).

    ReplyDelete
  76. BN machinery was moving smoothly throughout the country and the campaign had received clear support from the voters.

    ReplyDelete
  77. We expect the BN will continue to remain in power and winning an encouraging number of seats

    ReplyDelete
  78. the constituencies where the Chinese community formed the majority had also shown increasing support for the BN.

    ReplyDelete
  79. In Chinese areas, there is also increasing support compared with a week ago, so this trend gives us an advantage

    ReplyDelete
  80. Malaysia is on track to achieve gross domestic product (GDP) growth of five to six per cent this year driven by strong domestic demand and investment inflows despite the current slowdown in China, Bank Negara Malaysia (BNM) Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz said.

    ReplyDelete
  81. IT is now down to the wire. With only a couple more days to go until Malaysians get to exercise their voting right in the 13 General Election (GE13), it would be safe to assume that everyone has more or less decided on who and what party we would be polling for

    ReplyDelete
  82. Although votes are traditionally confidential, many have since become vocal in our political opinions.

    ReplyDelete
  83. The advent of the Internet and the mushrooming of social networking sites have allowed the public to find its voice, and we are rallying to be heard.

    ReplyDelete
  84. From tweeting political thoughts on micro-blogging site Twitter to sharing articles and posts on Facebook and blogs, Malaysians are no longer shy in letting others know which party has our undying support.

    ReplyDelete
  85. Do remind ourselves that when we head to our respective polling centers on May 5, it’s best that we vote rationally, not emotionally and out of spite… simply so that we wouldn’t regret our decision later on.

    ReplyDelete

Search This Blog