Top posts

Featured Posts

Manila dakwa Musa sekat deportasi suspek dikehendaki

Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas telah mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman telah menyekat penghantaran pulang orang yang paling dikehendaki di negara itu.

Manuel Karingal Amalilio (kiri) - individu yang dikehendaki polis  Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang, membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) -  dikatakan anak saudara Musa tetapi polis Malaysia telah menafikannya.

Menurut laporan yang disiarkan dalam ABS-CBNNews.com -  lamanweb berita konglomerat media Filipina ABS-CBN Jumaat lepas -  Roxas memberitahu sebuah saluran TV tempatan bahawa Musa (kanan) telah menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) daripada membawa Amalillo kembali ke Filipina.

"Tidak jelas mengapa pihak berkuasa Malaysia menyekat Amalilio daripada berlepas," Roxas dipetik sebagai berkata.


Beliau menambah bahawa pegawai penguatkuasa Filipina telah membawa semua dokumen yang diperlukan bersama mereka, termasuk sijil kelahiran dan pasport Filipina Amalilio, untuk membuktikan suspek penipuan itu adalah warganegara Filipina.

"Kami mempunyai dokumentasi lengkap Amalilio sebagai Filipina," kata Roxas (kanan).

Amalilio, yang memiliki Futures Group, dilaporkan mendakwa sebagai warganegara Malaysia dan menggunakan nama alias Mohammad Suffian Saaid.

Roxas berkata itu mungkin menjadi punca konflik tersebut.

Menurut laporan berita itu, Amalilio ditangkap oleh polis imigresen Malaysia pada 22 Januari kerana menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.

Roxas berkata, Jabatan Hal Ehwal Luar, khususnya duta ke Malaysia, Ed Malay, sedang berusaha keras untuk membawa Amalilio pulang ke negara itu untuk menghadapi beberapa tuduhan terhadapnya.

Deportasi disekat pada saat akhir

Sementara itu, Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima  memberitahu media bahawa Filipina telah melakukan segala-galanya untuk membawa balik Amalilio, kerana semua dokumen suspek penipuan itu lengkap dan disahkan.

Akhbar harian Filipina, The Philippine Star juga memetik De Lima (kiri) sebagai berkata bahawa pegawai Malaysia - seorang daripadanya dikenalpasti olehnya sebagai Musa - telah campurtangan dan menyekat deportasi Amalilio Khamis lepas.

"Penerbangan (Amalilio) telah disekat oleh seorang pesuruhjaya polis Malaysia atas arahan pihak atasan."

3 comments:

  1. Nah con man aman man...

    ReplyDelete
  2. uii nah... ini kali lah..orang yang bernama musa ini serupa macam mafia...KM ini apa maknanya ...ketua menteri atau ketua mafia...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua Merampok lah apa lagi.. mau copy Taib Mahmudlah semua isteri anak peranak adik beradik jadi kaya raya billioanire kut. To hell with them

      Delete

Search This Blog